Sunday, February 1, 2009

Isu Palestin Yang Perlu Kita Fahami


Bismillah by planspark

Isu Palestin amat penting kita fahami, tidak spt isu lain spt isu di Iraq, Afghanistan dan seumpamanya walaupun mereka juga penting kerana ia berkaitan isu umat Islam.
Banyak masa yang perlu kita ambil untuk fahami isu ini kerana kerumitan untuk memahami sejarahnya sejak ditakluki Israel dlm thn 1948 dan penguasaannya (occupation) -67',
sehingga hari ini. Politik dan sejarah zaman Nabi Ibrahim dan nabi-nabi Bani Israel dulu juga perlu difahami sedikit sebanyak kerana ia ada perkaitan di kedua-dua belah pihak Palestin dan (bani) Israel.

Petanya juga perlu kita lihat supaya dapat kita fahami bagaimana saiz negara Palestin itu mengecil dari tahun ke tahun sejak 60 thn yg lalu. Ini menunjukkan kerakusan rejim Zionis menjajah dan merompak tanah rakyat Palestin dgn kebunan mereka yg subur itu untuk dijadikan penempatan haram Yahudi.

Ibarat Malaysia yg dijajah Israel (katalah misalnya): YANG tinggal dikuasai kerajaan Malaysia ialah hanya negeri Melaka dan Pahang sahaja.. Negeri-negeri yang di tengah, utara dan selatan spt Selangor, Perak, Perlis, Johor dll dikuasai oleh Israel. Dapat bayangkan sekarang kan..? Macam tu lah peta Palestin dan tanahnya sekarang. Terpisah dua, negara Palestin yg satu ni. Nak bepergian antara dua negeri, Gaza and West Bank, Israel wajibkan ada visa..Nak masuk amat ketat..kerana mereka takut warga Palestin masuk -pass thru Israel nak buat kacau. Habis kenapa merompak tanah air Palestinian sedemikian rupa.

Free Palestine by

Kepungan dan sekatan ke atas Gaza sejak 2006, dari darat, laut dan udara dikuatkuasakan disebabkan Hamas menguasai negeri ni.
Hamas, ideologi mereka berasal dari Ikhwan Muslimun Mesir - Sunnah Wal Jamaah, dan bukan Syiah, Hizbullah atau lainnya. {HAMAS - Hizbul Al Muqawwamah Al Islamiyyah.} Mereka memenangi pilihanraya 2006 setelah mengalahkan parti Fatah dengan majoriti besar.

Mahmoud Abbas dan pemimpin Fatah (secular dan pragmatik).. tidak kisah dengan kesusahan rakyat Palestin kerana mereka bersekongkol dgn Yahudi..Banyak duit rasuah dan security promises dari Israel sudah di dalam tangan mereka. Abbas sendiri dikatakan mempunyai dua orang anak yang bergelar jutawan, apakah maknanya ini? Mereka hanya sibuk menjaga periuk nasi dan perut mereka sahaja, sedangkan tanah rakyat Palestin tergadai, mereka biarkan sahaja!..Ini prinsip mereka..Rakyat hidup tertindas, susah dan dhaif di bawah kerajaan Fatah, dan Yasir Arafat sejak dulu lagi adalah disebabkan rasuah dari Zionis berleluasa!! Penyokong Hamas dan penentang Fatah ramai dipenjarakan atau dilapurkan pada tentera Israel supaya ditangkap, spt ramai menteri kabinet Hamas ditangkap tahun lepas tanpa sbb yang kukuh.

Hamas sebaliknya, mengajar Islam yg sebenar kpd penduduk Gaza, menolak rasuah, membina sekolah, masjid-masjid baru, memberi kebajikan dan kemahiran pada mereka, menyediakan persenjataan demi kedaulatan negara, dan akhirnya mereka menang dlm pilihanraya yg adil! Ini diberitakan dlm berita khas Al Jazeera bebaru ni. Tak mudah Hamas hendak bersatu dgn Fatah, sbb apabila diajak bersatu pun, Fatah asyik berdolakdalik kerana nak ikut telunjuk Zionis. Kalau ikut telunjuk Israel, mereka bagi duit...Itu lah sebabnya! Mereka ini adalah pembelot kpd agama dan bangsa mereka sendiri. Jadi grup Fatah ni asyik buat sabotaj di Gaza sampai tercetus perang saudara setahun setengah yg lepas! Fatah dpt persenjataan dari Zionis, sedangkan Hamas..buatan sendiri kebanyakannya. Ramai yg tak faham ni iaitu Hamas bukan nak berperang sangat dgn Fatah yang buat kecoh, merusuh kat kedai-kedai awam dan jalanan, tetapi kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka menjaga keamanan Gaza, kena sekat perbuatan melampau itu dari merebak kerana mereka ada kuasa politik.

Yang terbaru Israel serang Gaza ini pun Abbas dikatakan sudah tahu beforehand, Israel akan serang Gaza. Mereka dah cakap dan pesan padanya dan Fatah...lebihkurang "Ko jgn tolong..kami nak hapuskan Hamas. Hapus Hamas, Gaza kami bg kat ko. Kami amik masa 5 hari aje!" (Ni dari sumber-sumber yg boleh dipercayai ) Abbas ni sebenarnya talibarut Yahudi utk sesiapa yg tidak sedar lagi...! Begitu juga grup atau parti Fatah.

Apabila Gaza diserang atas pretext roket dari Gaza ditembak ke daerah Israel di Ashkelon, grup
yang melancarkannya tak semestinya dari Hamas kerana ada byk grup bersenjata lain lagi di sana. Ini adalah untuk membalas serangan missile tentera Zionis membunuh 6 rakyat Palestin di terowong bawah tanah pada 4 Nov, 08'. Apa hak tentera Zionis membunuh rakyat Palestin spt itu walaupun mereka hendak mendapatkan bekalan senjata. Rakyat Palestin pun ada hak utk memiliki persenjataan spt negara lain juga. Begitulah kejamnya Israel. Dia yang melancarkan keganasan dulu, kemudian dia tuduh, roket Hamas yang tembak negaranya dulu! Sekali lagi, begitulah zalim dan bobroknya pemimpin Israel!! Rakyat Palestin yang tidak berdosa disembelih sehingga 23 hari dgn 1340 lebih syahid, dan lebih 5000 tercedera. Bila perang berat sebelah itu meletus..Abbas kutuk lagi Hamas adala..nak tolong, sori!


Israel war on Gaza by ismail.haneyh



Israel war on Gaza by ismail.haneyh


Muslims sedunia disuruh Allah supaya mepertahankan Palestin sedapat yg mungkin, dgn nyawa, masa dan material melalui beberapa hadith Nabi. Sehinggakan dlm satu hadith sahih, maksudnya tegas berbunyi,(lebihkurang) "Sesiapa yang menolong penduduk yg berada di Tanah yg diBerkati, Palestin, Allah akan membantunya di saat dia memerlukan pertolongan Allah, dan sekiranya dia tidak mahu menolong, dia tidak akan dibantu oleh Allah semasa susah." Masa saya mendengar hadith ni disebut oleh Ustaz Abdul Hadi dlm Al Kuliyyah seminggu lebih yg lepas atas tajuk 'Boikot', rasa seram sejuk jugak dibuatnya. Menunjukkan betapa berat tanggungjawab kita utk membela mereka terutamanya penduduk Palestin seolahnya mereka adalah hambaALlah yang khas dan spesial!

Memang BENAR pun. Siapalah kita berbanding mereka kerana mereka sanggup tinggal di sana walaupun dalam keadaan getir dan nyawa dihujung pedang, makan dan minum dan segalanya amatlah susah. Mereka amat memahami hadith-hadith Ar Rasul yg ada antaranya saya sebut di bawah. Mereka ingin mempertahankan Al Aqsa dan bumi Palestin yg suci. Kalau mereka lari meninggalkan tanah air mereka, siapa lagi akan mempertahannya dari Yahudi LaknatuLlah?

Dlm Al Quran pun ada diceritakan ttg Palestin ni.. (Surah Al Isra': 1 - ayat berkaitan Isra' mi'raj Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Aqsa.), di rujukkan sebagai Jurusalem di Palestin. Negara atau negeri lain tak ada diceritakan dlm Quran, selain Mekah, Madinah, Syams dan Saudi A dan negeri-negeri di zaman nabi-nabi dulu. Bangsa Arab panggil Palestin - Falastin. Arabic word tak ada 'P', if u realize. )


masjid al-aqsa by sunnivoice
Masjidil Aqsa
Al Syarif



Masjid As Sakhra' (Dome of the Rock)

Palestin ni bukan seperti Iraq, Afghan or Yala..
Kita bersimpati kpd mereka di Palestin lebih dari tempat umat Islam lain ada
sebabnya..bersabit dgn Islam juga.
Iaitu masa depan Islam dan umatnya sedunia tergantung kepada kesejahteraannya di tangan Muslimin di sana. Dalam masa depan yg singkat ini, mengikut hadith sahih (Bukhari & Muslim) - Sesiapa yg menguasai bumi Palestin dan Al Quds (tanah di West Bank yg terbinanya Masjidil Aqsa dan As Sakhra') akan dapat menguasai dunia! Ini yang kita sedang perjuangkan dan ingin bantu mereka. JANGAN sampai jatuh Palestin ke tangan Israel dan Zionis, KERNA nanti mereka akan memerintah dunia dgn kekejaman yg amat sangat..spt mereka membunuh penduduk Gaza sewenang-wenangnya, kerana Israel menganggap kita, Muslims atau manusia lain - as subhuman, or animals in other words! Sedangkan bagi mereka, bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan!
Pendeta dan rahib-rahib mereka telah merubah isi kandungan kitab Taurat dan membuat kitab baru yg di namakan Thalmud (Tabut) dengan mengikut pandangan mereka yang dangkal.

Jadi kita boleh diperlakukan semahu Yahudi. Kita mahu itu terjadi? Ini kenyataan yg sebenar, tertulis dalam protokol Zionism mereka. Mereka mahu menubuhkan suatu negara dinamakan Israel RAYA !! Kerajaan anganan mereka ini adalah di antara Sungai Euphrates dan Sungai Nil di Mesir. Dari sini mereka akan mentadbir dunia, bukan dari US! Jadi kita mesti sedar dari angan-angan bahawa Israel bukan ancaman kepada Muslims juga non-Muslims di masa depan.

Boikot barangan mereka beramai-ramai, insyaAllah akan menbawa kesan ekonomi yg buruk kepada mereka. Kita Muslim sedunia seramai 1.3billion, kalau 60% boikot pun, sudah mungkin lumpuh atau sesak nafas syarikat dan korporat mereka. Pokoknya kita mesti bersatu hati dan berusaha. Tambahkan dan rekacipta produk kita sendiri yang hampir menyerupai produk mereka sebagai salah satu alternatif dan berusaha menyaingi mereka. Jika ada usaha, tentu akan berjaya...!

Di Palestin sana nanti akan munculnya dajjal dan turunnya Nabi Isa. (Ada dalam hadith sahih lain). Nabi Isa as. akan menentang dajjal bersama Imam Mahadi dan membunuh dajjal utk membawa keadilan dan keamanan ke seluruh dunia. Mukmin yang beriman menjadi tonggak kemenangan Islam, yang ada ciri-ciri mujahidden yang sejati. Baginda, Nabi Isa akan memerintah dunia dgn Islam. Masa inilah ramai yang akan memeluk Islam. Ini penting untuk kita ketahui, masa depan kita dan Islam.

Kita tak mahu sama sekali Dajjal dibantu Israel dgn senang bermaharajalela di sana tanpa tentangan dan mujahadah, bukan? Kalau kita TIDAK menentang dajjal, kita akan disuruh menjadi hambanya dan mengikut telunjuknya. Pada masa itu kita akan tahu samada kita adalah manusia dayus ( mengikut pengertian Islam) dgn menjadi pak turut sahaja demi menjaga periuk nasi atau kita di pihak HizbuLlah, pihak jemaah Allah yang diredhai (bukan Hizbullah di Lubnan). Kita tidak boleh ikut dajjal yg menyuruh kita mengakui dia Tuhan kerna saat kita mengIYAkannya, kita akan menjadi kafir..! (berada di dalam neraka kekal selamanya) Wal'iyazubiLlah. Walaupun kita di pihak HizbuLlah dan diduga hebat dgn kekurangan makanan dan segalanya, itulah saat kita diuji Allah untuk membolehkan Dia memasukkan kita ke dalam syurgaNya yg penuh kenikmatan dan kekal selamanya. Ini adalah sekiranya umur kita panjang dan melalui saat menakutkan itu..!

Palestine is our first Kiblat, i.e. Masjidil Aqsa at a holy land..second to Kaabah in Mekah, unlike other places. Kalau Mekah diserang, apa kita nak samakan dgn tempat lain juga?
Mestilah tidak kan? Seperti itulah kita patut rasa ttg Palestin..yg ada Al Quds,
(Masjidil Aqsa- kiblat pertama kita) dan sesiapa yg menjadi penghuninya atau
rakyatnya kita kena bantu seboleh mungkin, termasuk boikot, bantuan material
dan moral support. Buat sekarang, mereka belum perlukan tenaga jihad saudara se Islam
yang lain lagi tapi bersedialah pada satu masa yang akan datang! Itulah kepentingan jihad,
patut difahami dan diterapkan ke dalam darah daging anak-anak kita di Malaysia yg aman ini.

Semalam, saya dan suami berkesempatan pergi ke gathering Malam Kebangkitan Palestin di
Dataran PJ (dekat AMCORP)- dianjurkan oleh JIM International dan COMPLETE
- Coalition of Malaysian NGOS Against Persecution of Palestinians-
utk mendengar lagi ttg isu Palestin dan bagi moral support kpd mereka, Paletinians dan penganjur. Banyak lagi fakta ttg Jews yg saya baru tahu semalam walaupun ini kali ke 7 menghadiri perkumpulan spt ini. Alhamdulillah...banyak persoalan dalam fikiran saya terjawab semalam.

Kami, peserta dapat tahu dari pakar-pakar isu Palestin dan Mid-East, dari Malaysian prof dan PhDs (UiTM, also USM) dan intelek. Tiga orang panelis kesemuanya, Dr Syahul Hamid dari Aman Palestin, Dr Shart Al Farooqi (UiTM) dari JUST dan Dr Roslan Hashim dari PACE.
Org kata knowledge is for sharing..right. Jadi saya akan kongsi dgn kalian apa yang saya dapat dlm posting seterusnya.

Kami boikot produk Thailand, masa tragedi Tak Bai lagi. Siapa tak boikot..tak sensitif maknanya..Tak kisah apa terjadi kpd Muslim lain. Kata-kata Ar Rasul s.a.w (hadith):
"Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, dia tidak akan dikasihani oleh Allah".
Kami tidak beli beras dari sana, dan sebarang Thailand-made produk sampai sekarang, spt tomyam.. Kita punya pun dah ada, spt tomyam ADABI kat sini, tiada masalah.
UPS (untuk pengetahuan semua) beras dia, beras Thai, wangi dan tak wangi....org Bernas beritahu melalui radio IKIM tidak lama dulu, untuk hendak nampak beras cantik bersinar...mereka ada sapu dgn lard- minyak bab!!!! Saya taknak beli lagi..!! Manatahu ia ternyata benar! We buy Malaysian Muslim 1st,...and American last..InsyaAllah lah kan..We'll try, and we can!

Saya menulis ttg Palestin ni pun atas amanah dan pesanan mereka semalam yg mahu isu ini difahami dan disebarkan.
Sesiapa yg bosan mendengar mengenainya..terpulanglah. .sbb "sesiapa yg tidak ambil peduli ttg halehwal Muslim lain ( terutama yg ditindas) mereka bukan dari kalangan kami (Muslim)" maksud satu hadith yang amat biasa kita dengar...!

No comments:

Post a Comment