Saturday, December 20, 2008
Kelebihan Berada Di Tanah Suci - PYTDD ( 2 )
Berada dlm Masjidil Haram sangat memberikan ketenangan kepada jiwa dan kedamaian pada ruh serta fikiran saya. Serasanya tidak mahu keluar dari masjid yg mulia itu, tapi kerna tuntutan jasad yg perlu diisi dan disempurnakan, terpaksa juga meninggalkannya supaya segera dapat kembali berada di dalamnya jua.
Pada masa saya di sana, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz juga hadir untuk mengerjakan umrah bersama isterinya. Saya menyatakan pada suami hasrat untuk berjumpa beliau dan suami menyuruh saya berdoa. Setelah beberapa kali saya berdoa, pada hari kelima pada waktu pagi, kami berpeluang bukan sahaja berjumpa malah mendengar ceramah Tok Guru di sebuah hotel berdekatan hotel kami.
Syukur pada ALlah kerna mengabulkan doa saya, kerana di samping berjumpa beliau, kami dapat juga mendengar mutiara kata dan tazkirah. Sebelum ketibaan Tok Guru, kami berpeluang mendengar tazkirah dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ex YB yg pernah keluar di tv memberi ceramah suatu masa dulu. Beliau berada di Mekah sebagai mutawif travel agensi umrah. Ceramah beliau sangat mantap dn menaikkan lagi semangat kami menghayati Islam juga ibadah umrah pada masa itu.
Selama sejam kemudiannya kami dapat mendengar ceramah dari Tok Guru yg juga merupakan Menteri Besar Kelantan yang aktif memberi ceramah di luar Kelantan secara berkala. Walaupun nampak penat dan berusia hampir 80 tahun, beliau kelihatan gagah berjalan dan bersemangat apabila melihat kami yg telah sedia ramai berhimpun. Beliau memberi tazkirah berkaitan dengan ibadah umrah dan haji di Mekah dan menyoroti kembali sejarah Kota Mekah, serta menceritakan juga kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabah menegakkan Islam. Semasa menceritakan kisah Umar Al Khattab ketika beliau menanam anak perempuannya yg sudah boleh bercakap yg bertanyakan apa yang mahu dibuat dengan lubang yg digali bapanya itu, Tok Guru menjadi sebak, terdiam dan mengalirkan airmata seketika. Saat itu suasana hening, dan saya juga tidak dapat menahan airmata dari mengalir seperti audiens yang lain. Ini menunjukkan betapa halusnya perasaan seorang pendakwah yang menghayati seerah sahabah dan apa yg diceritakan, yg mana beliau juga seorang pemimpin yang telah dan sedang memimpin sebuah negeri selama lebih 10 tahun. Jarang saya dengar ceramah dari seorang ustaz yg tetiba sahaja mengalirkan airmata sebegitu, apatah lagi dari seorang tok guru yg disegani. Ini adalah kali keempat saya mendengar ceramah secara langsung dari beliau dan sememangnya saya menganggapnya sebagai tok guru saya sejak dari saya remaja lagi (bermula di St Catherines, Canada).
Saya amat bersyukur atas pemberian rezeki dan nikmat ALlah yang membawa saya ke
Al Haramain dan dapat pula belajar agama dari orang-orang yg beriman lagi berilmu walaupun sebentar cuma. Kalau di Masjidil Haram, saya selalu bersolat tanpa kawan yang dikenali di sebelah kerana saya berharap dapat berkenalan dengan orang yang berlainan. Dan apa yang saya harapkan, itulah yang saya dapat. Berkenalan dengan akhawat (saudara wanita) dari berbagai negara termasuk doktor muda dari Afrika Selatan, ibu muda dari Jordan yg amat berharap saya fasih berbahasa Arab, (kebanyakan saya jawab, "La afham, la a'lam "= saya tak faham , gak ngerti - di samping simple Arabic sentences), juga saudara seIslam dari Singapura, Indonesia juga se Malaysia dari felda di Pahang, Johor dll. Saya catatkan di sini supaya di kemudian hari nanti saya akan ingat siapa yg telah saya temui dan dari mana mereka ini. Ada pulak yg kenal anak sepupu saya sendiri, masyaALlah..! Kecilnya dunia..!
Bukankah kita berada di Masjid yang mulia itu juga adalah untuk saling kenal mengenal antara kita, muslimin? Nikmat ukhuwwah juga saya amat terasa di masjid mulia itu, syukur padaMu, Ya Allah..! Sesaat berjumpa rasa seperti telah kenal lama.. Tak rasa sunyi dalam tempat yang begitu hening dan suci itu kerana kita boleh berkenalan, di samping bersolat sunat dan membaca Al Quran dan seumpamanya. Untuk meninggalkan Masjiidil Haram, walaupun untuk ke Madinah, saya rasa amat sedih dan berat sekali.. Tapi kerna memikirkan di Madinah adalah tanah suci tempat perjuangan Rasulullah dan makam baginda berada di sana, juga tempat para sahabah pernah berada, saya rela dan redha berangkat juga ke sana..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment