Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, syukruliLlah, rasa bersyukur sangat
kerna saya dan suami dapat menjadi tamu Allah (dhuyufur Rahman - tetamu Allah),
dan rasa tak sabar menatap 'hati' Masjidil Haram, Ka'abah yg menjadi arah kiblat
untuk kita besolat selama ni. Rasa ketenangan dan keinsafan, kekerdilan, kehinaan
semua terhimpun dalam diri yg serba kekurangan ni.
Tak dapat ditahan airmata kesyukuran dan kegembiraan bila melihat Kaabah yg mulia yg tersergam kukuh dan indah itu terpelihara sejak berkurun dari zaman Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s lagi, sambil membaca doa melihat Ka'abah. Bila setiap kali berada di dalam Masjidil Haram, ketenangan dan kedamaian luarbiasa terasa di jiwa dan ruh, tak dapat saya gambarkan. Rasanya tidak mahu keluar dari masjid, tapi kerna untuk mengisi perut dan tidur, terpaksa jugalah.
Saat mengerjakan tawaf buat menyempurnakan umrah, sangat menyeronokkan dan terasa diri amat hampir pada Allah. Bertalbiah dan berzikir, berdoa dsb, bagai berbisik kepadaNya, permintaan dan harapan yg amat banyak padaNya, yg Maha Kaya, Maha Pengurnia dn Maha Penyayang. Berada dalam keadaan itu, kita amat yakin Dia akan mengkabulkan segala doa kita. Saat dua tangan ini menekapkan pada dinding atau Qiswah @ kelambu Ka'abah, terasa seolahnya semacam mimpi, saya merasai Ka'abah yg mulia yg selama ni hanya dibaca dalam buku sejarah Islam. Ada juga org Islam lain yg menepuk-nepuk, menjerit-jerit doa dan memacam lagi dilakukan pada dinding Ka'abah tu, dinasihati atau dilarang oleh guard Masjid.
Semasa bertawaf itu, saya juga cuba ingat bahawa di situlah RasuluLlah dan para sahabah turut bertawaf, berdakwah dn berjalan, menghadapi pelbagai tribulasi dan mehnah atau ujian. Begitu juga Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s bersusah payah, berpenat-lelah membina Ka'abah pada mula-mulanya seprti yg diperintahkan oleh ALLAh SWT. Bukan sesia sesiapa yg memandang Ka'abah, bahkan akan diberi rahmat dan pahala, mengikut perbuatan kita, seperti berdoa, melihat sahaja dsb.
Syukur, Hajarul Aswad juga saya dapat 'menciumnya', -iaitu bagi wanita, saya hanya perlu meletakkan tangan dan mencium tangan saya sambil berselawat dan berdoa. Itulah yg saya lakukan. Sebelumnya saya hanya berdoa utk mencium atau meletakkan tangan di atasnya (doa dgn bersungguh-sungguh), dan alhamdulillah, dengan mudah pula dikabulkanNya. Tapi ia bukanlah sesuatu yg mudah untuk pergi ke batu hitam dari syurga itu. Jika semasa Haji, tak payahlah kita mengimpikan sangat untuk menciumnya kerana jemaah terlalu ramai menjadikannya sangat bahaya ke sudut Hajarul Aswad itu. Teman saya ada menceritakan seorang wanita pernah mati terpijak semasa ke situ. Tapi semasa umrah ini, memandangkan taklah ramai orang (mungkin sekitar 200,000 org masa kami buat umrah di sana) jadi saya telah mencuba nasib, sambil membaca doa "Robbi yassir walaa tu'assir..". Pun begitu, hampir juga berlaku kemalangan di situ.
Hampir saja saya jatuh dan dipijak oleh jemaah lelaki yg berebut-rebut itu. Terlintas di fikiran
saya, inilah agaknya pengakhiran hidup saya..! Saya hampir menyerah dengan mengikut rentak jemaah yg menolak saya dan hampir jatuh ke bawah, tapi saya melawan arus (fight for my life) dan menguatkan diri sambil membaca "Laqad jaa akum.." (At Taubah 128-129) untuk menghindarkan diri dari mati mengejut. Syukur alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan saya melalui malaikat hafazhah yg berada di kiri kanan saya.
Alhamdulillah, Allah selamatkan diri yg kerdil ni. Wanita Arab lain yg besar-besar semuanya, berterak-terak dan menghimpit, susah saya hendak keluar selepas 'mencium' batu hitam dari syurga itu. Di sebelah sana pula, kaum muslimin atau jemaah lelaki, memasing agresif hendak ke HA . Menoleh kembali pada peristiwa itu, saya dah jadi serik untuk menyentuh HA tapi tetap bersyukur dgn nikmat rezeki ALlah yg amat besar itu.
Suami memang pada hari kedua lagi dapat mencium Hajarul Aswad, sebab itu membuatkan saya bersemangat nak dapatkan juga, ingatkan senang. Di Hijir Ismail, syukurlah saya dapat bersolat juga, walaupun selalunya terlalu sesak. Saya berterimakasih kepada suami yg selalu di sisi. Suami menjaga saya sepanjang masa, jadi tembok sekali sekala. Dan dia jugalah yg memberitahu dan mengingatkan saya apa yg perlu dilakukan selepas setiap ritual atau amalan sunat untuk umrah.
Pengajarannya : Lelaki perlu jadi pemimpin dlm ibadah seperti ini dan menjaga keselamatan isteri atau orang di bawah jagaannya. Umrah dn haji adalah ibadah yg memerlukan pengorbanan yg besar dari segi kewangan, ruhi, emosi dan fizikal. Kita kena bersedia dan bersabar atas segala dugaan dalam mengerjakan ibadah ini.
No comments:
Post a Comment