Wednesday, December 31, 2008

Suara Hati Rakyat Palestin

Bismillah 06 by Rahila's Islamic Graphics

Rally against Israeli Agression by humbleslave


Saya ada mengenali seorang warga Palestin yang tinggal di Tulkarem City di Palestin.
Tulkarem terletak di selatan Tebing Barat, dan lebih 200 ratus batu dari Gaza.
Saya mengenalinya melalui Fanbox beberapa bulan lepas. Dia mempunyai 2 orang anak lelaki yg berumur 5 dan 7 tahun dan seorang isteri.
Dia, seorang guru Bahasa Inggeris, 31 tahun, mengajar di sebuah sekolah rendah di khemah pelarian di Nour Shams, Tulkarem. Di samping itu, selepas sekolah, dia akan menolong
menjual buku di kedai buku kecil ayahnya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Saya bertanya bagaimana keadaan di tempatnya, adakah terkena sasaran missile Israel
dan berlaku kecederaan. Alhamdulillah, dia memberitahu di sana tidak ada kejadian yang buruk
seperti di Gaza. Tetapi ada penduduk yang miskin di khemah pelarian itu yang tidak dapat makan dengan sempurna.
Anak-anaknya pula asyik bertanya tentang pengeboman Israel ke atas Gaza. Mereka dapat merasakan trauma saudara mereka di Gaza dan tempat lain yang bermandi darah walaupun tidak kedengaran jet pejuang atau peluru berpandu Israel di tempat mereka. Terdapat juga beberapa rakannya yang tinggal di Gaza, tapi syukur katanya mereka itu semuanya selamat.

Dia sangat berterimakasih kepada saya dan rakyat Malaysia yang telah dan akan mengumpulkan dana dan sumbangan untuk diberi pada penduduk Palestin.
Saya memberitahunya itu adalah kewajipan kita untuk membantu sesama Muslim yang hidup dalam kesempitan serta amat memerlukan bantuan.


320\365  SPEAK FOR GAZA, The number of dead people from the Israeli attacks in Gaza rises to 345 by ‘sad feeling


Pagi tadi saya sempat melihat berita terkini berkaitan Gaza di dalam News on Al Jazeera di tv. Wartawan Al Jazeera menemuramah seorang ibu muda di Gaza yang mempunyai 4 orang anak (lelaki dan perempuan) yang masih kecil dibawah 12 tahun, bertanyakan bagaimana perasaannya sekarang selepas peristiwa berdarah di situ berlaku. Ibu muda itu menjawab , "tidak selamat, dan kami hanya menunggu mati pada bila-bila masa sahaja! Apa yang boleh kami buat? Saya akan mati bersama-sama anak-anak saya di sini ". Kedengaran sungguh sedih jawapannya itu... Mereka tidak dapat berlindung dari bom seperti di Tel Aviv, atau bandar Israel yang lain kerana di sana mereka ada bunker atau tempat selamat dari serangan bom.

 by AnomalousNYC


Yang lain pula berkata (apabila ditemubual) "kami akan mati samada kerana dibom ataupun kerana menunggu roti" (yang nak dibeli yg semakin sedikit kuantitinya). Kedai roti itu adalah satu-satunya kedai roti yang masih dibuka dan beroperasi di Gaza. Tuan punyanya berkata, sehari dua ni mereka masih boleh bertahan, tetapi bila minyak kenderaan sudah habis, tidak pasti lagi kedainya dapat membuat roti-rotian lagi. Begitulah suara hati penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin. Marilah kita bersama berdoa dan membantu sedaya yang kita mampu saudara se Islam yang menghadapi dugaan hebat dari Allah ini. Dalam menguji mereka di bumi Palestin, Allah juga menguji orang Islam lain seperti kita untuk melihat samada kita akan membantu mereka yang bernasib malang seperti ini atau tidak. Wallahu 'alam.

Tragedi Gaza

kalima 4 by Rahila's Islamic Graphics.


الاجرام المصري الصهيوني في غزة by mustaphaq22.


KHUTBAH JUMAAT @ 2 JAN 2009: TRAGEDI GAZA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan lebih 1,500 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian di kalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

Allah Ta’ala berfirman

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا (4:

Surah AnNisa 4:75 "Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al Quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (9:71)

Surah At Taubah 9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideologi kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik Negara kita sebagai saudara seislam yang wajib dibela dan dipertahankan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”




Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza. Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan.

U.S. military tramples on the head of Iraqi by mustaphaq22.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Di manakah kita hendak letak ayat-ayat Al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam. Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin. Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh. Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel. Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu. Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak. Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing.

Israel's policy of demolishing Palestinian homes and the building of settlements by mustaphaq22.

Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas. Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia. Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apachee dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat. Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin. Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Israel sudah mencecah ribuan jiwa. Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel. Dan dalam 5 hari ini dalam beberapa serangan sahaja Israel membunuh hampir 400 orang sekelip mata. Di manakah ‘sense of proportion’ atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.

Kedua, khatib mengesyorkan agar setiap kariah dan kawasan mengadakan solat hajat perdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari Surah as Saff ayat 10-11 :-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.

Khatib juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.


Israel-Nazi by mustaphaq22.


Disediakan oleh :

Dr Hafidzi Mohd Noor (HP 013-3685367)

Pengarah

Palestine Centre of Excellence(PACE)



Friday, December 26, 2008

Isi Blog

Tax_Laptop by Heneghan


Kalau kita ingin membina blog, binalah blog yang boleh membina dan bukan blog yang
meruntuhkan lagi mengutuk personaliti yang mulia atau menjatuhkan kebaikan. Apatah lagi
kita membina blog yang mengutuk junjungan besar kita RasuluLlah SAW dengan foto
dan kata-kata yang amat keji dan tidak dapat diterima oleh akal manusia juga agama lain sekalipun. Padahal RasuluLlah SAW adalah utusan ALlah yang membawa cahaya kebenaran -
Al Islam kepada kita, risalah tauhid dan Iman kepada seluruh manusia. Bertaubatlah dari melakukan perbuatan seperti itu sebelum laknat ALlah tertimpa ke atas
kita. Di dunia lagi kita akan dihina, dikutuk dan diburu, apatah lagi di akhirat kita akan diseksa
dengan seksaan yang amat pedih! Menghina Baginda Nabi SAW adalah menghina ALlah SWT sebenarnya, Tuhan yang mencipta diri blogger itu sendiri..!

Kalau kita ada ide yang bernas dan dapat mengislahkan (reform) sikap manusia menjadi
lebih baik dan mulia, seharusnya kitalah yang lebih aula (utama) untuk membina blog dan bukan mereka yang menulis apa yang amat haram ditulis, melukis apa yang haram dilukis sesuka nafsu..Beringatlah dengan apa yang kita buat, samada kita buat sesuatu melalui blog
mahupun bukan, iaitu menulis dalam emel sahaja. Allah adalah Al Basir dan Al Khobir,
maha melihat dan maha mengetahui sehalus-halusnya, apa yang kita lakukan.

My Message


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tazkirah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Ma'al Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, December 25, 2008

Amar Ma'aruf Nahi Mungkar



Sermon in the Omayyad Mosque by Matthew Wireman


Mutakhir ini, banyak kedengaran gejala sosial, kemungkaran dan jenayah yang berleluasa di negara kita ini. Tidak kira di mana, ia berlaku di kota, pekan dan desa lebih kurang sama sahaja.

Kemungkaran dan gejala sosial itu adalah seperti budaya hedonisme (berhiburan melampau spt Black Metal, Punk, Skin Head, Jom.. ), pergaulan bebas, perzinaan (rumah urut, bohsia, homoseksual), budaya kaki botol, kecurangan, sumbang mahram, perjudian, penagihan dadah (ekstacy, ice, shabu) dan merempit. Manakala jenayah pula ialah seperti pembunuhan, perogolan, peragutan, perampokan, peras ugut, rasuah dan seumpamanya. Senarainya dari sehari ke sehari malangnya bertambah panjang.

Bagi Muslim yang mempunyai jiwa yang sensitif dan iman yang mantap, mereka tidak akan berasa tenteram dengan situasi ini dan akan cuba berbuat sesuatu iaitulah dengan melakukan amar ma'aruf nahi mungkar sedaya yang mampu. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Seutama-utama amal ialah amar ma'aruf dan nahi mungkar (menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan) dan membenci orang yang fasiq (melanggar hukum)."
Kita akan dikira bersubahat sama sekiranya kita mengetahui atau hanya melihat sahaja kemungkaran yang berlaku di depan mata (dalam masyarakat atau dalam rumahtangga ) tanpa berdetik hati kita untuk bertindak atau sekurang-kurangnya membenci perbuatan mungkar itu.

Abul Laith meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata: Nabi s.a.w bersabda:"Tidak terjadi pada suatu kaum seorang yang berbuat durhaka, sedang mereka dapat
menghentikannya, tetapi mereka tidak mencegahnya, melainkan Allah akan meratakan pada mereka siksaannya sebelum mereka mati."

Abul Laith meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar b Abdul Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu , tetapi apabila dosa itu merajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Sebenarnya kita telah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah, di antaranya menyeru kepada amar ma'aruf dan nahi (mencegah) mungkar. Firman ALlah s.w.t.:"Harus ada dari kamu golongan yang mengajak kepada kebaikan, dan menganjurkan segala ma'aruf (yang baik) dan mencegah mungkar dan merekalah orang-orang yang berjaya (beruntung)" (Ali Imran:104). Allah juga mencela orang-orang yang tidak suka mencegah mungkar atau tidak berbuat apa-apa dalam ayat 79, surah
Al Ma'idah," Mereka tidak saling mencegah dari perbuatan mungkar yang mereka perbuat. Sungguh buruk perbuatan mereka itu."

Bukannya mudah untuk berdakwah atau menasihati orang lain untuk melakukan amar ma'aruf dan nahi mungkar ini. Kebanyakan orang walaupun tahu sedikit sebanyak ilmu tentang apa yang disuruh dan apa yang di larang dalam Islam, mereka tidak berani ke depan menasihati orang lain secara tebuka dalam artikel atau bersuara kerana malu atau tidak suka menyentuh perasaan orang lain, takut nanti hilang pengaruh di kalangan kawan dan kenalan.

Tetapi ketahuilah kalau kita tidak berani melakukan dalam bentuk tulisan atau bersuara, sekurang-kurangnya kita boleh menasihati rakan atau ahli keluarga kita secara perseorangan, 'one to one'. Sekiranya dia masih tidak berubah, kita boleh meminta orang lain yang dihurmatinya pula untuk menasihati supaya dia melakukan yang ma'aruf atau meninggalkan yang mungkar. Kalau kita suka berinteraksi melalui internet, kita boleh 'forward' artikel yang baik, berupa nasihat dan peringatan kepada egrup yang kita sertai. Berdakwah kini adalah lebih cepat dan mudah, sekiranya kita mahu. Di samping itu kita kenalah pertingkatkan budi dan akhlak mulia dalam diri kita pula sekiranya kita mahu menasihati orang lain. Ayat Quran yang selalu kita dengar ialah, "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman." Ayat lain pula mengtakan,"Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada manusia kerana menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada ALlah." (Ali Imran, 110)

Ghibah


Coffee Talk by andyi

Di akhir zaman ini, manusia seperti tidak ada perkara lain yg hendak dibicarakan melainkan kebanyakannya berkaitan dengan keburukan orang lain. Kebanyakan dari kita, buka sahaja mulut, tidak kira samada lelaki atau wanita, kejelekan oranglah yg ternampak dan diperkatakan walhal kejelekan sikap dan kekurangan diri sendiri, sejenak pun tidak ingin difikir dan diperkatakan. Begitu kronik penyakit ghibah atau mengumpat ini dalam masyarakat Islam sekarang.

Biasanya ghibah atau mengumpat ini dikaitkan dengan kaum wanita yang suka bergosip dan berbual apabila berkumpul sesama mereka, samada di tepi-tepi rumah atau di pejabat. Tetapi kaum lelaki juga tidak terlepas dari perbuatan yang dikutuk agama ini. Sering kelihatan mereka bercerita hal orang lain dalam nada berjenaka dan bergelak ketawa tanpa mereka sedari itu adalah ghibah. Contohnya mereka sering mengatakan, " Ah..mamat tu memang gitu.., suka meminjam tapi liat nak bayar...". Atau " Dia tu kuat berangan..!" atau, " Aku dah tak tahan dengan sifat baran dia tuh!". Itu semua adalah mengumpat..

Kini di akhir zaman, cakap berbentuk pengumpatan sebegitu seperti udara atau karbon dioksida yang cemar dihidu, berada di mana-mana. Pada zaman Nabi s.a.w dahulu, jika ada yang mengumpat, akan muncul suatu bau busuk seperti bangkai, tetapi sekarang dek kerana terlalu ramai orang mengumpat, bauan busuk itu tidak terhidu oleh manusia lagi. Sedarlah saudara semua, perbuatan mengumpat ini mampu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan suasana kepura-puraan dan tidak harmoni di antara insan.

Ketika ditanyakan kepada seorang hakim (orang bijaksana): "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?" Jawabnya: "Di masa Nabi s.a.w. Allah akan membuktikan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya (wujudnya ghibah di kalangan mereka), tetapi di masa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita jika berbau yang demikian, maka tidak merasa busuk lagi bau itu, sebagaimana seorang yang pertama kali masuk ke tempat tukang samak, ia masa pertama kali itu tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya bau itu menusuk hidung, tetapi ahli tempat itu dapat makan dan minum di situ dan tidak merasa bau apa-apa, kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."

Abu Laith As Samarqandi meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda ;"Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat:"Allah dan Rasulullah yang lebih mengetahui." Maka Nabi s.a.w bersabda:"Ghibah itu jika engkau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Lalu baginda ditanya; "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" Jawab Nabi s.a.w.: "Jika kamu sebut itu benar, maka itu ghibah. Tetapi jika tidak betul, maka itu buhtan ( yaitu membuat-buat kepalsuan pendustaan untuk menjelekkan nama orang)."
Sekiranya kita menyebut: "Baju orang itu pendeklaa.. atau panjanglaa", itu juga bererti ghibah. Apatah lagi kita menyebutkan kekurangan fizikal atau kecacatan anggotanya, juga tingkah lakunya yang tidak disenangi.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain, dan jangan ghibah (mengumpat) setengahmu pada setengahnya. Apakah kamu suka sekiranya kamu makan daging saudaramu yang telah mati? Tentulah kamu jijik (tidak suka)" ( Al Hujurat: 12)


Talking People by marcoshanti


Ketahuilah, sekiranya kita mengumpat seseorang, kita diibaratkan telah menghadiahkan pahala amalan yang kita lakukan kepada orang yang kita umpati itu. Alangkah ruginya kita.! Sesia dan penat sahaja kita bersolat, berpuasa dan beramal soleh sekiranya kita suka mengumpat. Tiada apa yang mungkin tinggal pada kita dari amalan yang kita kerjakan di akhirat nanti walaupun di dunia ini kita telah banyak rasanya melakukan ibadah dan kita kononnya menjadi "orang surau" atau "kaki masjid". Kita mungkin termasuk dalam kategori orang yang muflis amalan di akhirat tanpa kita sedari..Betullah pepatah yang mengatakan "Sebab mulut, badan binasa".

Al Hassan Al Basri diberitahu: Bahawa .."ada orang (fulan) membicarakan keburukanmu (ghibah padamu). " Maka langsung ia mengirim kepada orang yang mengumpatnya setalam kurma rutab sambil berkata kepadanya:"Saya mendapat berita bahawa kamu yang menghadiahkan hasanahmu ( pahala kebaikanmu) kepadaku. Maka saya ingin membalas hadiah itu. Kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."
Abu Umamah Al Bahili r.a. berkata: Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari Qiyamat, maka terlihat padanya hasanah-hasanah yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya:"Ya Tuhan, dari mana hasanah-hasanah ini?" JawabNya:"Itu dari apa yang orang ghibah (umpat) kau dan kau tidak sedar."

Ibrahim bin Adham berkata:"Wahai orang yang mendustakan. Engkau bakhil dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu, tetapi pemurah dengan akhiratmu (pahala amalanmu) kepada musuh-musuhmu. Maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana pemurahmu."
Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Empat macam yang membatalkan puasa dan wudhu' dan menghapuskan amal (merosakannya);
1.Ghibah (membicarakan keburukan orang) 2.Dusta 3.Mengadu-domba (menghasut dan melagakan orang) 4. Memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya. Dan kesemua itu dapat meyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air meyuburkan tunas tanaman, dan minum arak (khamar) itu mengatasi semua dosa-dosa."
Mujahid berkata:"Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat , maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik, maka disambut oleh Malaikat:"untuknya dan untukmu juga". Sebaliknya jika menyebut keburukan saudaranya, maka Malaikat itu berkata:"Engkau buka auratnya. Engkau perbetulkan dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi keburukanmu."

Ibrahim bin Adham diundang makan, dan diketika ia duduk, tiba-tiba ada orang berkata:"Fulan tidak datang." lalu disambut oleh yang lain, "Itu memang berat (tidak pandai bergaul)". Lalu Ibrahim bin Adham berkata:"Ini yang menjadi perutku berat ketika menghadiri makanan di mana kau ghibah pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.
Di sini ia menunjukkan betapa ghibah itu dipandang sangat serius oleh ulamak terdahulu, berbeza dengan kita yang menjadikan ghibah seperti hobi seharian dan perkara enteng.
Lalu bagaimana caranya untuk bertaubat dari melakukan ghibah supaya amalan kita tidak hilang dari kita percuma sahaja dan berpindah kepada orang yang kita ghibah atau umpati. Adakah cara untuk mendapatkan hasanah kita itu semula setelah kita mengumpat seseorang itu atas apa jua alasan pun? Abul Laith Assamarqandi berkata: "Orang-orang membicarakan cara taubatnya orang yang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan
yang lain berkata tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibicarakan, maka harus minta dihalalnya (dan minta maaf), dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulanginya."
Seorang datang kepada Ibnu Sirin dan berkata kepadanya:"Saya telah ghibah membicarakan keburukanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab Ibnu Sirin:"Bagaimana saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah." Seolah-olah Ibnu Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya dia minta ampun kepada Allah di samping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya, maka cukup dengan bertaubat kepada Allah disamping mendoakan baik bagi orang yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya, dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

Walaubagaimanapun, tidak semua yang dighibahkan itu dianggap dosa. Ada tiga perkara yang tidak dianggap ghibah yang berdosa:
1. Menyebut kekejaman atau ketidakadilan raja atau pemimpin yang zalim
(pemimpin ini termasuk majikan, pemimpin masyarakat, jemaah atau kumpulan, ibubapa
dan orang yang dipertanggungjawabkan dgn orang bawahan atau anak didiknya)
2. Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan
membuat jenayah atau kejahatan kepada orang lain
3. Menyebut keburukan pasangan (suami atau isteri) di dalam mahkamah
demi mencari keadilan atau menyelessaikan masalah rumahtangga.

Kesimpulannya, jauhilah ghibah yang banyak membawa keburukan pada diri
sendiri dan juga masyarakat yang boleh menjerumuskan diri kita ke dalam
neraka di akhirat nanti.


Wednesday, December 24, 2008

Analogi Solat

Praying in Trafalgar Square by www.alastairhumphreys.com


Solat (solah) adalah tiang agama dan amal ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. Amalan hati yang pertama dikira pula ialah keimanan kita pada ketauhidan ALlah SWT.
Sekiranya solat kita diterima sebagai sah dan Lillahi ta'ala, amalan lain juga ada harapan untuk diterima.

Di akhirat nanti ada sebanyak tujuh kaunter (qantarah) untuk menilai atau menghisab amalan kita. Kaunter yang pertama itulah kaunter yang akan menilaikan keimanan manusia kepada Allah SWT. Manakala kaunter kedua ialah untuk menghisab solat manusia. Sekiranya kita beres di kaunter kedua kerana solat kita sempurna, barulah kita akan dibenarkan ke kaunter seterusnya, kaunter menghisab amalan wajib dan muamalat lain seperti puasa, zakat, haji dan seumpamanya. Perjalanan antara satu kaunter dengan yang lain adalah beribu tahun, dan amalan baik atau buruk seseoranglah yang dapat mempercepatkan atau melambatkannya sampai ke sesuatu kaunter. Mengikut buku Bagaimana Meniti Siraat Al Mustaqim, ada riwayat yang mengatakan tempoh melintas siraat itu bagi Muslimin memakan masa di antara 10000 ke 28000 tahun mengikut amalan mereka, sementara yang paling singkat sekali ialah sekelip mata!

Sehari semalam, seorang muslim itu hanya diwajibkan bersolat 5 waktu solat fardhu sahaja. Sekiranya kita mahu mengerjakan yang lebih, itu adalah solat tatawu' atau solat sunat yang amat baik untuk menambah pahala kita atau menampung kekurangan di dalam solat fardhu dek kerana tidak khusyuk dan gopohnya kita bersolat. Bagi seorang muslim yang mukmin dan istiqamah, bab ibadah solat adalah dipandang berat dan dijaga dengan sebaiknya agar tidak ada satu waktu pun yang ketinggalan dan berusaha supaya khusyuk semasa melakukannya.

Tetapi bagi mereka yang liat melakukan solat atau kurang keimanannya, hanya melakukannya apabila tidak sibuk, berada di dalam keadaan senang seperti di rumah dan apabila dirinya sihat secara fizikal. Dalam keadaan sibuk dengan pekerjaan di pejabat atau luar pejabat, berada dalam musafir, atau sakit terbaring di katil serta mereka yang terkena musibah, mereka akan membuat pelbagai alasan untuk diri sendiri. Bagi yang sibuk dengan kerja, alasan seperti tak dapat mendirikan solat kerana tak sempat - kerja lebih penting untuk dibereskan dulu..(sambil hati berkata..nanti akan qada' solat bila balik rumah nanti: ada pulak yang tidak berniat langsung untuk qada').

Kalau di perjalanan atau bermusafir alasannya susah nak bersolat kerana tidak dapat bertaharah dengan sempurna atau malu serta susah untuk berwuduk atau air tidak ada serta tidak tahu bertayammum. Ini adalah terutamanya bagi mereka yang bermusafir di luar negara. Di dalam negara, tiada alasan kerana musolla dan masjid berada di mana-mana sahaja. Dalam kenderaan awam seperti kapalterbang, keretapi atau bas, mereka malu untuk bersolat kerana tidak mahu di pandang pelik atau berfikiran- nanti orang lain menganggap mereka nak tunjuk alim...! Bagi yang sakit pula, alasannya ialah dirinya tak upaya untuk bangun dan susah berwuduk dengan balutan luka sekiranya ada, serta pelbagai lagi alasan untuk tidak melakukannya di samping menyalah anggap bahawa Allah itu maha pengampun dan memahami dirinya yang sedang susah dan sakit. Bagi mereka yang terkena musibah seperti bencana banjir pula mungkin akan memberi alasan tidak bersolat kerana mereka dalam kesusahan dan kehilangan peralatan ibadah seperti telekong dan sejadah, tiada tempat bersih untuk bersolat dan seumpamanya. Lalu masa berlalu begitu sahaja berhari-hari tanpa bersolat, tanpa mereka mengambil inisiatif untuk bersolat, walhal Allah mendatangkan sesuatu keadaan baik sibuk, sakit atau musibah itu adalah untuk menguji kita adakah kita akan mengingatiNya dengan mendirikan solat sebagai menyatakan rasa syukur, di samping untuk memohon pertolongan dariNya supaya melepaskan diri dari kesusahan (musibah), marabahaya (sekiranya di perjalanan) dan memberi kesembuhan (dari penyakit).

Seseorang itu dikira muslim sekiranya ia mendirikan solat dengan sempurna dan fasik jika ia meninggalkannya dengan sengaja. Anologi solat yang pernah kita dengar semasa di bangku sekolah yang mungkin kelihatannya seperti keanak-anakan tetapi boleh menyedarkan anak-anak kecil atau remaja yang liat bersolat, malah 'anak-anak' yang telah dewasa ialah yang berbentuk seperti ini:

ISLAM ITU TERTULIS DENGAN PERKATAAN DAN HURUF -- I S L A M
yang ditranslasi sebagai solat lima waktu:
I -- ISYAK
S -- SUBUH
L -- LOHOR (panggilan org kg - ZUHOR)
A -- ASAR
M --MAGHRIB

Maka dalam peringatan / tazkirah beranalogi ini, sekiranya kita seorang yang mendirikan semua solat yang lima, maka jadilah kita seorang ISLAM yang sempurna (markah penuh 5 per 5)..dalam ibadah yang berkaitan solat (sahaja), kerana semua huruf dalam ISLAM boleh kita claim dari SOLAT SUBUH HINGGA ISYAK YANG KITA DIRIKAN.. Sekiranya kita ada meninggalkan solat, contohnya solat maghrib, maka kita hanya mengerjakan 4 waktu sahaja dan sepertinya keIslaman kita belum sempurna dan hanya layak di gelar orang ISLA dan bukan ISLAM, kerana huruf M - maghrib kita tiada kerna kita tidak kerjakan solat itu. (Sekiranya Isya' tidak kita buat, kita hanya layak menjadi orang SLAM, zuhor tinggal- ISAM, zuhor dan asar tiada -ISM dan seumpamanya) . Layakkah kita bergelar Islam, jika kita langsung tidak mengerjakan solat? Ibarat kita di gelar orang Haji, tapi tidak pernah mengerjakan haji ke Mekah. Tidakkah kita malu bergelar haji tapi haji palsu?
Pepatah Inggeris ada mengatakan Live up to standard, bermaksud kita hidup biarlah mengikut gelaran, taraf dan keupayaan kita, dan standard Muslim (Islam) ini tinggi darjatnya dan berat tanggungjawabnya.

Lagikan anak kecil boleh memahami dan sensitif jika dia dikatakan seorang yang bukan betul-betul Islam melalui analogi ini -iaitu sekiranya tidak mendirikan kesemua solat, inikan pula kita yang sudah mukallaf dan bijak pandai. Allah SWT berfirman:"Pelihara lah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusta (Asar). Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.
Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui". (Al Baqarah: 238-239)

Persoalan yang perlu ditanyakan pada diri anda dan ahli keluarga anda, "Adakah anda serta keluarga telah mendirikan solat dengan sempurna (cukup waktunya) dan khusyuk semasa menghadapNya? " Kalau belum, berazamlah untuk menyempurnakan solat dengan sebaiknya. Semoga kita dibantu dalam beribadah dan mencari keredhaanNya jua.

Ilmu Menyuluh Hidup dan Memantapkan Iman


Putrajaya Mosque by Azizul Ameir

Ilmu adalah pengetahuan yang merupakan suatu rahmat yang amat bernilai yang diciptakan ALlah SWT kepada manusia. Seseorang yang berilmu itu dikatakan seorang yang beruntung kerana mendapat khazanah yang berharga yang boleh membuatnya hidup sejahtera dan bahagia di dunia dan juga di akhirat. Ilmu dunia dan ilmu ukhrawi adalah amat dituntut supaya kita mempelajarinya. Matan satu hadith yang biasa kita dengar menyuruh kita menuntut ilmu kerana ia adalah menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim. Justeru itu kita disuruh dan digalakkan belajar sejak kecil lagi kedua-dua ilmu itu sehinggalah kita dimasukkan ke liang lahad.

Dari Abu Darda' r.a. berkata:"Saya telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda:"Siapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu, maka ALlah akan memudahkan baginya dari jalan-jalan syurga. Dan Malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan. Dan seorang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air; dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadah sebagaimana kelebihan bulan purnama dari lain-lain bintang. Dan ulama' itu sebagai pewaris dari nabi-nabi, dan nabi-nabi itu tidak mewariskan harta perak atau emas, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka siapa yang mendapatkannya (ilmu) bererti telah mendapat bahagian (keuntungan) yang sebanyak-banyaknya."

Proses dan cara menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi ialah kita biasanya akan belajar secara formal di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi samada kerajaan ataupun swasta. Bagi sesetengah daripada kita, setelah lulus pendidikan peringkat pengajian tinggi dan bekerjaya, proses pembelajaran dan menuntut ilmu itu seakan berakhir. Bagi mereka inilah masa untuk berehat (relax) dari belajar dan menumpukan masa hanya kepada kerjaya mahupun rumahtangga. Peringkat umur ini adalah biasanya sekitar 20an ke 30an. Bagi yang meneruskan pengajian, biasanya mereka akan mengejar ilmu duniawi seperti segulung diploma berpangkat sarjana ataupun doktor falsafah. Ini adalah sesuatu yang baik dan dituntut dalam Islam kerana Islam memerlukan ramai teknokrat yang sentiasa memajukan watan atau negaranya. Namun kerakusan manusia untuk mencari ilmu duniawi semata-mata untuk hidup senang di kemudian hari adalah satu langkah yang kurang bijak.

The Muslim Reading Quran by hamzakif

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.berkata: "Dua macam kerakusan yang tidak kunjung kenyang, iaitu yang menuntut ilmu dan yang mengejar dunia, tetapi keduanya tidak sama. Adapun yang menuntut ilmu maka selalu bertambah diredhai Allah, sedang yang mengejar kekayaan dunia bertambah merajalela dalam kesesatannya." Kemudian ia membaca ayat Quran bermaksud
" Sesungguhnya yang takut pada ALlah dari hamba-hambaNya ialah para 'ulama' (yang mengenal ALlah)."

Tidak kurang juga dari kita ada yang menuntut ilmu Islami seperti Pengajian Islam, Ilmu Hadith, Ulumul Quran dan seumpamanya di IPT. Langkah ini adalah sesuatu yang amat baik, tidak kiralah samada ianya bertujuan untuk memajukan diri dari segi ekonomi ataupun untuk mendalami ilmu itu sendiri. Tetapi ketahuilah, tidak semestinya kita mempelajari ilmu Islami atau ilmu duniawi itu secara formal sahaja di universiti atau kolej. Bagi yang tidak berkemampuan atau yang bijak berjimat, banyak tempat dan cara ilmu ini dapat diperolehi secara percuma atau murah, asal sahaja jiwa dan akal mereka mahu menerimanya. Mereka boleh mendapatinya di masjid-masjid, surau-surau, seminar-seminar, halaqah dari jemaah tertentu, internet, media massa dan seumpamanya. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak mencari ilmu Islami itu kerana ia senang diperolehi di mana sahaja di negara kita. Syukur alhamdulillah.

Ilmu Islami itu perlu diteruskan pencariannya selagi kita hidup kerana ia merupakan makanan ruhani. Sekiranya badan atau jasad kita memerlukan makanan untuk terus berfungsi dan hidup, ruh kita juga memerlukan makanan iaitulah ilmu berkaitan dengan Islam seperti ilmu tauhid, tasauf, tajwid, ilmu akhlaq dan seumpamanya. Jikalau tidak, hidup kita tidak akan seimbang.

Ruh kita akan terasa kosong kelaparan, menyebabkan jiwa kita sakit di dalam walaupun badan kita kelihatan sihat dan akal kita bijak lagi bernas. Apabila jiwa kita kosong, kita ibarat mempunyai sebuah gunung berapi yang tidur di dalam diri, menunggu ia meletus sahaja apabila bebanan masalah dan himpitan jiwa kita tidak tertanggung lagi. Itulah sebabnya ada yang sanggup membunuh diri bila terdesak, membunuh anak sendiri dan mencederakan orang lain yang ada pertalian darah akibat dari kekurangan 'zat' makanan ruh iaitu ilmu Islami yang dapat menyuburkan iman dan amal. Ilmu Islami dan amalannya adalah ibarat benteng terakhir yang dapat menyelamatkan diri, keluarga dan masyarakat kita hancur dek kerana perbuatan terkutuk yang boleh dilakukan manusia apabila mereka bertindak di luar batas kemanusiaan iaitulah pembunuhan, perompakan, perzinaan, perogolan dan bermacam lagi maksiat.

Penyakit jiwa seperti tekanan perasaan, tekanan mental, jiwa tidak tenteram, terlalu baran dan sifat-sifat mazmumah lain lahir dari hati yang tidak ada hubungan dengan Allah SWT, renggang atau kurang bertawajjuh ( berserah dan menggantungkan harap) kepada Allah semata-mata. Manusia akan hilang pedoman apabila mereka lama tidak mendengar tazkirah atau mendapat ilmu Islami yang mengisi ruh mereka secara berterusan. Melalui ilmu Islamilah kita dapat mengiratkan hubungan kita dengan ALlah, memantapkan iman dan taqwa, sekaligus menghubungkan silaturrahim yang baik dengan manusia. Inilah yang dikatakan memantapkan "hablumminAllah, wa hablum minannaas". -- hubungan dengan ALlah dan hubungan dengan manusia.

Abdullah Almubarak ketika hampir mati, ada orang disampingnya yang mencatat ilmu daripadanya, maka ketika orang itu ditegur: "Dalam keadaan yang serupa ini masih saja mahu menulis ilmu?" Jawabnya: "Kemungkinan ada kalimat yang berguna bagiku dan belum aku ketahui sehingga kini."
Dan Abdullah Almubarak ketika ditanya, andaikan kamu dituruni wahyu bahawa kamu akan mati pada sore hari ini, maka apakah yang kamu akan lakukan hari ini? Jawabnya:"Saya akan menuntut ilmu."
Lihatlah betapa bersemangatnya beliau dalam hal menuntut ilmu ini walaupun ketika beliau sakit.

Pada sesetengah orang, pada ketika kehidupan mereka sudah stabil dan anak-anak pula sudah besar, kekosongan di jiwa kekadang akan timbul di mana mereka merasakan kekosongan itu perlu diisi dengan menuntut ilmu Islami. Ramai dari mereka ini merasakan mereka perlu beres atau tahu secara mendalam akan ilmu tajwid, tauhid dan tasawuf misalnya. Pada umur sekitar 40an, mereka yang insaf dan sedar akan kepentingan ilmu ruhani ini akan mencari bagaimana untuk mengisi ketandusan ilmu Islam di dada mereka selama ini yang mereka "overlook" atau abaikan.

Ya..memanglah baik kesedaran ini datang, cumanya alangkah baik sekiranya mereka sedar lebih awal lagi, seawal umur 20 tahun misalnya. Pepatah ada mengatakan, bijak kalau kita "sambil menyelam minum air"..asalkan air itu suci dan halal. Jadi patutnya kita belajar ilmu Islami itu sejak dari kita belajar di IPT lagi, misalnya dan terus menerus belajar semasa berkeluarga dan bekerja. Kerana apa, diwaktu umur 40an itu mungkin kita ramainya yang sudah berpenyakit berat, atau tidak larat keluar ke masjid atau ke majlis ilmu, ditambah dengan kesibukan bekerja dan dihinggapi penyakit malas..! Tapi bagi yang ingin mencari ilmu itu, orang kata "you're never too old to study" (anda tidak pernah tua untuk belajar). Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Kita mungkin ada PhD dalam pelbagai bidang ilmu duniawi sehinggakan kalau kita terangkan pada manusia lain bidang atau ilmu kita pakar itu secara terperinci, orang tidak berupaya memahaminya kerana tahap kesukaran ilmu itu tinggi. Tapi janganlah pula kita banyak tidak mengetahui tentang hal ehwal agama Islam sehinggakan kita pula akan berkata pada sesuatu masalah agama.."Eh, ye ke ni.. aku tak pernah dengar pun!" -seolah-olahnya ia seorang yang tahu semua hal (namun sebaliknya) padahal ia cuma suatu aspek yang mudah dari banyak persoalan agama yang ada. Bukankah ia sesuatu yang mengaibkan bagi kita yg bergelar Dr (perubatan) atau PhD dibelakang nama kita? Justru, biarlah ilmu dunia dan ilmu agama kita seimbang. Carilah ilmu Islami selagi kita masih punya waktu.

Pengalaman Yg Tak Dapat Dilupakan (4 )












Semasa berada di Mekah, beberapa kejadian yg jarang
berlaku telah terjadi. Misalnya kejadian hujan yang jarang
berlaku di musim panas di sana. Pada hari ketiga di sana, ketika
berjalan ke Masjidil Haram untuk bersolat maghrib, saya
ternampak awan mendung berlingkar di langit senja. Saya
bersungut pada suami dalam dia dengar dan tidak akan hari
seperti mahu hujan. Terdetik di hati saya bahawa mungkin hari
akan hujan sejenak lagi, cuma kerana ia jarang berlaku di tanah
suci, saya tak berapa yakin.

Semasa bersolat maghrib, saya agak hairan kenapa imam
membaca ayat-ayat lazim yang pendek dengan rentak laju.
Selalunya beliau akan membaca surah yang sederhana panjang,
sekadar satu rubu' ( atau satu 'ain) setiap rakaat dalam rentak
sederhana. Kemudian semasa bersolat itu juga saya terdengar
bunyi hujan turun dengan lebat. Saya terfikir dalam khusyuk tak
khusyuk itu, pastinya hujan akan membasahi imam dan makmum
lelaki yang bersolat di depan multazam yang tidak berbumbung itu.

Memang benar terjadi seperti apa yang saya fikirkan itu. Sebaik
memberi salam, Imam dan jemaah lelaki yg menjadi makmum
berlalu ke tempat teduh. Saya tidak melihatnya, tapi saya dapat
merasakan perkara seumpama itu akan dilakukan mereka. Siapa
yang mahu basah kuyup, kerana hujan yg lebat itu walaupun semakin
serek, berterusan selama setengah jam.Tapi yang pastinya, imam
muda itu telah basah kuyup bersama jemaah di belakangnya. Kesian
pulak saya memikirkannya sebab saya sangat kagum pada Imam
alhafiz itu yg saya kurang pasti namanya, malah tidak tahu macam
mana paras rupanya. Bacaan ayat-ayat sucinya amat menyentuh
hati nurani siapa sahaja yg mendengarnya, walaupun bagi saya yang
banyak tidak memahami bahasa syurga itu.

Jemaah perempuan sebelah menyebelah saya, jemaah dari Malaysia
juga tidak perasan bahawa hujan telah turun dengan lebat.
Wah, bagus betul mereka ni kerana khusyuk dlm solat, walhal saya
pula perasan dengan apa yang berlaku di sekeliling, menyebabkan
saya kurang khusyuk semasa solat maghrib itu. Ramai jemaah
perempuan kemudiannya meluru ke depan, ke beranda menghadap
Kaabah untuk melihat hujan yang agak lebat itu, satu fenomena ganjil
atau jarang berlaku di bumi suci itu. Saya hanya memerhatikan dari
jauh sahaja kerana hujan selalu berlaku di Malaysia..agak sama di mana
sahaja bagi saya. Saya nampak dari jauh hujan rebas itu turun beralun di tiup angin..

Sungguh syahdu saya rasa saat itu, sambil jemaah lain sibuk
bercakap pasal hujan itu.. Saya hanya duduk diam di sejadah
yg safnya agak di tengah masjid di tingkat dua. Saya berdoa
dengan doa turun hujan dan bertahmid, serta saya merasakan
itu adalah rahmat yang besar dari Allah Swt kerana musim itu
adalah musim panas (setinggi 39 darjah celcius),
dan Mekah berdebu di siang harinya kerana kerja-kerja
pembesaran tempat sai' dan perkarangan masjid. Jadi dengan
turunnya hujan itu, maka berkuranganlah debu dan hawa
panasnya disebabkan hujan yang sejuk dan nyaman itu. Kira
saya itu adalah pembersihan dari Allah dari debu fizikal dalam
atmosfera dan area Masjidil Haram dan ada hikmah disebaliknya.

Suami saya menceritakan pada saya bahawa semasa hujan turun
itu, ramai jemaah lelaki yang bukan sahaja berlindung dari hujan,
tapi ada segolongan mereka yang berlari ke arah hujan iaitu ke
arah Kaabah di bahagian Hijir Ismail yang diatas Kaabahnya
terletak pancur emas. Air hujan yang jatuh melalui pancur emas
itu mereka berebut-rebut menadahnya. Ada yang meminumnya,
ada pula yang mengambilnya pulang, seolah-olahnya mereka percaya
air itu ada keberkatannya. Sejauh mana ia benar, saya tidak
mengetahuinya. Hanya Allah SWT lebih mengetahuinya.

Tuesday, December 23, 2008

Tazkiratul Maut

Dead Man Walking by | HD |


Kita sedari maut itu ialah suatu saat atau ketika yang amat
menyedihkan, menakutkan, mengerikan dan yang paling
takut manusia menyebutnya. Ia memisahkan kita dari
dunia yang penuh kenikmatan (atau mungkin keperitan
bagi sesetengah orang) ini untuk masuk ke alam barzakh,
atau alam kubur.. Sesiapa yang tidak takut pada maut itu,
mungkinlah kerana samada ia jahil tentang apa itu maut
atau juga dia telah bersedia untuk menghadapinya, dek
kerana dekatnya dia dengan Allah dan kerana banyak
amalan yg telah dilakukan untuk menghadapi saat itu.
Atau juga dia mungkin seorang mujahideen yg berperang
di jalan Allah di medan jihad, yg mana dia sememangnya
berdepan dengan maut dan telah mengira dirinya adalah
di kalangan mereka yang bakal mati, - mati syaheed,
dengan izin Allah..

Jadi bagi diri kita sendiri, di manakah kita berada?
Adakah kita di kalangan mereka yang jahil tentang maut,
atau yang telah bersedia menghadapinya? Kalau tidak
keduanya, maknanya kita ini mungkin berada dalam
kategori mereka yang merasa diri masih belum cukup
amalnya, bukan? Kebanyakan manusia merasakan begitu.
Namun gitu, kelihatannya kurang atau tiada usaha yang
baik untuk persediaan ke arah mati dilakukan dari golongan
ini.

Buktinya masyarakat kita hari ini iaitu di Malaysia sendiri,
semakin lama semakin banyak kemungkaran yang berlaku,
di samping jenayah, penagihan dadah, jenayah kolar putih
dan ketidakamanan yang dirasai hasil dari kerosakan akhlak
segelintir manusia yang menjadi pemimpin. Tidak kiralah
pemimpin di peringkat apa sekalipun. Ini termasuk juga
ibu dan bapa yang menjadi pemimpin kepada anak-anak
dan majikan kepada pekerja-pekerjanya.

Kita lupa pada hari itu, iaitu hari maut akan menjemput
kita. Kalau kita ingat pada hari itu, agaknya kita akan
banyak beribadah, membuat kebajikan dan amalan yang
soleh, benci kemungkaran dan cuba menjadikan masyarakat
kita lebih baik dari pandangan Islam dengan menjalankan
amar ma'aruf nahi mungkar dan berdakwah.

Cuba visualkan ini. Katalah dengan izin Allah, kita berpeluang
membaca senarai nama-nama mereka yang akan dijemput oleh
Malaikat Izrail untuk beberapa hari mendatang. (Seakan kita
membaca nama remaja yg dipanggil utk ke program PLKN itu
dari internet) Semestinya, lisnya begitu panjang kerana dalam
sehari sahaja mungkin beratus ribu yang akan pergi. Katalah
nama kita ada pada sekian haribulan, iaitu 4 hari dari sekarang,
sebab kematian - kemalangan.

Apa yang akan kita lakukan? Panik? Sedih? Takut? Ngeri?
Jangan begitu.. Kita sepatutnya bersyukur sebab kita tahu
tarikh sebenar kita akan berjumpa dengan Pencipta kita.
Kita sepatutnya dan semestinya akan menggunakan setiap
minit dan saat yang kita ada dengan sebaik-baiknya, bukan?
Kita akan beribadah tanpa henti dan banyak menangis dari
ketawa. Makan pun mungkin tak lalu dan tidur pun tak lena.
Ibarat orang yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati
kerana kesalahan dan jenayah berat yang dilakukannya.
Dadanya tak berhenti dari berdebar-debar kerana tahu
akhir nyawanya amat dekat sekali..

Is He Dead? by Mayank Austen Soofi

Tapi kalau kita tidak tahu bila datangnya hari itu..dan tak
ingat pun kita akan mati, jadilah kita selalunya...orang yang
lalai, solat selalu tuang, solat tapi tak khusyuk, puasa pun tak
ikhlas, menunaikan Haji pun nak dilewat-lewatkan, (kalau
pergi melancong, bila-bila masa pun boleh) duit digunakan ke
perkara yang tak berfaedah dan untuk kepentingan diri sendiri,
zakat pendapatan berat dan tak nak keluarkan, Al Quran tak
pernah baca sejak khatam, cuma baca surah Yassin malam
Jumaat, ( Al Quran di rumah jadi macam Suci Dalam Debu) baca
Al Quran pun tak betul tajwidnya, walaupun umur dah
menjangkau 40 tahun.., tazkirah tak nak baca dan dengar
ceramah agama, jauhlah lagi,..menutup aurat kita masih
tangguhkan dan anggap remeh.. dan seumpamanya lagi.

Saudaraku, sedarlah, ingatlah, kematian itu terlalu dekat dengan
kita. Kita mesti ada perancangan untuk hari yang amat berat itu.
Bagaimana kita hendak ALlah lihat dan terima kita pada hari
berakhirnya hayat kita itu? Adakah sebagai seorang kafir,
munafik, fasik (wal'iyazubillah) atau seorang yang mukmin lagi
muttaqin? Kita pilihlah. Masih ada lagi masa untuk kita kala
kita membaca tazkirah ini. Kalau kita tak tahu bila kita akan
pergi menemui Tuhan kita, kita cubalah selalu ingat akan mati.
Kita ingatlah sahabat -sahabat kita dan orang-orang kita kasihi
yang telah pergi terlebih dahulu. Macamana keadaan mereka
semasa itu. Ambillah iktibar dari situ. Fikirkanlah juga, bagaimana
kita mahu dikenang oleh saudara dan sahabat kita nanti.

Adakah kita ini orang yang penyabar, baik hati, pemurah, selalu
mengerjakan perintah ALlah, suka menolong sahabat dengan
ilmu dan harta dan seumpamanya? Atau kita seorang yang panas
baran, tidak pandai berkawan, tidak suka menolong, sombong,
kedekut dan tidak suka melakukan amar maaruf nahi mungkar,
atau, suruhan Allah banyak kita tak buat? Rakan dan
saudara-mara kita kan nampak dan tahu perangai kita semua.
Ini dapat menjadi motivasi sebenarnya untuk kita berakhlak mulia
dan menjadi seorang yang beriman. Sifat seseorang
sering ditulis di ruangan "extended orbituary" yg sering kita baca
dalam suratkhabar. Walaupun kita segan kalau ia berlaku pada kita,
maklum akan tersiar dalam akhbar,
agaknya obituary bagaimana yg kita mahu untuk diri kita?

Kalau boleh kita tidak mahu mati mengejut sebab nantinya kita
tidak dapat berwasiat dan berpesan pada mereka yang dekat
dengan kita, apatah lagi takut kita tidak sempat bersedia
dengan amalan yang baik ketika menemui Allah nanti. Oleh
itu kita seeloknya mencontohi Rasulullah s.a.w yang berdoa
dengan doa " Laqad jaa akum..." iaitu dua ayat terakhir dari
surah At Taubah (128 dan129 At Taubah) setiap hari. Dengan
izin ALlah, kiranya kita terlibat dengan kemalangan, besi keluli
dari kenderaan dikatakan tidak akan memudaratkan kita
dengan teruk. Amalkanlah doa ini selain dari ayat seribu
dinar setiap hari. Doa ini akan memudahkan urusan kita dan
semoga apapun usaha kita akan berhasil, dengan izin Allah jua.

Sekiranya kita berada di sisi orang yang nazak, kita talkinkanlah
di telinganya perlahan-lahan kalimah :"La ila ha illallah",
berulang-ulang kali. Jangan kita paksa atau suruh dia membaca
"Asyhadu alla ila ha illalllah" sebab kalimah itu lebih panjang dan
susah disebut. Cukuplah dengan kalimah "Lailaha illallah" dan
"Muhammadar Rasulullah". Setelah diucapkannya, tak payahlah
kita suruh dia mengulanginya lagi kecuali jika ia berkata sesuatu
yang lain. Begitulah yang selalu kita
dengar kalau kita seorang yang belajar ilmu agama.

Bagi kita orang mukmin, semasa kita masih ada ini,
berpesanlah kepada anak-anak dan isteri atau suami
supaya tidak membuat bid'ah, seperti mengadakan tahlil,
yang berhari-hari lamanya
(kununnya hari ke 10 -sebab pecah matanya, hari ke
40 sbb terburai perutnya) atau buat bid'ah di kubur
kita masa kita tiada nanti. Bid'ah yang dimaksudkan
itu ialah seperti mengadakan kuburan yang cantik yang
berbatu mahal harganya, apatah lagi yang berbumbung.
Juga janganlah ditulis perkara yg tidak berfaedah di batu
nesan keluarga kita itu seperti " diingati atau dikenang
oleh isteri sekian namanya dan anak-anak, sekian namanya",
( Ini ada dibuat dan dilakukan di perkuburan Seksyen 21
Shah Alam) Juga jangan diletakkan bunga-bunga hidup
atau jambangan bunga, seperti sering dilakukan orang-orang
kafir terhadap perkuburan saudara dan kenalan mereka.
Sebaliknya tanamlah pokok hidup yang dapat memohon
keampunan untuk kita bila kita tiada nanti.

Akhir sekali, kita berdoalah selalu selepas solat semuga
kita mati di dalam husnul khatimah dengan dapat melafazkan
syahadah.. Sesungguhnya ALlah itu maha mendengar
doa hambaNya yang ikhlas. Kita beramallah kerana kita
mencintai Allah dan bukan mengharapkan syurgaNya
semata-mata, supaya ALlah juga mencintai kita dan
menjadikan kita hambaNya yang berjaya di dunia dan
akhirat, InsyaAllah.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan
sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan
pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan
di masukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berjaya.
Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan." (maksud Ali Imran:185)
WalLahu a'lam.

Faris Audah Dalam Kenangan


Kubbah As-Sakhrah , Jurusalem , Palestine by xfresh_boyz


Faris Audah Dalam Kenangan
Faris Audah ialah seorang remaja yang baru
berumur 13 tahun yang tinggal di tengah bandar
Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan semasa
dia masih hidup lagi, apatah pula setelah beliau kembali
ke hadrat Ilahi. Ini adalah disebabkan keberanian beliau
melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa
merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan
batu-batu kecil.

Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah
untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan
bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk
membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di
dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di
kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya
berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa
berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah
tentera zionis itu.

Sehinggakan pada suatu ketika fotonya dapat dirakam
oleh pemberita luar negara untuk dimuatkan dalam
majalah-majalah seperti News Week, Times dan
eumpamanya dibawah tajuk Intifadhah dan sebagainya.
Ia menunjukkan seorang remaja sedang membaling batu
ke arah kereta berperisai di bawah rembang senja secara
berseorangan dalam jarak yg dekat, menunjukkan
keberaniannya..

Faris sememangnya seorang yg berjiwa besar dan
bersemangat waja, kerana dia selalu mengingatkan ibu
dan keluarganya bahawa Yahudi itu adalah musuh
mereka dan musuh Islam. Faris berpesan supaya
mereka sekeluarga terus berjuang menentang Zionis
Israel untuk membebaskan bumi Palestin yg mereka
cintai. Dia juga mengobarkan semangat di kalangan
rakan-rakannya dgn mengajak mereka supaya terus
merejami tentera Yahudi dengan batu dan supaya mereka
jangan takut walaupun ramai kalangan rakan remajanya
yg tercedera ditembak tentera.

Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang
Yahudi pada masa itu yang masih digeruni tentera Yahudi
itu ialah dengan menggunakan batu. Ramai tentera Yahudi
yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena
batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.

Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera
seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi
yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu.
Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan
membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg
mengejar dan berjaya mengenai sasarannya. Biasanya apabila
ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan
mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia
menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan
seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera
ringan dan pulih semula.

Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari
rumahnya tanpa memberitahu
ibunya. Dia terus mencari
beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk
membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari
itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar
beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di
dadanya. Rakan-rakannya tidak menyedari dengan segera
saat tumbangnya Faris ke bumi. Setelah disedari beberapa
ketika, mereka mendapati Faris terbaring di tanah dan cuba
menyedarkannya. Ternyata dia terlalu lemah dan hampir
pengsan dengan darah mengalir keluar dari tempat lukanya
di dada. Mereka terus berlari mengusungnya dan
mengejarkannya ke ambulan terdekat. Sampai di hospital,
dia telah disahkan mati kerana peluru itu menembusi
jantungnya, organ yang paling kritikal di badan manusia..

Sementara itu ibu Faris mencarinya di bilik dan mendapatinya
hilang. Beliau risau kerana Faris tidak makan dan pergi tanpa
memberitahunya
ke mana tujuan. Setelah resah menanti
kepulangan anaknya sekian lama, beliau di datangi rakan
anaknya dan diberitahu apa yg terjadi. Betapa hancur luluh
hati ibu Faris bila mengetahui Faris telah syahid dan pulang
rahmatullah. Beliau terkilan kerana Faris tak sempat berjumpa
dengannya hari minggu itu dan memberikan pelukan dan
kata-kata terakhir. Walaupun begitu beliau redha dengan
kehendak ALlah. Airmata sahaja yang menjadi penawar
lukanya. Faris meninggalkan ibu dan adik lelakinya buat
selama-lamanya. Beliau mengikut jejak ayahnya yg telah
juga pergi selamanya menemui Ilahi.

Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan
beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah
seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke
tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana
Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih
biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan
kerdil itu. Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan
luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain
yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya
seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab
apabila menghadapi musuh Allah. Semua orang kenal apabila
di sebut nama Faris, remaja yang tidak tahu takut pada Zionis
itu. Semoga ALlah menerimanya sebagai seorang syuhada'
yg sejati.

Selepas kejadian sedih itu, ibu Faris sering ke sekolah anaknya
untuk bertemu dangan rakan-rakannya. Rakan-rakan
Faris semua tidak dapat melupakannya sehinggakan mereka
masih mengosongkan tempat duduk Faris di di dalam kelas. Ibu
Faris terhibur juga apabila dapat bertemu dan berbual dengan
rakan-rakan anak kesayangannya itu.

Itulah kisah Faris, suatu kisah benar seorang remaja yg
dirakam di dalam vcd Anak-Anak Palestin Pengukir
Sejarah (dengan darah).
Itu adalah sumbangan Faris untuk Islam dan pembebasan
Palestin. Apakah sumbangan kita pula. Marilah kita berazam
untuk membantu mereka sedaya yang mampu kerana
Palestin adalah kiblat kita yang pertama dan Allah
sememangnya menyuruh kita membela dan memeliharanya
dari tangan zionis dan kafirun sehingga hari kiamat. Siapa
yang berjaya memiliki tanah mulia itu,
merekalah yang akan menguasai dunia..
Apakah kita tidak mahu Islam terus memiliki tanah suci
itu demi menguasai dunia dan mengimarahkan dunia dengan
deen Allah, Al Islam?

Monday, December 22, 2008

Marine Lives

Fish and marine lives are interesting creatures
created by Allah for us to ponder and admire..
His Greatness of course..!



Bluefin Trevally




Common Clownfish




Brown white fish




Jewel fairy basslet




Mace Lampam jawo




Skinny seahorse



Radiata Lionfish




Batfish or Platax




Red Sea Bannerfish



Parrotfish or cetoscarus




Apetah namonyo fish



Long spined sea urchin




Nemo



Queen angelfish

And nearly last not least ...u'll surely love this..



Lobster

Appreciate what Allah creates for us because in every
creation there is hidden hikmah and benefit for us.
If we have the expertise in something
like in scuba diving for instance, and have the opportunity
swimming in the sea, don't be ria' or proud of
ourselves. Be thankful instead because it is just a gift from
Allah Al Mighty. Not many people are brave enough to
dive into the sea or have enough resources to do it.

Being in the sea and seeing with your own eyes
the varieties of marine lives are just unique experiences
one can have. The experience is a geat rezqi from Allah.
Take the great opportunity to educate
others and visualized how great the world under the
sea that Allah has created for us. Sharing knowledge is
encouraged by Islam and would be rewarded
accordingly.

















Guttenturgh ! Mucho Gusto!

Its a pretty country..Maybe we'd be here un (one) day? Wee? ( ~yes?)
InsyaAllah...This is Deutschland!
A country with a population of 82.5 million people,
of which 2 million are Muslims, mainly Turks and Kurds.

Neuschwanstein Castle, Southern Germany. photo
Neuschwanstein Castle, Southern Germany



Donau River


Bavarian Alps, Munich



Weitsee, Bavaria



Donau River



Tulips, Germany



Gilching, Bavaria



Berlin, Germany



Berlin




http://www.bigfoto.com/europe/germany/bonn/bonn-602h.jpg
Bonn




Munich



Frankfurt



Lake in a mountain


Lets learn a li'l bit of German history..esp concerning its
dictator Chancellor..~ Hitler!
History should always fascinate us..coz its important.



The Third Reich

Hitler had promised to build a Third Reich,

successor to the Holy Roman and Hohenzollern

empires, which would last a thousand years.

As chancellor, he began the "coordination"

(Gleichschaltung) of every aspect of German life.

Young persons were organized in semimilitary

groups (the Hitlerjugend) and were indoctrinated

with the Nazi creed.

The powers of the state governments were abolished,

and the adherents of National Socialism from 1934

made up the sole legal party. Hitler's opponents within the party

including Ernst Roehm were eliminated in the "Blood Purge" of

June, 1934.

The Gestapo (the secret police) quashed open discontent among
the German people. Many scientists, artists, educators, and scholars
followed the Nazi doctrines without much protest, and some Germans
welcomed what they considered the rebirth of German strength. After
the death of Hindenburg (1934), the offices of president and chancellor
were combined in the person of the Führer [leader] of the Nazi party.
In 1935, the Nuremberg Laws deprived Jews of citizenship, forbade
marriage between Jews and non-Jewish Germans, and barred Jews
from the liberal professions. In order to coordinate cultural affairs,
the radio, press, cinema, and theater came under the control of
propaganda minister Goebbels, who raised Hitler to the status of
a quasi-divinity. Jews and others (especially those holding liberal
or leftist political beliefs) made outcasts by the Nazi regime were
harassed, and some were placed in concentration campsHitler attempted to make Germany economically self-sufficient,
and industry, commerce, and foreign trade were strictly supervised
by the government. Labor unions were dissolved, and workers were
organized in a state-controlled labor front. In order to ease
unemployment and to prepare for war, Hitler expanded the
armaments industry, increased the size of the armed forces, and
sponsored large-scale public works (e.g., the construction of a
network of superhighways, the Autobahnen). Hermann Goering
Wilhelm
was a leading protagonist of German rearmament and
preparations for war. Albert Speer Speer, Albert (äl`bĕrt shpār),
1905–81, German architect and National Socialist (Nazi) leader
was at first Hitler's official architect; during World War II he
assumed important posts as minister for armaments and later as
chief planner of the war economy.


In Oct., 1933, Hitler withdrew from the Geneva Disarmament
Conference and from the League of Nations. In Mar., 1936,
Germany remilitarized the Rhineland in violation of the Treaty
of Versailles and the Locarno Pact. Hitler followed this by
concluding an alliance with Fascist Italy (see Axis Axis, coalition
of countries headed by Germany, Italy, and Japan, 1936–45
(see World War II ). The expression "Rome-Berlin axis"
originated in Oct., 1936, with an accord reached by Hitler and
Mussolini by interfering in the Spanish Civil War (1936–39)
in support of the Insurgents led by Franco, and by annexing Austria
(Mar., 1938). Outside Germany, fifth columns were used to
undermine the governments of nations that Hitler sought to
annex in order to increase the Lebensraum [living space] of the
Germans. The Munich Pact (Sept., 1938) marked the culminaton
of British and French attempts to appease Germany in the hope
that Hitler had limited aims.

In Mar., 1939, Germany marched into Czechoslovakia, thus
violating the Munich agreements, and also annexed Memel, on
the Baltic coast.

On Aug. 23, 1939, in a surprise move, Germany and the USSR
signed a nonaggression pact and other agreements.
On Sept. 1, 1939, cutting short negotiations on the status of Danzig
(Gdańsk) and the Polish Corridor, Hitler invaded Poland, thus
precipitating World War II.

In the early years of the war Germany had great success; its
conquests included Poland, Denmark, Norway, Belgium, the
Netherlands, Luxembourg, France, the Balkan states, and
Greece. Great Britain, particularly London and other industrial
areas, was subjected to massive German air attacks
(the Battle of Britain Battle of Britain, in World War II, series
of air battles between Great Britain and Germany, fought over
Britain from Aug. to Oct., 1940. As a prelude to a planned
invasion of England, Germany attacked British coastal
defenses, radar stations, and shipping. On Aug., as a prelude to
invasion, but the island successfully withstood the onslaught
and was not invaded.


In June, 1941, Hitler launched a vast offensive against the
USSR, his former ally. In Dec., 1941, shortly after the
Japanese attack on Pearl Harbor, Germany declared war
on the United States.

In 1942, the tide of the war began to turn against Germany;
the Allies scored successes in North Africa, the USSR stopped
the German army at Stalingrad (now Volgograd
(vôlgəgrät`), formerly Stalingrad, city (1989).
..... Click the link for more information.
), and British and
U.S. airplanes began the massive terror bombing of German
cities. As its fortunes waned, Germany treated its remaining
conquered territories more harshly. Millions of Jews and many
other civilians were sent to concentration camps and exterminated,
vast slave-labor systems were organized, and many thousands
were deported to Germany for forced labor. By early 1945,
Germany was being invaded from the west and the east, and
most of its cities lay in ruins. On Apr. 30, 1945, with the total
collapse of Germany imminent, Hitler committed suicide.

Postwar Germany

Hitler's successor, Admiral Karl Doenitz ( 1891–1980, German
admiral.) signed (May 7–8, 1945) an unconditional surrender
to the Allies, whose military commanders assumed the functions
of government in Germany. The agreements of the
Yalta Conference
(Yalta Conference, meeting ~ Feb. 4–11, 1945),
at Yalta, Crimea, USSR, of British Prime Minister Winston
Churchill, U.S. President Franklin Delano Roosevelt, and
Soviet Premier Joseph Stalin (Feb., 1945) were implemented at
the Potsdam Conference(July–Aug., 1945). These agreements
were to be tentative, pending a peace conference, but as no
peace conference was held, they tended to shape the course
of German history after 1945.

Auf wiedersehen ~ so long!
Wassalam