Thursday, December 22, 2011

Munajat Doaku


Allahumma, Ya Rabb,
Ampunilah segala dosaku, yang tersembunyi dan yang nyata, yang berkaitan dosaku dgn Mu, dan dgn manusia dan makhlukMu semuanya, yang hanya Engkau sahaja mengetahuinya. Aku hamba yg lemah Ya Rabb, aku tak mampu memikul dosa yg walaupun sikit di sana, kerna balasan buruk dariMu amat mengerikan dan tidak tertanggung oleh ku..

Allahumma Ya Rabb,
Terimalah segala amalan solehku, yang fardhu dan sunat, yang ku ikhlaskan keranaMu dan juga yg lupa ku niatkan kerana Mu. Masukkanlah aku ke dlm Jannatul FirdausMu walaupun mungkin aku tak layak, kerna aku amat takut akan dimasukkanMu ke Neraka yg pedih siksaannya..

Allahumma Ya Rabb,
Murahkan rezekiku, suami dan anak-anakku supaya kami tidak meminta kepada yg lain selain dari Mu. Engkaulah Al Ghaniy (maha Kaya) dan Al Razzaq..Berkahilah rezeki kami dgn yang halal, dan jauhi kami dari rezeki yg haram. Jadikanlah kami rasa cukup dgn apa yg Kau kurniakan pada kami. Jadikanlah kami Ya Allah supaya kami senang dan sentiasa ada harta untuk menginfak di jalanMu. Mohon zuriatku menjadi hamba-hambamu yg soleh wa musleh, mereka yg mendirikan solat dan jauhi mereka dari melakukan dosa-dosa besar maupun kecil secara berterusan. Jadikanlah kami mukmin yang pemurah, sobar dan bersyukur padaMu seumur hidup kami.

Allahumma Ya Rabb,
Jadikanlah aku hambaMu yang ikhlas mencintaiMu dan RasulMu, redha dgn segala ketentuanMu, ringan utk beribadah kepadaMu, dan memiliki sifat-sifat mahmudah. Jauhilah aku dari bersifat dgn sifat-sifat mazmumah. Jadikanlah aku dan familiku hamba-hambaMu yg Kau cintai, lindungi, kurniai barakah dan huda - petunjuk sepanjang hidup.

Akhirnya Ya Rabb, jadikanlah segala doaku, doa yang Kau sentiasa makbulkan. Jadikanlah aku mukminah solehah wa muslehah. Matikanlah aku di atas JalanMu dan dalam keadaan aku berzikir padaMu di hari Jumaat yg mulia.

Ya Robbul Jaleel, berikanlah aku berjumpa dgn Mu dan melihat 'Wajah Mu'. Saat aku mati, mohonlah Ya Rabb, janganlah terlalu azab dan pedih, rasanya aku tak sanggup menghadapi kesakitannya. Masukkan aku ke dalam golongan hambaMu yang Bighairi Hisab - tanpa hisab. walau sebanyak mana dosaku. Selamatkanlah aku dari beban berhutang atau dosa tidak berzakat. Selamatkan aku di alam Barzakh, alam Makhsyar dan alam Akhirat, Ya Ilahi.
Jadikanlah aku di barzakh tempat rehatku dan syurga sebagai taman dan kampung Akhiratku.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aalihi wassohbihi wassalim. Amin ya Robbal 'alameen..

(ditulis dgn airmata, takut dan harap padaMu ya Rahmaan..)

Monday, August 15, 2011

Muslim Living: The High-Way Code


Click on the diagram and click again to enlarge it.


Respect The House of Allah




Resepi: Mukmin Sejati


Bahan-bahannya:

Sekeping hati yang telah dibersihkan
Iman yang mantap dan sedalam yang boleh
Ilmu - dunia akhirat, sepanjang umur
Amal soleh yang seiring dengan usia
Ibadah - yang sahih (betul) seperti ibadah Maryam r.h.
Akhlak yang mulia selari Al Quran dan Sunnah
Sabar - sebukit atau seeloknya segunung tingginya, seperti Hajar r.h,
Pemaaf - seluas padang pasir Sahara
Zuhud - seperti zuhudnya Nabi Isa 'alaihissalam
Cinta kepada Rasulullah dan Allah - setinggi langit
Muhasabah - (menghisab diri) setiap hari seguni sutera
Mujahadah - menaikkan Islam dalam diri dan demi Allah

Cara-caranya:

Hati yang telah dibersihkan tadi diperap dengan ilmu dan iman selama mungkin sebaiknya seumur hidup supaya dapat dibuahkan amal yang soleh dan ibadah yang sah. Akhlak mulia itu pula hendaklah disebatikan dengan sifat mahmudah seperti sabar, pemurah, pengasih, pemaaf serta zuhud lalu disematkan dengan kemas di hati dan dipraktikkan dengan amal.

Cinta kepada ar Rasul s.a.w dan Allah itu hendaklah dijadikan perhiasan melingkari hati yang selalu lalai dari mengingati Allah. Muhasabah kemudiannya ditaburkan merata untuk mengawal kesilapan diri serta menguatkan hati yang dipenuhi iman dan amal tadi. Akhirnya, mujahadah perlu dibenamkan di tengah-tangah hati itu untuk memastikan Islam terus unggul dalam diri
dan seterusnya di atas muka bumi ini. Selamat mencuba .. dan semestinya anda sebagai seorang muslim mukmin wajib mencuba.. Semoga mukmin sejati anda perolehi sebagai jatidiri, biizniLlah..

Thursday, July 28, 2011

Berdakwah Melalui Video

Assalamu'alaikum, para pelawat @ visitors saya muliakan.
Sudah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Ada yang ditulis, masih belum disiapkan sehingga sekarang. Itu adalah kelemahan saya sendiri, bersikap taraddud... iaitu suka menangguhkan kerja.

Saya beriltizam untuk meneruskan berdakwah, samada melalui blog ini, laman sosial atau juga media baru dalam talian. Media baru yang saya maksudkan itu ada beberapa, iaitu Youtube dengan membuat klip video atau video record dgn menggunakan camcorder, juga melalui application percuma seperti Tripwow, Flickr dan Photobucket ~ melalui gambar-gambar foto dan seumpamanya. Banyak yang boleh diusahakan untuk berdakwah asal sahaja kita rajin ~ mujtahidun dan bukan malas ~ kaslan.

Sebelum ini saya selalu 'share' Youtube nasyeed dengan sahabat saya di laman sosial Fb dengan harapan mereka akan dapat tazkirah - peringatan darinya. Bagi saya itu adalah satu usaha dakwah walaupun tidak seberapa. Mereka diharapkan dapat keinsafan dan mudah-mudahan saya mendapat pahala.

Saya rasa sungguh kagum dengan mereka yang membuat video klip nasyid yang baik itu sedangkan saya tidak tahu langsung caranya. Anak-anak di sekolah pun pandai membuat video klip jadi saya rasa terpukul, kenapa mereka dapat lakukannya dan saya tidak. Saya mulanya suka mengumpul foto-foto wallpaper yang menarik bertemakan alam ciptaan Allah dan makhluk-makhlukNya. Cukup banyak foto-foto itu yang saya 'share' dengan sahabat online dan fb.

Satu hari dengan kehendak Allah yang memang mengetahui apa yang saya inginkan, menemukan saya dengan application online yang boleh membuat video dan upload video dari rakaman. Ianya pula percuma, alhamdulillah walaupun utk dua minggu sahaja. Saya berjaya membuat video klip nasyeed yang pertama iaitu Asma Allah (Sami Yusuf) menggunakan foto-foto terdahulu yang saya simpan dlm hardisk dan memasukkannya dalam Youtube. Saya juga membuat video dari rakaman video yang telah banyak dimasukkan dalam hardisk saya.

Namun begitu saya agak kecewa kerana selepas dua minggu, application itu akan tamat dan perlu didownload dengan menggunakan alamat emel baru. (Sekiranya saya ingin menggunakan lebih dari dua minggu, saya kena membelinya.) Ini amat menyukarkan saya sebab terpaksa berulangkali 'download' juga meminjam alamat emel anak saya atau mereka emel baru kerana untuk seorang, sekali percubaan application sahaja diberi.

SyukruliLlah, suami saya seorang yang memahami kehendak dan minat saya telah membelikan 'application' video and 'film maker' online itu untuk saya. Ianya adalah murah kerana saya diberi diskaun di bulan Jun lepas. Sehingga ke hari ini, saya masih menggunakannya untuk membuat video klip baru. Impian saya untuk berdakwah melalui Youtube atau video klip setakat ini tercapai kerana saya tahu Allah Al Khobir amat tahu isihati saya yang ingin benar membuat kebajikan iaitu berdakwah melalui media baru ini. Saya hanya berdoa dan Dia telah menunaikan permintaan saya.

Saya harap anda semua sudi melihat @ menonton beberapa Youtube nasyeed saya yang saya 'upload' di bawah ini. Ini adalah sebahagian sahaja dari video klip yang saya buat. Dan bagi siapa yang ingin membuat klip video untuk kebaikan, carilah
VideoPad Video Editor di internet. Ianya sangat mudah untuk digunakan. Selamat menonton dan selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan Kareem. Fii amaniLlah.



Asma'ul Husna @ Asma Allah

InsyaALlah

Tangisan Rindu

Alhamdulillah

Kembara Di Tanah Gersang