Saturday, December 20, 2008

7 Pesan Atok

Sorang Atok ada berpesan tak berapa lama dulu pada dua orang
cucu kesayangannya. Atok tak pilih kasih

kerna semua cucunya disayangi sama rata. Melalui
nasihatnya dia berharap dan mahu melihat cucu-cucu
dan cicitnya hidup rukun damai aman bahagia hingga ke
anak cucu seperti kebahagiaan yang dirasainya sekarang
bersama isteri dan anak cucunya..
Rasa sempurna hidupnya kerana masih kekal bersama
isterinya bahagia hingga ke saat itu..walaupun usianya
sudah lanjut.

7 Pesan Atok;
Pertama:
Kalau cucu masih bujang @ belum berkahwin, lengkapkan
diri dgn ilmu agama, ilmu rumahtangga dan ilmu dunia
(akademik @ professional)
supaya dapat mencari rezeki secara bijak. Jangan sesekali
ingat diri dah lengkap setakat belajar agama sampai
tingkatan 5, atau Tamaddun Islam di u dan khatam Quran
sekali sahaja.
Itu tidak cukup... Hadiri majlis-majlis ilmu, baca kitab
agama dgn berguru, tadabbur Al Quran dan membacanya
setiap hari dan dengar tazkirah online atau dalam media
massa. Dah dapat ilmu agama, amalkan dengan ikhlas..Solat
dan berdoa' jangan tinggal. Juga rukun Iman dan Islam, amalkan..macam ditekankan dlm ESQ 165 tu..
Kalau bekerja, jangan malas dan asyik melompat kerja..
Bersabar dan tingkatkan prestasi. Juga hendaklah cu
amalkan sikap menyimpan dan berjimat cermat.. Tapi
berjimat tu biarle bertempat, jangan kedekut pulak bila
ada yg meminta derma dan minta pertolongan dengan
wang dan tenaga. Duit dan harta kita bukan hak
mutlak kita..Kerna itu zakat kena keluarkan,
sedekah kena hulurkan.




Kedua:
Kalau cucu nak cari calon isteri ( bagi lelaki), jangan
terlalu memilih untuk nak dapatkan isteri teranggun,
tercantik, ternama, tercanggih, terkaya, terpelajar dan
paling berjawatan tinggi..! Cermin diri dulu adakah layak
cu dapatkan wanita yang paling sempurna seperti tu..?
Lagipun cu, takada wanita sebegitu dlm dunia ni. Sikit
sebanyak mesti ada kekurangan dan kelemahannya.
Allah tu maha adil, kalau sorang wanita ni cantik yg ada
banyak kelebihan lain, dia biasanya ada kureng pada segi memasaknya atau perangainya atau kurang pandai
mengurus anak dan suami sendiri. Ada yg kurang rupa
parasnya tapi boleh menjadi isteri yg baik kerana
beragama, berbudipekerti dan setia.
Tu yg orang kata, Nobody's Perfect...Nabi kita pun ada
berpesan supaya cari isteri yang teguh memegang
agamanya, biarle dia seorang yg gelap kulitnya, tak cantik
atau sederhana sahaja rupanya, asalkan agama dan
akhlaknya baik. Hidup, insyaAllah bahagia..

Atok ada terkenang lak lagu moden ni...fames gak
sekarang ni..

"Tak perlulah wanita yg tercantik di dunia, tak perlu yg
ternama, asal berhati mulia...

Tabah untuk meredah.. di dalam senang dan susah. Setia
merindu di saat terpisah....
Hingga hari ini..belum ku temui..Ku masih mencari.."
(
~ nak menunjukkan agak susah nak cari isteri yg baik. .)

Yang muka cun lawa tu cu, ramai.. (sebab make-up pun)
tapi yang hatinya lawa..setia. .beragama dan sabar...susah
tau! Ni cu tak nak, nak ikut hati gak, nak yg lawa bergaya
dan lagi...nak yg berakhlak dan beragama jugak, 10 tahun
lagi la mungkin baru jumpa..! Kalau pilih yg lawa ni, jangan
jeles kalau dia ramai peminat...walaupun cucu ganteng
(hensem)! Ramai yg berpisah kerana isteri lawa telah dicuri
oleh orang lain.., suami pulak pemarah dan tak pemaaf!
Ramainya ikutkan hati yang baran dan tidak berusaha
untuk berbaik.

Mungkin juga sebab siisteri tidak setia dan rambang mata
kerana dia ramai peminat..Zaman ni, orang tak tengok
samada wanita tu isteri orang ke tidak..!
Dia nak kebas aje..walaupun dia sendiri suami orang..!
Carila wanita yg pandai menjaga maruah seperti yg
menutup aurat (berhijab) dan tahu menjaga batas-batas pergaulan.


 photo
(Jangan pilih yg sedap di mata semata-mata ataupun
berjawatan tinggi tapi sakit di..poket dan hati..
- pic hanya hiasan)


Ketiga:
Kalau cucu nak cari calon suami (bagi wanita) jangan
terlalu memilih, walaupun cu lawa..
Atau kalau cu tidak memilih, asal datang aje terima..
bahaya juga. Risik dan uji la hatibudinya, amalan
agamanya, kesabaran dan kesetiaannya.
Harapan Atok jangan cu tengok pada gaji, pangkat
atau harta lelaki tu, juga kehansemannya aje. Sama
sahaja seperti lelaki nak cari isteri. Cari lelaki yang
beriman, sabar dan berakhlak yang dapat membimbing
cucu jadi insan beriman dan mulia.
Biarla dia dapat membimbing cu dalam agama dan
kamu hidup secara sederhana sahaja. Ramai pasangan
bahagia bermula dgn hidup dalam kesederhanaan.
Yang penting cu selalu sabar dan redha.

Kalau dapat suami yg kacak pun mungkin dia akan
akan senang tergoda dengan wanita cantik yg meminati
serta sering memujanya, atau yang sering berurusan
bersama samada di ofis atau out station atau di mana
sahaja. Punya suami yang lawa apatah lagi kayaraya
tidak menjamin kebahagiaan kecuali dia memang teguh
beriman dan tidak tertipu dengan dunia dan wanita...



( Jangan cari lelaki yg pandai bergaya dan
bermulut manis aje...tapi hatinya tidak setia..)


Keempat:
Kalau cucu dah berjumpa pasangan hati yg berkenan,
jangan pulak lebih sudu dari kuah, buat bakal suami atau
isteri bagaikan kepunyaan sendiri yang dah sah. Batas-
batas agama kenala jaga. Di sinilah ilmu Islami (fiqh dan
akhlak) dan ilmu rumahtangga itu penting untuk
dipraktikkan. Ada sesetengah orang, baru bertunang,
dah anggap tunang macam bini sendiri. Mereka suka
berduaan ke mana sahaja. Ke pawagam, bershopping
dan masuk bilik sendiri pun hanya berdua..Mereka lupa
semasa berduaan begitu, yang ketiganya ialah syaitan.
Syaitan ni pula sangat suka la menghasut dan mengipas
anak-anak adam berdarah panas ni buat maksiat.

Tujuan syaitan ni cu ialah supaya pasangan tunangan
atau kekasih ni membuat dosa besar iaitu zina. Kalau ini
terjadi, hancurlah akhlak Islam yg dipertahankan selama
ini. Dosa maksiat ini sekali dibuat akan diulangi sebab
syaitan akan terus menghasut dan membuat pasangan
ini merasakan perbuatan ini menyeronokkan dan tak
salah! Ingatllah ALlah membenci mereka yang mendekati
zina. Dan bagi mereka yang melakukannya, mereka akan
diazab dengan azab yg pedih lagi busuk, sehinggakan ahli
neraka lain akan marah kepada mereka yg diazab kerana
zina kerna bau mereka sungguh busuk sekali sebagai
penghinaan kepada para penzina..
Jauhi juga khalwat yg membawa azab di kemudian harinya.
Bukan sahaja mereka boleh ditangkap dan dipenjarakan
malah ia akan menjatuhkan maruah famili kedua-dua
pasangan. Jaga adat-adat ketimuran kita serta
praktikkan tatacara pergaulan dalam Islam.



(Kemesraan berlebihan seperti cara Barat hendaklah
dijauhi..)


Kelima:
Sekiranya cucu telah selamat melayarkan bahtera
perkahwinan dgn sidia pujaan hati, hendaklah menjaga keharmonian rumahtangga di setiap masa. Segala
sifat-sifat yang mahmudah (terpuji) mestila dipraktikkan
dalam mengekalkan kebahagiaan bersama.
Sifat-sifat terpenting ialah sabar, bertolak-ansur,
pemaaf, nasihat-menasihati, lemah-lembut dan saling hormat-menghormati haruslah ada pada pasangan
suami isteri. Hendakla cu tahu tanggungjawab sebagai
isteri atau suami dgn baik supaya tanggunjawab itu dapat dijalankan. Jangan sampai dipersoalkan oleh Allah di
akhirat nanti.

Image Uploaded by ImageShack Toolbarthe happy newly weds


Keenam:
Perkahwinan cucu seharusnnya untuk selamanya dan
bukannya berbahagia untuk seketika atau beberapa
tahun sahaja kemudian berpisah.
Ada pasangan yang hidup bahagia dan sehaluan hanya
pada 3, 5 atau 10 tahun pertama. Selepas itu mereka
mengambil mudah untuk terus menyemai kasih dan meningkatkan sayang walaupun masih menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mereka
merasakan tiada keperluan untuk terus membajai
kasih sayang yg mereka bina dan pupuk selama ini.
Anak-anak yg telah membesar tidak dapat menjadikan
pasangan suami isteri ini bersikap mesra sesama mereka
apatah lagi romantik seperti waktu awal perkahwinan.

Seolah-olahnya pasangan mereka adalah sebuah
kereta lama yg dah jemu mereka melihatnya dek
kepudaran warna dan kelembapan ia berfungsi dan
mungkin juga kerana terbitnya kereta baru yg lebih
menarik. Pasangan bukan boleh disamakan dengan
kereta kerana ia mempunyai hati dan perasaan.
Peringatan dalam Al Quran mengatakan bahawa
sekiranya kita tidak suka sesuatu (sikap) tentang
pasangan kita, masih banyak lagi kebaikan atau sifat
yang kita sukai dalam dirinya. Jadi maafkanlah dirinya
dan bertolak-ansur la selalu. Lagi pula, kita sendiri
tidak sempurna. Jadi jangan harap kita mesti dapat
pasangan yg serba sempurna dalam setiap hal.




VS

http://i.cnn.net/money/popups/2006/autos/losangeles/round1/chrysler_sebring.jpg


Mereka membuat alasan bahawa kalau dah sampai
pertengahan atau lanjut usia, tak perlulah nak berusaha menunjukkan kasihsayang seperti semasa muda. Ini
kononnya kerana malu kepada anakpinak dan iparduai.
Lalu kuranglah mereka bergurau senda, berbual dan
mencari topik menarik untuk dibincang bersama.
Memasing lebih suka untuk buat hal sendiri dan
bercakap bila perlu sahaja. Ini adalah satu kesilapan
biasa yg sering diulang yg boleh menyebabkan kasih
sayang menjadi burn out antara pasangan suami isteri.

Kalau mereka memasing bekerja, alasan kesibukan
bekerja diberi kerana bila bersama pun, mereka lebih
banyak diam dari berbual. Pakar motivasi terkenal
pernah berkata sepatutnya 45 minit sekurang-
kurangnya diperuntukkan untuk berkomunikasi dengan
pasangan setiap hari. Sekiranya tidak dilakukan,
rumahtangga mungkin akan menjadi hambar dan
hubungan mesra akan terlerai sedikit demi sedikit. Ini
mungkin akan membuatkan suami mencari wanita lain
yg suka melayaninya, manakala isteri makan hati dan
menyepi..Kalau cu lihat dan sedar itulah di antara
penyebab runtuhnya rumahtangga yg dibina, selain
dari kerap timbulnya pergaduhan lantaran
ketidaksabaran antara pasangan suami isteri juga
kerana kehadiran orang ketiga di celah masalah
rumahtangga yg ada.




Ketujuh:
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga cucu
belajarlah cara bagaimana untuk membajai kasih
sayang antara suami isteri.
Mungkin di antaranya dengan selalu menghantar mesej
melalui sms atau emel, juga bertelefon bertanya kabar
walaupun sekejap saja. Juga makan atau bersiar hanya
berdua sahaja serta sentiasa
bercakap dengan lemahlembut serta memanggil
pasangan dengan panggilan yg menunjukkan sayang.
Rendahkanlah keegoanmu cu, dengan sentiasa cepat
meminta maaf jika rasa telah mengkasari pasangan atau
tersilap berbuat sesuatu juga terlepas kata.
Jangan ditegakkan juga benang yg basah, hanya untuk
menang dalam berbicara. Selalulah bersedia untuk
memujuk pasangan sekiranya dia merajuk atau
kelihatan sugul atau mempunyai masalah. Selalu
berkomunikasi sekiranya ada masalah untuk
diselesaikan. Juga sentiasa setia semasa pasangan
tiada di sisi ataupun ada di depan mata.

Jangan berpura-pura dan bercakap bohong kepada
pasangan hanya untuk melepaskan diri dari sesuatu
kesilapan yg telah dilakukan atau kalau terjebak dgn
satu kecurangan. Jauhi dari mengadakan hubungan
terlarang dengan sesiapa sahaja, samada melalui telefon
atau emel, sekiranya cu menghargai pasangan dan famili.
Beringat sebelum kena adalah amalan orang yang
bijak. Selebihnya, kita berdoa
dan bertawakkal kepada Allah
supaya dikurniakan hidup yg bahagia lagi harmonis yang dirahmati dan diredhaiAllah jua.

Ingatlah cu, rumahtangga kita yg aman bahagia boleh hancur
sekiranya kita tidak pandai mengemudinya ibarat bahtera
yg belayar di lautan yang adakalanya tenang dan adakalanya
ribut di sepanjang pelayarannya. Bahtera boleh karam
sekiranya nakhodanya silap atau gagal melayarinya dengan
baik. Begitulah juga rumahtangga, boleh berpecah dan
berantakan kalau suami dan isteri gagal menjaga
kerukunannya. Renungilah 7 pesan Atok ni..ye, cu?
Boleh..? InsyaALlah la tu..




A happy family by suchard2u2.
Keluarga bahagia...idaman setiap orang yg normal.




























































































No comments:

Post a Comment