Berdoa di multazam itu sebenarnya antara amalan yg sangat saya senangi dan suka kerna seolahnya kita berdoa dan berbisik direct kpd Allah, memohon merayu apa saja sebagai hamba. Ini kerna Kaabah ada didepan mata, dan kita boleh berdoa apa saja dalam keadaan yg tidak sibuk ditempat itu, maklum masa ini cuma musim umrah dan kita boleh ke depan dekat dengan Baitullah yg suci itu. Setiap doa yg dipohonkan saya doakan selama 3 hari berturut-turut, semoga diberkati dan dimakbulkan Allah jua.
Doa dan permintaan saudaramara dan sahabat semua siap saya tulis@ typed out sebab saya bisa lupa kalau tak buat begitu. Ini saya belajar dari sahabat saya yg pernah ke sana. Mereka catit dalam buku nota. Kalau dah berjanji nak doa, kenalah kita doakan, jika tidak dikira munafik pula. Sambil menangis saya merayu padaNya supaya diampunkan segala dosa serta berdoa supaya Allah Azza wajalla kembali membawa saya ke tempat suci itu lagi utk mengerjakan ibadah terutamanya ibadah Haji. Cuma di Multazam, konsentrasi saya terganggu sikit kerna guard wanitanya agak tegas, nak susunaturkan jemaah supaya tidak bercampur di antara lelaki dan perempuan. Tapi itu semua dugaan kecil..Guard wanita ni walaupun orang Arab, pandai berbahasa Melayu (sikit je la) seperti, belakang , keluar, sana..
Semasa melakukan saie pertama kali untuk menyempurnakan ibadah Umrah selepas tawaf, lorong dari Bkt Safa dan Bkt Marwah yg mulanya agak lengang, lama kelamaan agak penuh dgn org. (Jauhnya saya rasa ialah abt 400m - satu hala) Bagi saya, pada mulanya rasa risau sikit kalau orang telalu ramai akan melambatkan kita menyempurnakan 7 kali ulangalik.
Masa tawaf tak risau pulak. Tapi bila kali kedua buat saie, orang lebih ramai dari hari pertama saya lakukannya, penuh di kedua hala namun saya rasa senang hati dan gembira sebab ramai muslimin yg datang ke Masjidil Haram untuk beribadah dan buat umrah kerana Allah. Bagi saya, lagi ramai jemaah muslimin (walaupun agak menyusahkan jemaah bergerak/berjalan) lagi baik untuk Islam kerana ini menandakan bertambah ramai manusia mengabdikan diri pada Allah.
Bergenang air mata saya melihatkan Muslimin seramai itu walaupun bukan masa musim haji lagi. Sesekali hampir tergilis kaki dek kerusi roda mereka yg kurang upaya. Saya kagum dengan mereka yg walaupun sakit masih mahu berkerusi roda bersaie, bertawaf dan juga bersolat berjemaah. Kaki saya yg selalu sakit-sakit pun, alhamdulillah, macam satu keajaiban dengan izin Allah, hilang sakitnya semasa bersaie malah agak laju dpt berjalan atau buat 'ramal' atau berlari-lari anak (walaupun tak digalakkan utk wanita), berkat doa pada Allah mohon dimudahkan segala urusan.
Dalam saie itu saya boleh bayangkan betapa jauhnya dn penatnya Siti Hajar berjalan mencari air utk anaknya nabi Ismail yg menangis kehausan. Memamg terharu kita bila memikirkan kuatnya semangat beliau sbb sampai tujuh kali beliau buat begitu. Agaknya kita macam mana, 400m, sudah berhenti..? (beliau berlari dn jalan 400m x 7 kali = aprox 2800m =2.8km, dlm keadaan panas terik dn kering..)
Kenangan manis semasa memotong sedikit rambut
(atau bercukur bg lelaki) sebagai tahallul ialah bila ada famili Arab yg meminta saya menggunting rambut mereka, iaitu
seorang makcik berkerusi roda serta anak dan
cucu perempuannya. Makcik yg berbahasa Arab itu telah memberi ciuman dan pelukan mesra bila saya telah usai menolong mengguntingkan beberapa helai dari rambutnya sambil mengucapkan syukran.
(6 thn) itu selepas menggunting helaian rambut mereka - sejenak terkenang anak saya di rumah. Sungguh manis ukhuwwah dari ALlah itu membuat saya rasa contented dan tersenyum setiap kali terkenangkannya.
No comments:
Post a Comment