Sunday, March 29, 2009

Siapa Dia TOK KENALI?

TOK KENALI (1868 – 1933)

http://users.cjb.net/artmyas-portraits/tokkenali1watermark2.jpg

PROFIL
Nama Sebenar: MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Nama gelaran : Tok Kenali
Tarikh lahir : 1868
Tempat lahir: Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
Pendidikan: Sekolah Rendah Kubang Kerian, KB dan Mekah
Guru guru di Kelantan: Tuan Guru Haji Ibrahim, Tuan Haji Abdul Samad Mohd Shalih, Tuan Haji Wan Ismail Wan Senik, En. Ismail Mahmud, Haji Ibrahim Yusuf, Haji Yaakob Abdul Halim, Haji Abbas, Datuk Haji Abdul Malik Musa, Haji Awang, Haji Nik Daud.
Guru guru di Mekah: As Syeikh Hasbullah, As Syeikh Ubaid, As Syeikh Muhammad Amin, As Syeikh As Sayyid Bakri, As Syeikh Muhammad Yusof al- Khayaat, As Sayyid Abdullah As Sayyid Muhammad, Ahmad Muhammad Zain Mushtafa al Fatani
Pekerjaan: Kerani (Kelantan), tukang masak (Mekah), pengarang majalah PENGASUH
Karya: Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.
Meninggal dunia: 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352 ketika berumur 65 tahun


Go to fullsize image

Ketika kami Sidang Pengarang memilih "Tok Kenali" sebagai penghormatan untuk menghiasi kulit keluaran pertama majalah Pengasuh 1975, maka pemilihan itu bukan saja kami landaskan atas asas ketokohan ulung beliau sebagai ulama besar di zamannya, malah kami landaskan juga atas fakta beliau selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918. Majalah Pengasuh adalah sama tua dengan majalah "Seri Pustaka" Indonesia yang diterbitkan dalam tahun 1918 oleh Balai Pustaka dan di Malaysia majalah Pengasuh merupakan majalah tertua yang kedua sesudah majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh Syed Sheikh bin Ahamad Al-Hady pada tahun 1906.

Walaupun Tok Kenali bukan seorang penulis yang konsisten seperti Syed Sheikh , namun beliau adalah seorang penulis yang mempunyai gaya penulisan yang gagah dan jelas. Seandainya beliau tidak dihambatkan oleh tugas-tugas yang banyak dan terus menulis dengan tekun, beliau tidak syak lagi dapat dideretkan sejajar dengan tokoh-tokoh besar yang merintis alam penulisan tanahair.

Tok Kenali sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi berhadap tugas-tuga penulis dan peranan majalah-majalah adan suratkhabar-suratkhabar selaku mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu dan atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam walaupun dapatlah kita teliti dari pernyataan-pernyataan belau yang tegas dalam tulisannya di bilangan pertama Pengasuh. Antara lain beliau menulis :

"Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini. Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekalian penembak. Jika tidak ia pejam matanya nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru dan elok."

"Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama."

"Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."

Tok Kenali satu-satunya ulama' kesayangan semua lapisan rakyat yang tiada ada tolok bandingnya. Kisah hidup beliau merupakan legenda-legenda yang diperkatakan mereka di segenap pelosok negeri hingga ke zaman ini.

Beliau menjadi begitu popular bukan sahaja kerana ilmu pengetahuan ugamanya yang tinggi dan akal fikirannya yang tajam dan bijaksana, malah kerana sifat-sifat kejujuran , rendah diri, peramah, pemurah, cara hidupnya yang zahid, bersahaja dan darwis iaitu sifat-sifat yang menjadi pakaian hidupnya sejak sebagai seorang pelajar di kota suci Makkah hingga sebagai ulama terbilang di tanahairnya. Beliau melayani yang bodoh sama dengan beliau melayani yang cerdik, beliau menghormati kanak-kanak sama dengan beliau menghormati orang-orang dewasa. Beliau tidak pernah menghampakan pemberian dan jemputan dari siapa saja. Dan jika diberi, maka pemberian-pemberian itu akan dibahagikan pula kepada orang-orang sekelilingnya dan apabila dijemput maka beliau akan tampil menjadi tukang masak. Inilah sifat-sifat dan cara-cara hidup beliau yang membuat setiap orang yang berhubung dengan beliau menyimpan kenangan-kenangan yang indah terhadapnya.

Puisi Tok Kenali by fahmie|alias.

Tok Kenali adalah diantara tokoh-tokoh ulama yang telah diabadikan oleh rakyat Kelantan dengan gelaran "Tok" yang digandingkan dengan nama-nama tempat atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau menaburi bakti mereka. Gelaran itu merupakan kemuncak penghormatan yang mencermin ketokohan dan kemasyhuran yang meluas. Diantara ulama-ulama itu ialah Tok Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Selehor, Tok Mesir dan lain-lain. Tuan Tabal juga termasuk ulama yang diabadikan dengan nama sebuah kampung.

Tetapi Tok Kenali bukanlah sekadar menjadi lambang kemegahan tempatan Kelantan, malah kemasyhuran beliau menjangkau jauh di luar perbatasan Malaysia. Beliau dapatlah didirikan sejajar dengan tokoh-tokoh Nusantara lain yang berjasa di zamannya memberi sesuatu sumbangan yang berkesan kepada masyarakatnya.

Walaupun Tok Kenali tidak meninggal hasil-hasil karya yag besar dalam mana-mana bidang pengajian Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar ialah kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama yang memegang obor pengajian tinggi Islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya, malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia di separuh pertama abad dua puluh. Beliau juga telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu saraf, balaghah dan ‘arudh di dalam sistem pelajaran Pondok di negeri ini. Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalangan ahli-ahli ilmu di zaman itu. Dalam kebanyakan waktu beliau mengajar tanpa kitab.


Tidak seperti kebanyakan ulama yang lain di zamanya, Tok Kenali tidak hanya aktif di sekitar Surau atau Pondoknya saja, malah aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri, di mana beliau disahabati dan dirundingi oleh pembesar-pembesar negeri terutama rakan karibnya Dato’ Perdana Menteri Kelantan almarhum Haji Nik Mahmud Ismail (ayahanda Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Nik Mustafa Fadhil). Hakikat ini dapatlah di perhatikan dari jawatan-jawatan yangdisandang semasa hidupnya iaitu selaku anggota Majlis Ugama Islam, anggota Jemaah Ulama Kelantan, Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh dan Ketua Pelajaran Ugama. Seluruhnya merupakan jawatan-jawatan penting yang memerlukan pandangan-pandangan yang tajam dan pergaulan yang luas.


Ustaz Abdullah Hj.Salleh al-Qari. cucu Tok Kenali by Kang Mas Haji amin_pranotoprojo.

Cucu Tok Kenali - Ust Abdullah Hj Salleh Al Qari


Tok Kenali telah dilahirkan di Kampung Kenali pada tahun 1868 dari satu keluarga kaum tani yang saleh. Nama tubuh beliau Muhamad Yusuf bin Ahmad dan nama timangan "Awang", satu nama sentimental yang amat disukai beliau. Majalah Pengasuh keluaran pertama memperkenalkan pengarangnya sebagai "Al-Fadhil Tuan Haji Awang Kenali" dan almarhum Al-Sultan Muhammad yang Keempat menyebut nama beliau dalam titah ucapan melantik beliau selaku anggota Majlis Ugama Islam dengan nama "Haji Awang Muhammad Yusuf Kenali".

Beliau dilahir dan dibesar remajakan dalam zaman permerintahan seorang Raja negeri Kelantan yang agung iaitu almarhum Al-Sultan Muhammad yang Kedua yang terkenal dengan gelaran "Sultan Mulut Merah". Beliau dilahirkan kira-kira setahun selepas dibina Masjid Besar Kota Bharu (masjid kayu) yang sesuku abad kemudian menjadi gelanggang keguruan dan kegiatan ilmiahnya yang menharumkan nama Kelantan ke seluruh Tenggara Asia.

Dari sejak kecil lagi beliau memperlihatkan tanda-tanda kecerdasan yang luar biasa dan kecenderungan kepada ilmu pengetrahuan yang tidak pernah puas. Menurut Abdullah A-Qari Haji Salleh, Tok Kenali telah melanjutkan pelajaranya di Kota Bharu dalam usia kira-kira sepuluh tahun dengan berguru pada para ulama yang terkenal di zaman itu, di antaranya ialah Encik Ismail (ayah kepada Dato’ Perdana Menteri almarhum Haji Nik Mahmud), Tuan Guru Asy-Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman yang terkenal dengan "Wan Ali Kutan", Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.

Sebaik saja tamat berguru perkara perkara dasar dalam Islam, beliau seterusnya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke kota suci Mekah. Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1886 iaitu pada tahun kemangkatan Sultan Muhammad ke 2 yang digelar ‘Sultan Mulut Merah’.

Keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah kerana sejak berabad lamanya, kota suci tersebut menjadi tumpuan para ulama untuk mendalami ilmu Islam termasuk ulama dari rumpun Melayu.
Kota Mekah menjadi saksi akan kemunculan ulama ulama ternama dari rumpun Melayu yang pernah menuntut dan mengajar di situ selama berpuluh puluh tahun lamanya. Di antara nama nama ulama Melayu tersohor yang mendapat pendidikan Islam di kota Mekah ialah seperti Syeikh Daud al Fatani, Syeikh Abdul Samad al Falimbani, Syeikh Mohd. Arshad al Banjari, Syeikh al Nawawi al Batani dan ramai lagi.

Tok kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa ulama besar ketika itu. Salah seorangnya ialah ulama Pattani yang terkenal Syeikh Ahmad Muhammad Zain bin al Fatani.
KEISTIMEWAAN
1. Pernah memberitahu anak muridnya bahawa satu masa nanti Jepun akan menjajah Kelantan dan seluruh tahan air. Pada 1941 tentera Jepun benar benar menyerang Tanah Melayu dan masuk melalui Kelantan.
2. Pernah memberi amaran Kelantan akan dilanda banjir besar dan meminta orang kampung bersiap sedia. Sebulan selepas itu terjadinya banjir besar di Kelantan yang dikernali sebagai Bah Air Merah pada 24 Disember 1926.
3. Seorang yang cepat menghafal dan tajam pemikiran semenjak kanak kanak lagi.
4. Ada riwayat mengatakan bahawa Tok Kenali akan ke Mekah pada setiap tahun. Bahkan ada yang terserempak Tok Kenali di Mekah sedangkan ketika itu beliau berada di Kelantan.
5. Pernah diceritakan bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, Tok Kenali berada di keenam enam tempat tersebut.
6. Berkawan dengan pelajar Jin Islam ketika menuntut di Mekah.
Syeikh Ahmad adalah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan mahir dalam penulisan. Diriwayatkan datuknya adalah seorang pendakwah Islam dari Hadratulmaut dan salasilah keturunannya itu sampai kepada nasab sahabat terkenal, Saidina Uthman bin Affan.

Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu hampir 20 tahun lamanya. Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad dan bermacam macam ilmu yang telah diperolehi daripada ulama tersebut. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam bidang ilmu.
Kira kira sekitar tahun 1906, guru kesayangan beliau telah menyahut panggilan Ilahi. Kematian gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk kembali ke Tanah melayu. Pada sekitar tahun 1908, akhirnya Tok Kenali pulang ke Kelantan dan waktu itu, usia beliau mencecah 40 tahun.

Jadi Ulama Kesayangan Masyarakat

Sekembalinya ke Kelantan, beliau tidak menunggu lama untuk menabur bakti kepada masyarakat umat Islam disana. Tok Kenali pula ketika itu, tidak seperti kebanyakan ulama lain di zamannya, yg hanya aktif di surau atau pondok sahaja, tetapi beliau aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk dalam pentadbiran negeri.

Tok kenali menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat disebabkan akhlak dan keterampilannya. Sifatnya yang zuhud, rendah diri, peramah, pemurah menyebabkan beliau senang didekati.
Kemesraan dalam pergaulan, cara hidup yang zahid serta tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai, membuatkan beliau menjadi seorang ulama yang dekat dan hampir kepada masyarakat awam.
Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil hasil karya yang terkenal dalam mana mana pengajian Islam, namun jasa jasa beliau paling besar dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor bukan sahaja di negara ini, tetapi turut terkenal di negara luar.
Belia juga telah berjaya membawa perubahan dalam sudut pengajian tatabahasa Arab, nahu sarf, urudh dan balaghah dalam sistem pengajian pondok ketika itu. Beliau yang sering kali mengajar tanpa kitab, begitu dihikmati ketinggian ilmu dan keahlian beliau dalam beberapa bidang ilmu sehingga menjadi nama beliau satu lagenda bagi ilmu ketika zaman itu.

Go to fullsize image
Makam Tok Kenali

Penulis: Wan Mohd. Hafiz Wan Hamzah
Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2005
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/21278
dan dari http://members.tripod.com/~aashraff/tok_kenali.htm


No comments:

Post a Comment

Post a Comment