Wednesday, February 25, 2009

LELAKI PUNCA WANITA MENDERITA


Basmala 4 by Said Bak

Better man by alonsodr

Ramai lelaki mungkin tidak akan bersetuju dengan tajuk di atas tapi itu adalah hakikatnya yang berlaku di dunia ini. Ia seakan menjadi sunnah alam pula bahawa sesetengah lelaki ada yang menjadi penyelamat dan pelindung wanita, pembangun tamaddun dan penakluk alam, tetapi ada sekumpulan lelaki lain pula secara sengaja dan tidak sengaja menjadi punca wanita menderita dan maut, merosakkan kedaulatan negara jiran serta memusnahkan infrastrukturnya. .

Ini boleh disimpulkan dalam peristiwa-peristiwa berikut:

  1. Melalui peperangan, lelaki sebagai pemimpin negara juga tentera membunuh manusia termasuk wanita dan juga anak-anak lelaki dan perempuan. Ini terjadi dalam perang di Gaza bebaru ini yang menyaksikan beratus-ratus wanita dibunuh dengan kejamnya melalui bom nuklear dan bom berfosforus tanpa belas kasihan. Ini amat menyeksakan wanita terutamanya yang tercedera dan hilang tempat berlindung, tempat pergantungan kerana kematian suami, anak atau bapa. Di dalam sejarah lalu pun telah tertulis, kerana hendak berkuasa lelaki sanggup berbunuhan sesama mereka dan membunuh wanita demi menjajah negara lain kecuali syariat Islam yang mengharamkan pembunuhan ke atas para wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua dalam peperangan.

AK0001_GAZA_ by pinkturtle2

The injured Old woman in hospital by H@TeM^^

2. Melalui tindakan sesetengah lelaki sebagai suami yang suka mengikut kata hati dan nafsu menceraikan wanita, isterinya tanpa berfikir panjang. Mereka sebagai ketua keluarga sepatutnya berfikiran panjang dan berpandangan jauh dalam hal mengatasi konflik rumahtangga, tetapi mereka pula yang seakan terlebih beremosi dan menjatuhkan talak yang dikesali kemudiannya. Mungkin kerana mereka memikirkan senang untuk mencari pengganti atau isteri lain hanya kerana mereka lelaki! Walaupun ada sesetengah wanita yang bermasalah meminta fasakh atau cerai dari suami mereka, tetapi wanita ini sering dikaitkan dengan akal yang pendek dan akhlak yang rendah. Namun mungkin juga mereka didera secara fizikal atau mental lalu mereka mencari jalan keluar dari perkahwinan itu.

3. Wanita sering menjadi mangsa lelaki berjiwa buaya yang suka mengambil kesempatan dan mengeksploitasi diri wanita yang ingin mencari makan secara halal. Apabila sudah terjebak, wanita itu susah untuk melarikan diri daripadanya dan menyucikan diri mereka yang telah ternoda. Semakin ramai lelaki jahat, semakin ramailah wanita akan yang akan rosak di dalam sesebuah masyarakat itu. Lelaki pemaksa yang jalang dan berwang biasanya ada kuasa untuk mengupah orang upahan yang selalunya akan memaksa dan mendera wanita mengikut kehendak merekam malah kekadang membunuh mereka jika mereka melawan. Inilah nasib wanita yang lemah mutakhir ini. Sering kedengaran mayat wanita dijumpai di sana sini dalam keadaan mengerikan lagi menyedihkan.

Nyawa wanita seolah-olahnya terlalu murah berbanding lelaki. Lelaki jarang-jarang sekali menjadi mangsa wanita sehingga terbunuh atau tercedera. Kalau ada pun, bilangannya kurang dan ini mungkin kerana seseorang wanita itu hendak membalas dendam kerana dipermainkan lelaki, membunuh kerana mempertahankan diri atau kerana tidak sengaja.


Bad Guy (by © www.michaelluef.com) by michaelluef

4. Wanita sering menjadi mangsa kekejaman lelaki dalam kes ragut, rogol, ugut, kecurian, perompakan, penculikan dan pembunuhan kejam. Mereka menjadi target yang mudah untuk diperlakukan sedemikian rupa kerana lelaki jahat suka menindas wanita yang lemah dan mengambil kesempatan meragut harta dari mereka.

5. Melalui kebenaran dalam Islam untuk lelakinya berpoligami, sesetengah mereka mencari peluang berkenalan dengan wanita lain sesuka hati seolah-olahnya mereka masih bujang. Ada juga yang berkenalan dengan tidak sengaja, tapi terbawa-bawa menjadi satu hubungan sulit yang haram. Mereka tidak memikirkan isteri dan anak-anak yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka, yang amat memerlukan perhatian dan panduan mereka. Sebaliknya mereka lebih melayan wanita lain yang tiada kena mengena dan kekadang menghabiskan wang untuk membelanjai wanita tersebut. Mereka beralasan tidak mengapa mereka berbuat begitu kerana mereka mungkin akan berkahwin dengan wanita itu akhirnya, dan berkahwin lebih dari satu dibenarkan dalam agama.

Dalam hal ini lelaki itu sebenarnya telah menganiayai isterinya yang seorang itu kerana melukai hatinya tanpa alasan yang kukuh untuk beristeri lain sekiranya isteri itu tiada kekurangan dalam melayaninya secara batin dan dapat memberikannya zuriat. Memberi nafkah zahir pula adalah tugas suami. Poligami tidak salah dan ada hikmahnya, tapi yang salah atau yang lemah ialah pengamal poligami itu yang tidak berdaya berlaku adil, tidak menafkahkan secukupnya pada tanggungannya juga tidak berupaya melayan dengan tenaga serta membantu isteri-isteri dengan kebutuhan yang diperlukan.

Tiada isteri yang ingin dimadukan atas sebab yang tidak kukuh. Kecuali isteri itu sakit berpanjangan atau tidak dapat memberikannya zuriat, wanita terpaksa akur dan merelakannya. Suami tiada mempunyai alasan kukuh untuk berpoligami ketika mana keluarganya stabil dan bahagia kecuali isteri merekomenkannya atas sebab–sebab tertentu. Sebagaimana suami yang tidak rela dan patah hati sekiranya isterinya berbaik bermesra dengan lelaki lain, begitu jugalah perasaan sedih dan patah hati wanita sekiranya suaminya mesra dan berpoya-poya dengan wanita lain. Wanita yang menderita dan terluka kerana dikecewakan suaminya akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih emosi dan kepercayaannya kerana mungkin dia serik akan ditipu dan dikecewakan lagi.

Namun agak payah mereka untuk meminta perpisahan kerana faktor anak-anak dan kasihsayang yang belum hilang terhadap suami, sekalipun suaminya telah terlanjur perlakuannya dengan wanita tak bermaruah itu. Si isteri akan sanggup merendahkan harga dirinya demi untuk memaafkan suaminya. Sebaliknya jika ini berlaku kepada lelaki, mereka selalunya amat susah untuk memaafkan isterinya kerana keegoan lelaki selalunya tinggi. Kebanyakan dalam kes seperti ini isterinya itu akan diceraikan sahaja.

Namun suami yang beriman lagi bertaqwa tidak akan bersikap ambil mudah atas kepercayaan isteri terhadapnya. Dia akan sentiasa menjaga diri dari tertipu dan tergoda dengan wanita lain walaupun dia ada pekej yang lengkap iaitu kacak, kaya harta dan budi. Suami sebeginilah idaman semua wanita kerana mereka perlukan bimbingan dari suami yang tahu menjaga maruah dan menjadi pelindung mereka dari dunia yang penuh kekacauan dek perbuatan lelaki yang suka membunuh, merogol, mengedar dadah, meragut, mencuri, mengajak melakukan maksiat dan seumpamanya. Bukankah banyak jenayah berat dan ringan itu dilakukan oleh orang lelaki? Dan sekiranya wanita juga terlibat, mereka sebenarnya terikut-ikut dengan perbuatan lelaki yang sepatutnya menjadi ketua bagi wanita.

Firman ALlah swt. - “ Ar rijaalu qawwaamuu na ‘alannisaa’”, yang bermaksud, “Lelaki adalah ketua bagi kaum wanita..” maksud Al Quran.
Dalam Al Hadith Nabi saw. dari Ibnu Umar r.a. berkata;"Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya (dituntut) tentang rakyatmu. Seorang raja memimpin rakyat yang banyak dan ia akan ditanyai tentang pimpinan terhadap rakyatnya. Seorang suami pemimpin keluarganya dan akan ditanyai akan pimpinannya.."

Wingham Brush - Manning River by Earlette

Kesimpulannya, walaupun tidak semua lelaki membuat wanita menderita - kerana ramai juga yang amat baik dan bertanggungjawab pada isteri dan keluarganya malah membahagiakan mereka, juga membangunkan negara secara baik - mutakhir ini, jenayah yang sedia tinggi semakin meningkat kerana sikap lelaki yang mementingkan diri dan rosak akhlaknya akibat membelakangkan agama dan hukum Allah SWT.



1 comment: