Thursday, January 1, 2009

Berdakwah Pada Non Muslim ~ Satu Cabaran

Bismillah 07 by Rahila's Islamic Graphics


Interfaith dialogue group organizes second annual "Breaking Bread Together" workshop program by Steve "PodcastSteve" Lubetkin


Ahad (28 Dis) lalu saya dan suami telah menghadiri satu bengkel yang dinamakan
Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran JIM. Bengkel separuh hari ini adalah siri ketiga diadakan di Shah Alam tetapi kali pertama bagi saya dan suami menghadirinya.

Bengkel DDMM ini diadakan di musolla ~ Surau Hidayah Seksyen 11, berhampiran rumah saya.
Peserta lelaki kali ini lebih ramai dari wanita, termasuk seorang saudara baru (lelaki). Bilik seminar hampir penuh, alhamdulillah.

Kami didedahkan oleh Saudara Kamarulzaman Noor Muhammed yang merupakan seorang pendakwah berpengalaman yang konsisten berdakwah kepada non muslims,
bagaimana hendak approach orang bukan Islam dan menyampaikan mesej dakwah atau memperkenalkan Islam itu sendiri. Input atau mesej penting mengenai ketauhidan Islam yang perlu kami sampaikan dan bagaimana menjawab soalan mad'u (penerima dakwah atau target person) diberikan. Ada juga details tentang aqidah Islam yang saya tak pernah tahu, lagipun saya belum habis khatam belajar tentang Islam dan banyak yang masih jahil. Ilmu Islam ini amatlah luas. Kita tidak akan habis mempelajarinya walaupun kita claim kita tahu semua..

Wah, interesting saya rasa bengkel ni, dan seharusnya ramai lagi yang menghadirinya.
Role play - lakunan spontan di antara peserta bengkel, diadakan untuk memberi contoh bagaimana nak approach mad'u.
Sedikit bahasa Tamil yang simple diajarkan supaya jika berjumpa dengan orang India kita tahu bagaimana nak greet atau menegur. Saudara Kamarulzaman, penyampai bengkel pun memang fasih berbahasa Tamil. Bahasa Cina tidak pula diajarkan, tapi saya tahu berbahasa Cina sedikit sebanyak, lebih baik dari Tamil. Saya belajar Mandarin dari seorang kawan Cina (saudara baru) dan juga online dari website yang menawarkan Mandarin secara percuma. Bahasa Arab juga saya pelajari secara percuma online. (Baru sahaja bermula..!) Banyak website yang menawarkan pelbagai bahasa secara percuma. Hanya terpulang pada kita sahaja untuk berusaha mempelajarinya.

Setelah method dan ilmu berdakwah pada non muslims diperturunkan, kami pun kena turun padang untuk berdakwah berbekalkan ilmu berdakwah yang dipelajari tadi, ilmu Islam yang ada di dada dan pelbagai pamplet berkenaan Islam. Ada beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada mad'u telah kami hafal dalam hati.

Kami diberi tiga pilihan tempat dimana ramai non muslim boleh dijumpai, seperti di
The Summit USJ, Jusco Bukit Raja, Klang dan Carrefour, Subang Jaya. Kami, peserta wanita memilih untuk ke Jusco Klang kerana ia terdekat dengan Shah Alam. Begitu juga suami saya dan grup ikhwah (berlima). Manakala ada grup ikhwah lain ke USJ. Kami ada sejam setengah untuk menjalankan dakwah kami kepada orang bukan Islam. Kami konvoi dua buah kereta dengan ikhwah ke Klang.

Sampai di sana kami yang berempat berpecah kepada dua grup. Kami dikehendaki mencari sekurang-kurangnya lima mad'u untuk berdakwah dan membuat survey mengenai Islam ke atas mereka. Saya berpasangan dengan seorang peguam muda, Mun ( nama singkatnya) , lulusan UIAM, mulanya rasa agak gementar jugak maklumlah pertama kali nak berdakwah kepada orang bangsa lain yang bukan Islam.


Beijing, CHINA, Shopping, Exterior, Soft Drink, Kiosk, Chinese People Drinking Soda Brand, Outdoor Advertising, Coca Cola by Directphoto ®
Indian street by beech_design


Dalam praktikal ini, kami berdakwah kepada non muslim seramai 7 orang (4 wanita dan 3 lelaki), berbangsa India dan Cina dan kami dapati mereka senang didekati serta cakna (attentive) dalam
menjawab soalan-soalan kami yang berkaitan agama Islam dan memberi pendapat mereka. Mereka juga sanggup memberi nombor telefon untuk dihubungi apabila diminta walaupun tidak semua. Namun ada juga yang apabila didekati, mereka melarikan diri atau melambaikan tangan menunjukkan tak mahu diganggu. Bukan mudah berdakwah ni...Kita perlu hilangkan rasa malu atau gentar bertemu dengan orang lain terutama berlainan bangsa dan bersedia bercakap tentang sesuatu yang agak sensitif bagi sesetengah orang. Topik lain..nak cakap apa saja..senang..! Tentang agama Islam, kita kena ada guts, courage and hikmah..! Kita jangan rasa discouraged. Jika kami dapat lakukan, orang lain juga boleh.. Yakinlah.

Penerangan menarik dari mereka apabila ditanya;
1) Apakah yang mereka tahu mengenai Islam:
Ada yang menjawab tidak tahu sesuatu apapun tentang Islam; ada yang tahu sedikit sebanyak tentang Islam, spt puasa dan solat. (Kesimpulan di sini mereka banyak tak tahu dari tahu..)
2) Apakah yang mereka suka tentang Islam (dan penganutnya):
Ramai yang bagi tahu bahawa mereka suka lihat orang Islam ni kerana mereka bersatu, bekerjasama, hormat famili sendiri (saling berhubungan), suka tolong menolong tak kira bangsa, dan bukan nafsu nafsi sebagai jiran, tidak seperti bangsa mereka sendiri- mengikut mereka lah.
3)Apakah yang mereka kurang gemar tentang Islam ( atau penganutnya):
Ada yang menjawab, tiada apa yang mereka tidak suka tentang Islam atau penganutnya, cuma
pergeseren dalam politik oleh ahli politik, ketidakadilan bagi mereka untuk mendapat harga hartanah yang sama dengan bumiputera maupun dalam dividen saham. Selain itu mereka tidak suka remaja Islam yang merempit, ibubapa Islam yang mengajar akhlak buruk memanggil kaum mereka dengan nama yang menyinggung perasaan dan supaya tidak berkawan samada dengan kaum Cina atau India. Ada juga yang tidak mahu menjawab soalan ini kerna tidak mahu menyinggung perasaan kami sebagai orang Islam.

Di dalam masa mereka menjawab soalan-soalan inilah kami selitkan mesej-mesej Islam tentang bagaimana Islam sebenarnya kepada mereka. Masa bagi kami adalah agak pendek, jadi tidak banyak yang dapat kami ceritakan tentang Islam. Itulah namanya 'praktikal bengkel', tidak lama masanya. Setelah berada balik di surau Seksyen 11, setiap grup melapurkan apa yang telah mereka dapati dalam praktikal berdakwah di pusat membeli belah tadi. Kami kongsi bersama bagaimana respon dan sikap non muslim terhadap Islam seperti yang telah ditetapkan dalam skop penyelidikan kami.

Pengalaman sangat berharga ini akan kami praktikkan semasa kami bertemu non muslim di masa lain nanti untuk menarik mereka kepada Islam, insyaALlah. Bengkel ini memberi kami sedikit sebanyak the confidence -keyakinan untuk berdakwah kepada non muslim di luar sana. Mereka perlu diberitahu tentang kebenaran Islam kerana mereka berhak mendapat informasi tentangnya. Ini sebagai peringatan dan anjuran buat mereka supaya berfikir agama manakah yang benar yang amat sesuai dengan fitrah manusia dan diri mereka. Terpulang pada mereka untuk menerima dakwah kita. Tiada paksaan dalam memeluk agama Islam.

Yang penting, kita telah menjalankan tugas kita sebagaimana yang dikehendaki oleh ALlah SWT berdakwah kepada Islam. Kita hanya boleh menasihati dan memberi peringatan kepada manusia, tetapi ALlah
lah jua yang akan memberi hidayah kepada mereka. Allah berfirman dalam Al Quran: "Berilah peringatan, kerana peringatan itu adalah bermenafaat kepada manusia (mukmin)."
Wallahu'alam.

p.s Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan yang ingin mengenali Islam secara mendalam tetapi anda tidak tahu menerangkannya, sila hubungi Sdr Kamarulzaman di emel kmzdmm65@yahoo.com.

4 comments:

  1. Salam.
    tahniah.... sempat menjengah blog elli ni...

    ReplyDelete
  2. i have encountered a few times mostly with my close non muslim friends. i feel they are more open to islam compared to some muslims themselves. mostly the problem the non muslim understanding of Islam is from the much negative hype Islam gets fr the media be it internationally or locally. Two friends even asked for a copy of the translation of Al Quran.

    ReplyDelete
  3. Hey, Alin..thanx for yr view!
    So, what r u doing now? Share me yr blog if u hv one, will u?
    Show me yr artistic talent, kay!

    ReplyDelete