Tuesday, February 10, 2009

Asma'ul Husna

Bismillah 2 by MTK Digital Design



Asma'ul Husna ALlah SWT adalah Nama-nama ALlah yang terbaik yang mengandungi 99 nama kesemuanya. Berdoalah dengan menggunakan nama-namaNya ini kerana ALlah sangat
suka apabila kita, hambaNya merayu dan memohon doa dengan menyebut namaNya. Sekiranya kita inginkan keselamatan, contohnya, sebutlah nama asmaNya - Ya Muhaiminu Ya Salam Ya Hafidz..atau jika ingin kelapangan dalam rezeki dan kejayaan, sebutlah Ya Rahmaanir Rahim,
Al Wahhabu Ya Rozzaq
sebanyak yang mungkin.





Untuk memudahkan kita mengingati Asma'ul Husna, kita hafazlah nama-namaNya beserta pengertiannya sedikit demi sedikit dari masa ke semasa. Mulakan dengan 25 nama yang pertama seperti ini.




Nama Maksud
1 Ar-Rahman Maha Pemurah
2 Ar-Rahim Maha Penyayang /Pengasih
3 Al-Malik Maha Raja/Memerintah
4 Al-Quddus Maha Suci
5 As-Salam Maha Memberi Kesejahteraan /Penyelamat
6 Al-Mukmin Yang Menepati Janji
7 Al-Muhaimin Maha Pemelihara / Pelindung
8 Al-Aziz Maha Gagah / perkasa
9 Al-Jabbar Maha Pemutus
10 Al-Mutakabbir Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 Al-Khaliq Maha Pencipta
12 Al-Baari' Maha Menjadikan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 Al-Musawwir Maha Membentuk Rupa (makhluknya)
14 Al-Ghaffar Maha Pengampun
15 Al-Qahhar Yang Memaksa
16 Al-Wahhab Maha Pengurnia
17 Ar-Razzaq Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah Maha Pembuka Rahmat
19 Al-Alim Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 Al-Qabid Maha Menyempitkan/ Pengambil (makhluknya)
21 Al-Baasit Maha Melapangkan (makhluknya)
22 Al-Khaafid Maha Merendahkan/Menjatuhkan
(makhluknya)
23 Al-Raafik Maha Meninggikan /Pengangkat (makhluknya)
24 Al-Muiz Maha Memuliakan (makhluknya)
25 Al-Muzil Maha Menghinakan (makhluknya)


Say, "Call Him GOD, or call Him the Most Gracious; whichever name you use, to Him belongs the best names." You shall not utter your Contact Prayers (Salat) too loudly, nor secretly; use a moderate tone. (17:110)

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."


(H R. Muslim)



Huraian
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut: “Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.” (al-Anfal.:2) “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya.”(al-Ahzaab:41). “...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzaab:35).

Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.


Tazkirah:

Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :-

  1. Para Nabi
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Alim Ulama
  4. Para Syuhada
  5. Para Penghafal Al Quran
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
WallALlahu a'lam.














No comments:

Post a Comment