Friday, July 24, 2009

Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan (5)



Semasa dalam perjalanan ke tanah haram kedua, Madinah Al Munawarrah dengan bas, saya dan suami berasa sungguh teruja kerana kami akan menuju ke
tempat yang suci yang menjadi tempat tinggal Rasulullah s.a.w dan para sahabah yang mulia. Jauh perjalanan itu adalah 450km dari Makkah Al Mukarramah. Itu adalah selepas berada 7 hari di Makkah dan selamat mengerjakan ibadah umrah, alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan ke Madinah, saya cuba berjaga untuk memerhatikan pemandangannya. Saya perhatikan perjalanan yang memakan masa selama
lebihkurang 5 jam itu agak mengantukkan kerana cuaca tengahari itu adalah panas, semestinya , dan pemandangannya hampir sama di sepanjang jalan itu - keadaan gurun berpasir dan berbukit batu dengan belukar dan pokok-pokok renek yang jarang di merata tempat. Lama kelamaan mata saya dan suami tidak tertahan lagi, tertidurlah kami di kebanyakan masa di perjalanan itu kerana mungkin sejak subuh pada pukul 4 pagi, kami ber
jaga dan berkemas barang dan kurang berehat. Namun tidur saya tidaklah terlalu lena kerana, selepas 15 mt, saya akan terjaga dan mata melerek melihat mencari kelainan alam sekeliling. Cuma longkang sederhana dalam yang panjang tidak putus-putus kelihatan di tepi jalan yang berdebu itu. Tidak banyak hidupan
kelihatan, maklum tanahnya gersang dan kering, jarang hujannya. Tumbuhan yang berdaun berduri saja yang banyak hidup.

Saya mula terfikir bagaimana di zaman Nabi dahulu, beliau dan para sahabat membuat perjalanan dari Makkah dan Madinah dengan menaiki unta yang perlahan perjalanannya dalam keadaan yang amat panas, kering dan berdebu, berhari-hari lamanya. Kata mutawif kami di Makkah, baginda Nabi, mengambil masa selama 9 hari untuk s
ampai ke Madinah dari Makkah. SubhanaLlah, lamanya..hiba rasanya hati saya mengenangkan kesusahan yang perlu mereka lalui. Namun begitu ia adalah ujian dan latihan kesabaran bagi Baginda, muslimin dan orang-orang di zaman itu. Kesabaran yang tinggi seperti itu adalah perlu bagi menyebarkan dakwah Islam yang telah berdepan dengan pelbagai mehnah yang sukar. Tanpa kesabaran, kejayaan dakwah Islami tidak mungkin akan berjaya, apatah lagi untuk menegakkan daulah Islamiyyah di Madinah di zaman Nabi. Allahu Akbar..!


Penumpang bas lain bersama kami pun ramai yang tidur. Masing-masing berasa inilah masa untuk berehat sebelum kami sampai di Madinah dan beribadat lagi di masjidnya yang indah, iaitulah di Masjidil Nabawi. Di separuh perjalanannya, kami sa
mpai ke sebuah tempat rawat dan rehat yang mempunyai musolla dan restoran serta kedai makan. Saya bersyukur kami sudah sampai sejauh itu dalam keadaan selamat. Tempat itu walaupun tidak berpokok banyak, ia agak
sibuk dengaan bas dan kenderaan lain, kerana itulah sesat
unya tempat untuk mendapatkan bekalan minyak, makanan dan tempat untuk bersolat. Sempat saya mengambil sekeping dua foto..


Selepas bersolat jamak qasar zohor dan asar, kami ke restoran untuk makan. Makanan di menu hampir habis apabila sampai giliran kami, walaupun hanya penumpang sebas kami yang membelinya. Banyak lagi bas yang akan datang, pada hemat saya. Syukurlah kami dapat juga makan kentang dan ayam goreng beserta minuman ringan, alhamdulillah. Nak makan nasi mandi arab, nasi sudah habis! Itu di kira kami berada di restoran segera Arab. Bas menanti kami yang agak akhir makan sambil membunyikan hon; maka bergegas jugalah kami makan. Semasa itu kami sudah ramai mengenali rakan-rakan sehotel dari Makkan. Ada yang sudah bergurau senda dengan kami, dan ada juga yang masih enggan senyum dan bertegur sapa.

Sebaik tiba di Madinah, di pinggirannya, hati kami melonjak keriangan dan kesyukuran..Jadi..inilah Madinah Munawarah yang sebenarnya, yang sebelumnya saya hanya dapat baca ceritanya dalam buku seerah dan sejarah! Cantiknya bandar Nabi ini, ya Allah,
terdetik di hatiku. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya dan suami ke sini...
MasyaAllah, cantiknya rumah-rumah dan bangunannya.. Banyak pula pokok-pokok dan rumputnya..tidak seperti sedikit masa lalu.

Bangunan-bangunannya tinggi dan moden, tak pernah saya lihat di mana-mana dalam dunia ini. Ada yang lama (- agak rendah dan tidak colourful,) dan ada yang baru...tinggi dan berwarna warni. Yang barunya, sungguh cantik sekali..Unik da
n berbeza dari yang ada di negara barat atau negara kami sendiri. Ada berbentuk moor dan ada bersegi empat, unik dan luminous bangunannya. Sayang sekali saya terlupa untuk ambil fotonya, mungkin kerana agak jauh dan saya masih dalam keadaan teruja, terlupa nak klik kamera. Namun foto-foto masjid, alhamdulillah saya dan suami sempat mengambilnya seperti Masjid Quba dan juga Masjidil Nabawi ini.




No comments:

Post a Comment