Wednesday, February 25, 2009

Title = Gelaran Yang Dikejari Manusia

Basmala 6 by Said Bak

Graduation day by haflidi

Dalam masyarakat kita yang penuh dengan adat yang pelbagai mengikut negeri masing-masing, masyarakat kita juga penuh dengan gelaran atau pangkat yang diberi kepada rakyat dan ahli-ahlinya mengikut kategori masing-masing. Agaknya negara ini adalah antara negara membangun yang paling banyak dan mudah memberi penghargaan berupa pangkat kepada mereka yang dikira ‘excel’ atau berjaya, juga berjasa kepada sesuatu institusi atau negeri mahupun negara.


Contoh-contoh pangkat itu ialah seperti:

Dr = Tabib / ahli perubatan

PhD = Doktor falsafah

Ir = Jurutera

Prof Madya, Prof = gelaran utk ahli akademik

Datuk = Gelaran yg diberi oleh YDPA

Dato’ = gelaran yg diberi oleh Sultan atau pembesar negeri

Tan Sri, Dato’ Sri, Tun, (Toh Puan, Datin Seri) = diberi oleh YDPA dan pembesar negeri

Tuan Haji, Puan Hajjah = sempurna mengerjakan haji

Bagi sesetengah orang terutama mereka yang menerima pangkat tertentu, mereka seronok mendapat gelaran-gelaran tersebut kerana dapat menaikkan diri di mata masyarakat dan juga memberi kebaikan untuk meraih keuntungan dalam sesuatu bidang. Namun bagi orang awam pula, ia mungkin menjadi satu kekeliruan atau menimbulkan rasa resah dan bersalah kalau sekiranya orang yang berpangkat itu disalahpanggil atau disalahtulis nama pangkatnya. Ia juga mungkin menimbulkan satu jurang pemisahan dan rendah diri di antara yang berpangkat dan yang tidak berpangkat. Rasa mereka, seperti berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah dengan mereka yang berpangkat, contohnya kalau dibanding dengan dato’ dan datin, tan sri dan puan sri dsb.

Doctor Sahiba by India Pictures

Kecuali beliau seorang doktor perubatan, tidak mengapalah beliau dipanggil ‘doktor’ supaya senang dikenali dan diminta bantuan perubatan. Penggunaan nama doktor itu sejajar dengan penggunaan di peringkat antarabangsa. Bagi mereka yang mempunyai gelaran doktor falsafah atau PhD, gelaran itu biarlah tertulis di belakang nama mereka sekiranya mereka mahu demi untuk membezakan di antara doktor perubatan dan bukan perubatan. Pada suatu masa dulu telah di persetujui di peringkat kabinet bahawa pemegang doktor falsafah dikenali dengan nama dan gelaran ‘PhD’ di belakang namanya. Ini sejajar dengan penggunaan gelaran PhD di peringkat antarabangsa.

Namun aspek ini tidak ditekankan sangat di Malaysia sehingga mereka di peringkat menteri sendiri pun melanggar peraturan ini kerana ada di antara mereka yang mempunyai ‘title’ ini mahu dikenali sebagai doktor di awal namanya. Ini sesuatu yang mengaibkan kerana Malaysia ingin dikenali sebagai sebuah negara yang cemerlang di dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa tetapi membelakangkan etika penggelaran ini.

Bagaimana nanti sekiranya di Malaysia seseorang di kenali sebagai Dr Y, misalnya - kerana memiliki PhD - tetapi bila berada di luar negara, dia hanya di panggil sebagai Mr Y, kerana dia bukan ‘Dr’ perubatan yang sebenar! Bukankah ini mengaibkan tuan empunya gelaran? Bagi pendapat saya, lebih membanggakan dan anggun sekiranya ditulis nama Mr Y itu dengan gelaran di belakang namanya, sebagai, Mr Y, PhD…!

Berbanding dengan negara-negara barat yang maju, mereka jarang memberi gelaran dan pangkat kepada rakyat mereka. Sebagai contoh, Amerika Syarikat, tiada gelaran diberikan kepada pembesar-pembesar mereka yang menjadi menteri kabinet, kecuali nama jawatan itu sendiri, seperti Secretary of State, Secretary of Treasury, dan presiden mereka hanya dipanggil dengan Mr President sahaja! Di Britain pun, hanya beberapa pembesar mereka yang diberi gelaran ‘Sir’, ‘the Honory’ atau Lord. Perdana Menteri mereka tidak mempunyai ‘title’ apa-apa pun, cuma nama Encik sahaja! Padahal mereka jauh lebih maju dari kita di sini dari segi R & D dan pendidikannya. Mungkin kerana Malaysia pernah dijajah oleh British, kita terikut-ikut dengan gelaran yang diberi oleh Queen kepada rakyat-rakyatnya yang berjasa. Cumanya kita ‘lebih sudu dari kuah’!

Pada zaman Ar Rasul saw. dan para sahabah dulu, mereka tidak mementingkan pangkat dan gelaran bagi diri mereka. Apa yang lebih mereka utamakan ialah amalan ruhiyyah mereka dan juga amalan jamaiyyah (amal jamaiy), iaitu amalan secara berjemaah. Mereka sibuk dengan amalan mereka yang ingin diperbetulkan dan mengharap ianya diterima Allah Azza wajalla. Mereka tidak sibuk untuk dipanggil sebagai Tuan Haji atau Puan Hajjah selepas mereka menunaikan ibadah haji, tapi mereka lebih takut akan haji mereka jika tidak mabrur dan ibadah lain juga tidak diterima. Mereka sentiasa menghisab diri mereka sendiri di akhir malam, dan bukannya mengira harta atau pangkat yang bakal mereka perolehi lagi esok harinya atau tahun itu.

Khalifah-khalifah di zaman Khulafau Ar Rashidin dan selepasnya hanya digelar dan dipanggil sebagai Amirul Mukminin’ yang bermaksud sebagai Ketua orang-orang beriman dan bukan gelaran-gelaran yang bermaksud Tuan Yang Terutama atau Yang Amat Berhormat dan seumpamanya. Kita sebagai umat Islam sepatutnya lebih cenderung untuk mengikut budaya Islam ini dalam hal memberi gelaran dan nama pangkatnya. Walaupun mungkin bukan 'amirul mukminin', tetapi yang seumpamanya.

Begitulah keadaan di akhir zaman ini di mana yang diagungkan dan dikejari manusia ialah pangkat dan harta, mahupun hidup yang serba mewah dan hiburan yang melalaikan. Namun berkaitan pangkat ini ia semua bergantung ke atas keimanan seseorang itu. Mungkin dia berpangkat tinggi dan berjela pangkat di depan namanya tetapi dia adalah sebenarnya hamba yang zahid, yang amat tinggi keimanannya kepada ALlah.

Sekarang, setiap tahun misalnya negara kita bertambah dengan mereka yang bergelar ‘datuk’ atau ‘dato’ dengan kadar beratus-ratus datuk. Ada ‘title’ ini yang boleh dibeli dengan harga tertentu. Begitu juga doktor, dikatakan ‘title’ ini boleh dibeli dengan senang sijilnya di sebuah negara jiran dengan harga yang agak murah tanpa sebarang pengajian atau kursus untuk dilalui. Inilah penipuan untuk mendapat pangkat yang diiktiraf sendiri yang dikeji…Sebarang bentuk penipuan adalah haram dan berdosa di dalam Islam.

Avillion_12 18 08_0576 by kamaruld

Akhirnya apa yang bakal terjadi di Malaysia pada sikit masa nanti ialah akan terdapat beribu doktor palsu dan datuk yang tak layak bergelar doktor mahupun datuk! Ini sekiranya pangkat datuk dan doktor itu dibeli sijilnya. Orang ramai akan merasa sangsi dengan mereka yang mempunyai gelaran seperti ini lagi. Kerana 'datuk' sudah terlalu ramai di negara ini, ia tidak mempunyai nilai yang tinggi dan gelaran itu tidak berapa dihurmati lagi. Kepada mereka yang hanya belajar untuk mendapat gelaran Dr dalam PhD, sedarlah bahawa itu bukan dituntut oleh Islam kerana ia akan menimbulkan riya’ atau ujub dalam diri sahaja. Belajarlah kerana mencari keredhaan Allah dan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan masyarakat. Betulkan niat supaya dapat diberi kemudahan dalam pembelajaran dan mendapat pahala yang banyak sebagai saham akhirat.

Wallahu a’lam.

1 comment:

  1. Salam...saya terbaca blog entry ini semasa mencari apakah prefix yang harus ditulis untuk seseorang yang ada PhD dan untuk mereka yang ada medical degree. Kalau ikut wikipedia, Dr. asalnya di'addressed' untuk mereka yang mempunyai PhD. Dr. singktan Doctoris...teacher/to teach. Walau bagaimanapun, selepas itu, physicians/pengamal perubatan juga turut di'addressed' Dr. Dan pada zaman ini, kebanyakan negara terutamanya negara2 EU recognise the address of Dr. for a doctorate holder tidak kira pada keadaan apa jua. Dan untuk prefix, di UK generally will letak Dr. X contohnya dalam written documents but in US normally akan letak suffix cth, X (PhD) dalam written documents. So, what do u think? Many thnks! Waulahualam!

    ReplyDelete