Thursday, April 16, 2015

Pelbagai Kenangan Utk Renungan

Dalam sebulan dua ni banyak kenangan manis dan pahit yang saya dan keluarga alami. Kenangan manisnya, anak sulung saya sudah pun mendirikan rumahtangga pada bulan dua yang lalu. Alhamdulillah syukur kepada Allah azzawajal, telah selamat majlis akadnikah mendirikan masjid itu diadakan dan walimah sebelah pihak perempuan dijalankan.

Kenangan pahit dan amat menyedihkan pula ialah sebulan yang lepas di mana abang saya ( yang hanya seorang itu shj) telah pulang ke rahmatullah akibat sakit yang tidak pasti. Paramedics memberitahu ia kemungkinan adalah angin ahmar. Abang saya meninggal di dalam keretanya yg dikunci di dataran Nilai sehari sebelum hari lahir saya bulan lepas. Susah untuk saya ceritakan hal ini kerana ia sangat menyedihkan dan menyesakkan dada saya. Biarlah saya nyatakan setakat itu sahaja.
Cuma berita pemergiannya telah berada dalam sekurang-kurangnya dua akhbar utama iaitu Harian Metro dan Sinar Harian.
Berikut ialah link ke berita tentangnya di dalam akhbar Sinar Harian

  http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mangsa-sempat-hubungi-isteri-1.369263