Monday, April 27, 2009

KEMUNCULAN HADIS PALSU

Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.

Terdapat banyak buku yang menceritakan dengan panjang lebar tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu. Buku ini dikarang oleh para ulama sejak dahulu hingga kini. Namun saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sebuah buku yang ditulis oleh Abd. Fattah Abu Ghuddah yang bertajuk Lamahat Fi Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith. Sebahagian besar maklumat yang saya akan sebutkan seterusnya di sini diambil daripada buku ini.

Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu

Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim:

Maksudnya: Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah[1].

Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis?

Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak[2].

Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta

Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’[3]. Ianya adalah seperti berikut :

1- Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.

2- Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.

3- Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu[4].

4- Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.

5- Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.

6- Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.

7- Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.

8- Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.

9- Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.

10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.


[1]Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

[2]Lamahat Min Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith – Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 45 – cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah, Halab, Syria.

[3]Lamahat Min Tarikh al Sunnah – Abu Ghuddah – muka surat 44-45.

[4]Golongan pertama, kedua dan ketiga ini memang wujud dari dulu hingga hari ini. Orang-orang yang soleh dan baik akhlaknya tidak semestinya alim dan berpengetahuan dalam bidang hadis. Begitu juga dengan orang-orang alim yang kurang mengingati hadis-hadis yang pernah dihafalnya satu ketika dahulu. Berhati-hati adalah satu kewajipan.

Wednesday, April 15, 2009

Kategori Hadith

bismillah

1. Hadis Mutawatir:

Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.
Hadis Mutawatir, yaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw., sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak.
Hadis Mutawatir terbagi dua:

a. Mutawatir Lafzi, yakni perkataan Nabi,
b. Mutawatir Amali, yakni perbuatan Nabi.

2. Hadis Mashyur:

Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza.
Hadis Masyhur, yaitu hadis yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan. Contohnya, Orang Islam ialah orang-orang yang tidak mengganggu orang Islam lainnya dengan lidah dan tan¬gannya." (H.R Bukhari, Muslim, dan Tirmizi).

Sanad Bukhari, yaitu Bukhari dari Adam, dari Syubah, dari Abdullah bin Abu Safar, dari As Syabi, dari Abdullah bin Amir,. dari Nabi Muhammad saw.

Sanad Muslim, yaitu Muslim dari Sa'id, dari Yahya, dari Abu Burdah, dari Abu Musa, dari Nabi Muhammad Saw.

Sanad Tirmizi, yaitu Tirmizi dari Qutaidah, dari Al Lais, dari AI Qa'qa, dari Abu Salih, dari Abu Hurairah, dari Nabi saw.


3. Hadis Sahih:

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.

Hadis Shahih, yaitu hadis yang cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya.

Syarat hadis sahih, yaitu:

a. sanadnya harus bersambung,
b. perawinya sudah baligh
c. berakal
d. tidak mengerjakan dosa
e. sempurna hafalannya
f. perawi yang ada dalam sanad itu harus adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat Al Quran.


4. Hadis Hasan:

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat. Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis shahih.

5. Hadis Dho'if:

Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.

Hadis Dha'if, adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.

Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengecapnya sebagai pemalsu hadis.

6.Hadis Mudha'af:

Adalah hadis yang lemah matan dan sanadnya.
Contohnya, "Asal setiap penyakit adalah dingin." (H.R. Anas dengan sanad yang lemah).

7.Hadith Marfu' :

Hadith marfu' ialah hadith yang disandarkan kepada RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam samada kata-kata , perbuatan,pengakuan atau sifat-sifatnya ataupun samada sanadnya bersambung-sambung (Muttasil al-isnad) terus kepada Nabi atau sebaliknya, sama ada yang menyandarkannya itu seorang sahabat atau seorang tabi'in.
Ia juga bermaksud hadith yang disandarkan kepada Nabi. Seperti : Nabi bersabda...
Hadith ini boleh dijadikan hujjah sekiranya ia disepakati dan sampai kepada martabat Sahih dan Hasan.
Hadis Marfu', adalah hadis yang harus diselidiki lebih dulu dalam kitab-kitab hadis, apakah itu perkataan Nabi atau Sahabat.

Contohnya, Ibnu Mas'ud berkata: "Rasulullah melaknati orang yang menghalalkan dan orang yang dihalalkan untuknya. " (H.R. Ahmad bin Hambal, Nasai, dan Tarmizi). Hadis tersebut berarti dari Sahabat, namun Ibnu Mas'ud menyandarkan kepada Nabi dengan kata "Rasulullah melaknati."


8.Hadith Mauquf:

Hadith Mauquf ialah atsar sahabat atau kata-kata atau perbuatan atau taqrir yg disandarkan kepada sahabat. Ia diklaskan sama dgn hadith: sahih/hasan/dha'i f. Tidak dapat dijadikan dalil hukum, cuma penguat jika kata-kata ini selaras dengan hukum yang sudah tsabit.

(Ibn Kathir, Ikhtisyar uluumul Hadith/48)

9.Hadith Mursal:

Hadith yang disandarkan secara langsung oleh tabi'in kepada Nabi saw tanpa menyebut nama perawi sahabat. Ia adalah hadith dha'if.


10.Hadis Muttasil:

Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.


11.Hadis Mahfuz:

Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).


12.Hadis Jaiyid:

Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.


13.Hadis Mujawwad dan Tsabit:

Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.


14.Hadis Maudhu':

Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).


http://mforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=207018

Tuesday, April 7, 2009

Dua Imam Mazhab Sunnah Wal Jamaah

http://www.gaulislam.com/wp-content/uploads/2008/10/threbaz.gif

IMAM AS SYAFI'I DAN KITAB AL UMM

Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i atau yang lebih dikenal
dengan nama Imam Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak
asing lagi namanya di sanubari umat Islam. Kepakaran
Imam Syafi'i di berbagai cabang ilmu keislaman tidak
diragukan oleh para ulama. Beliaulah peletak dasar
ilmu hadits dan ushul fiqih lewat karya monumentalnya,
ar-Risalah. Di berbagai belahan dunai Islam, khususnya
di Asia Tenggara, termasuk Indonesia [dan Malaysia],
mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama kaum muslim.
Artinya dalam menjalankan aktivitas-aktivitas
keagamaan yang berkaitan dengan masalah-masalah
peribadatan mereka akan memilih dan mengamalkan
pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab
Syafi'i.

Akan tetapi di antara yang pantas disayangkan adalah,
masih ada bahkan tidak sedikit di antara kalangan umat
Islam yang mengklaim dirinya pengikut madzab Imam
Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata
tidak mengenal siapa sebenarnya Imam Syafi'i.
Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah,
manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap
pentingnya berpegang teguh pada Al-Qur'an dan
As-sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun
banyak yang tidak tahu. Jangan hairan kalau ada yang
menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara
sehingga fiqihnya cocok untuk orang Asia Tenggara.

Kitab al-Umm adalah satu di antara kitab-kitab Imam
Syafi'i yang sangat terkenal. Di sana termuat fiqih
Imam Syafi'i. Maka tidak jarang bila dalam sebuah
pembahasan hukum fiqih disebutkan "menurut Imam
Syafi'i" maka yang dimaksud adalah dalam kitab al-Umm
tersebut. Kitab al-Umm adalah sebuah kitab tebal yang
terdiri dari empat jilid dan berisi 128 masalah.
Al-Hafidz ibnu Hajar berkata: "Jumlah kitab (masalah)
dalam kitab al-umm sebanyak 40 bab lebih -wallahu
a'lam- dimulai dari kitab at-Thaharah kemudian kitab
as-Shalat. Begitu seterusnya yang beliau susun
berdasarkan bab-bab fiqih ..."

Ringkasan KITAB AL UMM ini adalah terjemahan dari
kitab Mukhtashar Kitab Al Umm fiil Fiqhi, yang
merupakan ringkasan kitab al-Umm yang disertai dengan
catatan kaki dari peneliti atau pentahqiqnya. Setelah
sekilas menyebutkan tentang biografi Imam Syafi'i,
pada jilid 1 kitab terjemahan ini memuat pembahasan
masalah fiqih yang disusun secara berurutan sebagai
berikut:
a.. Tentang bersuci (thaharah),
b.. Tentang haid,
c.. Tentang shalat,
d.. Tentang shalat 'iedain,
e.. Tentang jenazah,
f.. Tentang zakat,
g.. Tentang pembagian zakat,
h.. Tentang puasa,
i.. Tentang i'tikaf,
j.. Tentang haji,
k.. Tentang qurban,
l.. Tentang hewan buruan dan sembelihan,
m.. Tentang makanan dan keterangan halal haramnya, dan
n.. Tentang nadzar.
Masing-masing masalah dibahas dalam bab-bab yang lebih
rinci.

Pembahasan dalam buku ini banyak dilakukan dengan pola
dialogis yang menunjukkan bahwa Imam Syafi'i seorang
pendebat yang ulung. Barangsiapa membacanya niscaya ia
akan menyaksikan kekuatan hujjah imam Syafi'i dan
ketajaman argumentasi berdasarkan Al-kitab dan sunnah.
Tambahan catatan kaki, menyempurnakan kehadiran kitab
ini.


IMAM MALIK DAN KITAB AL MUWATTA'


Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir bin Amar bin Harits, dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah. Moyangnya Abu Amir berasal dari Yaman yang berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan Rasulullah s.a.w dan menjadi antara sahabat baginda yang setia. Ibunya pula Aliyah Syuraik dan ada riwayat menyatakan ibunya mengandungkan dia selama dua tahun sebelum melahirkannya di Kampung Zuwarmah di utara Madinah.

Malik dilahirkan pada zaman pemerintahan khalifah Umaiyyah keenam, Khalifah Al-Walid Abdul Malik Madinah yang terkenal sebagai pusat ilmu telah memupuk cintanya terhadap ilmu al-Quran dan hadis. Dia akan membuat satu simpulan tali setiap kali belajar sesebuah hadis untuk mengingatkannya jumlah hadis yang dipelajarinya. Punya daya ingatan yang sangat kuat, dan pernah suatu ketika gurunya, Ibnu Syihab menyampaikan 30 hadis, dia hanya mendapat 29 hadis saja; dia sanggup bertemu gurunya semula memintanya mengulang semula satu hadis yang tertinggal itu.

Zaman remajanya, Malik pelajar yang sangat miskin sehingga terpaksa menjual kayu dari bumbung rumahnya yang runtuh untuk mendapatkan wang. Dalam usia 17 tahun, dia sudah mendalami pelbagai ilmu agama. Dia juga masih sangat rajin belajar walaupun selepas berumah tangga dan dikatakan mempunyai 900 orang guru yang separuh daripadanya adalah ulama tabien.

Malik sangat mencintai ilmu hadis dan dikatakan, jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai fikah, dia terus keluar dengan pakaian yang melekat di tubuhnya. Tetapi jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai hadis, dia akan mandi, berpakaian kemas serta memakai harum-haruman sebelum keluar. Dia juga melarang orang bercakap nyaring dalam majlis hadis sebagai menghormati Rasulullah kerana hadis datangnya daripada Rasulullah.

Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul hadis yang diterima daripada gurunya. Sebanyak 100,000 hadis dihafalnya, tetapi selepas disaring, hanya 10,000 diakui sah, yang kemudian dipadankan dengan firman Allah. Akhirnya, hanya 5,000 yang diterima sebagai benar-benar sabda Rasulullah. Hadis ini dihimpun dalam kitab pertamanya, al-Muwatta.

Ada riwayat menyatakan, khalifah kedua Bani Umaiyah, Abu Jaafar al-Mansur di Baghdad menggesa Malik supaya menulis ilmunya untuk dijadikan rujukan. Selepas mengumpul hadis itu, dia bingung memikirkan judul sesuai untuk kitabnya sehingga bermimpi dikunjungi Rasulullah yang bersabda kepadanya, "Sebarkan kitab ini kepada manusia."

Akhirnya dia memutuskan untuk menamakan kitab sulungnya itu al-Muwatta' bermaksud Yang "Disepakati" atau Tunjang atau Panduan. Kerana lamanya masa yang diambil untuk menyusun kitab ini, khalifah meninggal sebelum sempat menatapnya. Pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid, al-Muwatta' begitu dihormati sehingga khalifah mencadangkan kitab itu digantung di Kaabah sebagai lambang perpaduan ulama dalam hal agama tetapi dibantah Malik.

Khalifah pernah mengutus Syeikh al-Barmaki untuk menjemput Malik mengajar di istananya. Sebaliknya Malik menjawab, "Ilmu pengetahuan harus didatangi dan tidak disuruh mendatangi." Utusan itu pulang ke Iraq dan menyampaikan pesan berkenaan.

Khalifah menghantar dua anak lelakinya ke majlis ilmu Malik di Madinah. Ketika menunaikan haji, khalifah sempat menemui Malik dan memintanya membacakan kitabnya. Malik sebaliknya meminta khalifah hadir ke majlis ilmunya sahaja. Khalifah membalas, mahu mendengar kitab itu di rumah Malik sendiri tetapi Malik merendah diri menyatakan, kediamannya buruk, tidak sesuai untuk dikunjungi seorang amirul mukminin.

Khalifah menghadiahkan 3,000 dinar emas kepada Malik untuk membina rumah baru. Hanya sedikit wang yang digunakan dan selebihnya diberikan kepada sahabat lain. Suatu hari, semasa khalifah di Madinah, sekali lagi Malik dijemput ke tempatnya untuk membacakan al-Muwatta'.

Mulanya dia enggan tetapi akhirnya bertukar fikiran lalu ke tempat khalifah. Katanya, "Saya harap janganlah tuanku jadi orang pertama yang tidak menghormati ilmu. Saya tidak menolak permintaan tuanku tetapi saya harap tuanku menghargai ilmu supaya Allah menghargai tuanku."

Khalifah bersetuju mengikut Malik ke rumah. Selepas duduk di kerusi khasnya, khalifah menegur kerana terdapat ramai orang lain di situ. Tetapi Malik membalas, "Jika orang ramai tidak dibenarkan mendengar isi kitab ini, nescaya Allah tidak akan memberi rahmat kepada seorang pendengar pun." Khalifah akhirnya bersetuju membenarkan orang lain mendengar sama.

Malik menyuruh pelajarnya Ma'an membaca al-Muwatta', tetapi sebelum pelajar itu membuka mulut, Malik mencelah, "Para pencinta ilmu sangat menghargai ilmu. Tiada sesiapa akan duduk lebih tinggi daripada ilmu." Mendengar sindiran itu, khalifah turun duduk di lantai bersama yang lain.

Antara sikap Malik, dia tidak pernah menolak hadiah yang diberikan kerana baginya ilmu pengetahuan memang wajar mendapat penghargaan, apatah lagi ilmu agama. Bagaimanapun banyak wang hadiah yang diberikan kepada pelajarnya. Hidupnya tidak mewah tetapi dia gemar berpakaian kemas kerana baginya pakaian yang kotor dan tidak senonoh akan menjatuhkan maruah ulama.

Malik pernah berdepan cabaran hebat pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, ketika anak saudara khalifah, Jaafar Sulaiman menjadi gabenor Madinah. Gabenor muda dan tidak berpengalaman itu kurang menghormati ulama, apatah lagi ketika itu terdapat ramai yang mendengki Malik kerana kedudukannya.

Termakan hasutan, Malik yang berusia 54 tahun ketika itu ditahan dan diseksa dengan 70 sebatan. Hukuman itu mencetuskan kemarahan orang Madinah, sangat membimbangkan khalifah di Baghdad, lantas Jaafar dipecat. Khalifah dengan rendah diri berjumpa Malik untuk meminta maaf dengannya. Hubungan baiknya dengan khalifahlah yang mendorongnya menulis al-Muawatta' yang terkenal itu.

http://kitaabun.com/shopping3/images/muwatta.gif?osCsid=226383a4b90716544a44c2944f3e0613

Malik kembali ke rahmatullah pada Rabiulawal 179 Hijrah, dalam usia 90 tahun selepas menghidap sakit tua selama 20 hari dan dikebumikan di Baqi. Dia meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Hanya anak perempuan tunggalnya, Fatimah yang mewarisi ilmunya mendalami al-Muwatta'. Seumur hidupnya, Malik tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali ketika menunaikan haji ke Mekah. Namun dia berjaya mengumpul ramai pelajar yang datang dari luar Madinah. Pelajarnya yang ramai inilah bertanggungjawab melebarkan Mazhab Maliki ke seluruh pelusuk dunia.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak & Selamat Berbuka~! by tunmutaer.

Sumber: HafizFirdaus.com dll


Saturday, April 4, 2009

Siapa Dia Tok Janggut?

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

PROFIL

HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS dilahirkan pada Tahun 1850 di kampong saring, mukin jeram, Pasir puteh, kelantan. Beliau dibesarkan di Istana jeram kerana ayahandanya berkhimat Panglima kepada tengku seri maharaja jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan guru syeikh ahmad al-fatani di mekah pada Tahun 1327 H.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan








http://www.melaka.gov.my/userfiles/image/tokjanggut%20(2).JPG
Makam Tok Janggut

Sunday, March 29, 2009

Siapa Dia TOK KENALI?

TOK KENALI (1868 – 1933)

http://users.cjb.net/artmyas-portraits/tokkenali1watermark2.jpg

PROFIL
Nama Sebenar: MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Nama gelaran : Tok Kenali
Tarikh lahir : 1868
Tempat lahir: Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
Pendidikan: Sekolah Rendah Kubang Kerian, KB dan Mekah
Guru guru di Kelantan: Tuan Guru Haji Ibrahim, Tuan Haji Abdul Samad Mohd Shalih, Tuan Haji Wan Ismail Wan Senik, En. Ismail Mahmud, Haji Ibrahim Yusuf, Haji Yaakob Abdul Halim, Haji Abbas, Datuk Haji Abdul Malik Musa, Haji Awang, Haji Nik Daud.
Guru guru di Mekah: As Syeikh Hasbullah, As Syeikh Ubaid, As Syeikh Muhammad Amin, As Syeikh As Sayyid Bakri, As Syeikh Muhammad Yusof al- Khayaat, As Sayyid Abdullah As Sayyid Muhammad, Ahmad Muhammad Zain Mushtafa al Fatani
Pekerjaan: Kerani (Kelantan), tukang masak (Mekah), pengarang majalah PENGASUH
Karya: Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.
Meninggal dunia: 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352 ketika berumur 65 tahun


Go to fullsize image

Ketika kami Sidang Pengarang memilih "Tok Kenali" sebagai penghormatan untuk menghiasi kulit keluaran pertama majalah Pengasuh 1975, maka pemilihan itu bukan saja kami landaskan atas asas ketokohan ulung beliau sebagai ulama besar di zamannya, malah kami landaskan juga atas fakta beliau selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918. Majalah Pengasuh adalah sama tua dengan majalah "Seri Pustaka" Indonesia yang diterbitkan dalam tahun 1918 oleh Balai Pustaka dan di Malaysia majalah Pengasuh merupakan majalah tertua yang kedua sesudah majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh Syed Sheikh bin Ahamad Al-Hady pada tahun 1906.

Walaupun Tok Kenali bukan seorang penulis yang konsisten seperti Syed Sheikh , namun beliau adalah seorang penulis yang mempunyai gaya penulisan yang gagah dan jelas. Seandainya beliau tidak dihambatkan oleh tugas-tugas yang banyak dan terus menulis dengan tekun, beliau tidak syak lagi dapat dideretkan sejajar dengan tokoh-tokoh besar yang merintis alam penulisan tanahair.

Tok Kenali sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi berhadap tugas-tuga penulis dan peranan majalah-majalah adan suratkhabar-suratkhabar selaku mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu dan atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam walaupun dapatlah kita teliti dari pernyataan-pernyataan belau yang tegas dalam tulisannya di bilangan pertama Pengasuh. Antara lain beliau menulis :

"Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini. Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekalian penembak. Jika tidak ia pejam matanya nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru dan elok."

"Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama."

"Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."

Tok Kenali satu-satunya ulama' kesayangan semua lapisan rakyat yang tiada ada tolok bandingnya. Kisah hidup beliau merupakan legenda-legenda yang diperkatakan mereka di segenap pelosok negeri hingga ke zaman ini.

Beliau menjadi begitu popular bukan sahaja kerana ilmu pengetahuan ugamanya yang tinggi dan akal fikirannya yang tajam dan bijaksana, malah kerana sifat-sifat kejujuran , rendah diri, peramah, pemurah, cara hidupnya yang zahid, bersahaja dan darwis iaitu sifat-sifat yang menjadi pakaian hidupnya sejak sebagai seorang pelajar di kota suci Makkah hingga sebagai ulama terbilang di tanahairnya. Beliau melayani yang bodoh sama dengan beliau melayani yang cerdik, beliau menghormati kanak-kanak sama dengan beliau menghormati orang-orang dewasa. Beliau tidak pernah menghampakan pemberian dan jemputan dari siapa saja. Dan jika diberi, maka pemberian-pemberian itu akan dibahagikan pula kepada orang-orang sekelilingnya dan apabila dijemput maka beliau akan tampil menjadi tukang masak. Inilah sifat-sifat dan cara-cara hidup beliau yang membuat setiap orang yang berhubung dengan beliau menyimpan kenangan-kenangan yang indah terhadapnya.

Puisi Tok Kenali by fahmie|alias.

Tok Kenali adalah diantara tokoh-tokoh ulama yang telah diabadikan oleh rakyat Kelantan dengan gelaran "Tok" yang digandingkan dengan nama-nama tempat atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau menaburi bakti mereka. Gelaran itu merupakan kemuncak penghormatan yang mencermin ketokohan dan kemasyhuran yang meluas. Diantara ulama-ulama itu ialah Tok Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Selehor, Tok Mesir dan lain-lain. Tuan Tabal juga termasuk ulama yang diabadikan dengan nama sebuah kampung.

Tetapi Tok Kenali bukanlah sekadar menjadi lambang kemegahan tempatan Kelantan, malah kemasyhuran beliau menjangkau jauh di luar perbatasan Malaysia. Beliau dapatlah didirikan sejajar dengan tokoh-tokoh Nusantara lain yang berjasa di zamannya memberi sesuatu sumbangan yang berkesan kepada masyarakatnya.

Walaupun Tok Kenali tidak meninggal hasil-hasil karya yag besar dalam mana-mana bidang pengajian Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar ialah kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama yang memegang obor pengajian tinggi Islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya, malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia di separuh pertama abad dua puluh. Beliau juga telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu saraf, balaghah dan ‘arudh di dalam sistem pelajaran Pondok di negeri ini. Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalangan ahli-ahli ilmu di zaman itu. Dalam kebanyakan waktu beliau mengajar tanpa kitab.


Tidak seperti kebanyakan ulama yang lain di zamanya, Tok Kenali tidak hanya aktif di sekitar Surau atau Pondoknya saja, malah aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri, di mana beliau disahabati dan dirundingi oleh pembesar-pembesar negeri terutama rakan karibnya Dato’ Perdana Menteri Kelantan almarhum Haji Nik Mahmud Ismail (ayahanda Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Nik Mustafa Fadhil). Hakikat ini dapatlah di perhatikan dari jawatan-jawatan yangdisandang semasa hidupnya iaitu selaku anggota Majlis Ugama Islam, anggota Jemaah Ulama Kelantan, Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh dan Ketua Pelajaran Ugama. Seluruhnya merupakan jawatan-jawatan penting yang memerlukan pandangan-pandangan yang tajam dan pergaulan yang luas.


Ustaz Abdullah Hj.Salleh al-Qari. cucu Tok Kenali by Kang Mas Haji amin_pranotoprojo.

Cucu Tok Kenali - Ust Abdullah Hj Salleh Al Qari


Tok Kenali telah dilahirkan di Kampung Kenali pada tahun 1868 dari satu keluarga kaum tani yang saleh. Nama tubuh beliau Muhamad Yusuf bin Ahmad dan nama timangan "Awang", satu nama sentimental yang amat disukai beliau. Majalah Pengasuh keluaran pertama memperkenalkan pengarangnya sebagai "Al-Fadhil Tuan Haji Awang Kenali" dan almarhum Al-Sultan Muhammad yang Keempat menyebut nama beliau dalam titah ucapan melantik beliau selaku anggota Majlis Ugama Islam dengan nama "Haji Awang Muhammad Yusuf Kenali".

Beliau dilahir dan dibesar remajakan dalam zaman permerintahan seorang Raja negeri Kelantan yang agung iaitu almarhum Al-Sultan Muhammad yang Kedua yang terkenal dengan gelaran "Sultan Mulut Merah". Beliau dilahirkan kira-kira setahun selepas dibina Masjid Besar Kota Bharu (masjid kayu) yang sesuku abad kemudian menjadi gelanggang keguruan dan kegiatan ilmiahnya yang menharumkan nama Kelantan ke seluruh Tenggara Asia.

Dari sejak kecil lagi beliau memperlihatkan tanda-tanda kecerdasan yang luar biasa dan kecenderungan kepada ilmu pengetrahuan yang tidak pernah puas. Menurut Abdullah A-Qari Haji Salleh, Tok Kenali telah melanjutkan pelajaranya di Kota Bharu dalam usia kira-kira sepuluh tahun dengan berguru pada para ulama yang terkenal di zaman itu, di antaranya ialah Encik Ismail (ayah kepada Dato’ Perdana Menteri almarhum Haji Nik Mahmud), Tuan Guru Asy-Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman yang terkenal dengan "Wan Ali Kutan", Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.

Sebaik saja tamat berguru perkara perkara dasar dalam Islam, beliau seterusnya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke kota suci Mekah. Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1886 iaitu pada tahun kemangkatan Sultan Muhammad ke 2 yang digelar ‘Sultan Mulut Merah’.

Keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah kerana sejak berabad lamanya, kota suci tersebut menjadi tumpuan para ulama untuk mendalami ilmu Islam termasuk ulama dari rumpun Melayu.
Kota Mekah menjadi saksi akan kemunculan ulama ulama ternama dari rumpun Melayu yang pernah menuntut dan mengajar di situ selama berpuluh puluh tahun lamanya. Di antara nama nama ulama Melayu tersohor yang mendapat pendidikan Islam di kota Mekah ialah seperti Syeikh Daud al Fatani, Syeikh Abdul Samad al Falimbani, Syeikh Mohd. Arshad al Banjari, Syeikh al Nawawi al Batani dan ramai lagi.

Tok kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa ulama besar ketika itu. Salah seorangnya ialah ulama Pattani yang terkenal Syeikh Ahmad Muhammad Zain bin al Fatani.
KEISTIMEWAAN
1. Pernah memberitahu anak muridnya bahawa satu masa nanti Jepun akan menjajah Kelantan dan seluruh tahan air. Pada 1941 tentera Jepun benar benar menyerang Tanah Melayu dan masuk melalui Kelantan.
2. Pernah memberi amaran Kelantan akan dilanda banjir besar dan meminta orang kampung bersiap sedia. Sebulan selepas itu terjadinya banjir besar di Kelantan yang dikernali sebagai Bah Air Merah pada 24 Disember 1926.
3. Seorang yang cepat menghafal dan tajam pemikiran semenjak kanak kanak lagi.
4. Ada riwayat mengatakan bahawa Tok Kenali akan ke Mekah pada setiap tahun. Bahkan ada yang terserempak Tok Kenali di Mekah sedangkan ketika itu beliau berada di Kelantan.
5. Pernah diceritakan bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, Tok Kenali berada di keenam enam tempat tersebut.
6. Berkawan dengan pelajar Jin Islam ketika menuntut di Mekah.
Syeikh Ahmad adalah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan mahir dalam penulisan. Diriwayatkan datuknya adalah seorang pendakwah Islam dari Hadratulmaut dan salasilah keturunannya itu sampai kepada nasab sahabat terkenal, Saidina Uthman bin Affan.

Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu hampir 20 tahun lamanya. Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad dan bermacam macam ilmu yang telah diperolehi daripada ulama tersebut. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam bidang ilmu.
Kira kira sekitar tahun 1906, guru kesayangan beliau telah menyahut panggilan Ilahi. Kematian gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk kembali ke Tanah melayu. Pada sekitar tahun 1908, akhirnya Tok Kenali pulang ke Kelantan dan waktu itu, usia beliau mencecah 40 tahun.

Jadi Ulama Kesayangan Masyarakat

Sekembalinya ke Kelantan, beliau tidak menunggu lama untuk menabur bakti kepada masyarakat umat Islam disana. Tok Kenali pula ketika itu, tidak seperti kebanyakan ulama lain di zamannya, yg hanya aktif di surau atau pondok sahaja, tetapi beliau aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk dalam pentadbiran negeri.

Tok kenali menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat disebabkan akhlak dan keterampilannya. Sifatnya yang zuhud, rendah diri, peramah, pemurah menyebabkan beliau senang didekati.
Kemesraan dalam pergaulan, cara hidup yang zahid serta tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai, membuatkan beliau menjadi seorang ulama yang dekat dan hampir kepada masyarakat awam.
Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil hasil karya yang terkenal dalam mana mana pengajian Islam, namun jasa jasa beliau paling besar dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor bukan sahaja di negara ini, tetapi turut terkenal di negara luar.
Belia juga telah berjaya membawa perubahan dalam sudut pengajian tatabahasa Arab, nahu sarf, urudh dan balaghah dalam sistem pengajian pondok ketika itu. Beliau yang sering kali mengajar tanpa kitab, begitu dihikmati ketinggian ilmu dan keahlian beliau dalam beberapa bidang ilmu sehingga menjadi nama beliau satu lagenda bagi ilmu ketika zaman itu.

Go to fullsize image
Makam Tok Kenali

Penulis: Wan Mohd. Hafiz Wan Hamzah
Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2005
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/21278
dan dari http://members.tripod.com/~aashraff/tok_kenali.htm


Wednesday, March 18, 2009

Al Ghurur



Al-Ghurur : Wabak Senyap Penyakit Hati





Al-ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dalam etimologi bahasa membawa makna yang sama dengan al-khida’ iaitu penipuan, pada diri sendiri atau orang lain. Dari Istilah pula membawa definisi kekaguman ‘amilin pada diri sendiri hingga ke tahap menghina atau memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain. Dalam bahasa mudah, satu sifat atau cara berfikir atau cara bertindak yang merasakan dirinya hebat sedangkan orang lain lekeh di pandangannya, berkaitan juga dengan sifat egoistik dan al-‘ijab binnafsi (ujub/hairan pada diri sendiri).

Reflection in Saif-ul-Malook Lake by Heartkins

Pendek kata, usaha orang lain dipandang pesimis sedangkan pandangannya dan ideanya di lonjakkan atau dilebih-lebihkan (exagerate). Kononnya hanya pandangannya sahaja yang betul, yang lain salah dan yang lain lemah. Lantas bertindak membuat provokasi dan menanamkan ciri-ciri inferiority complex kepada orang lain. Bagi para daei (pendakwah), sifat ini amat signifikan untuk dihalang dari menguasai fikrah, mentaliti, dan tindakan dalam gerakkerja,kerana ia mampu merosakkan kesatuan dan kekuatan kolektiviti dalam berorganisasi.

Dari konteks yang lebih luas, jika kita berada didalam organisasi, kita memandang organisasi kita adalah yang terbaik, terbagus tanpa kita melihat kepada aspek-aspek penyempurnaan yang belum terlaksana. Contohnya persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka politik, gerakan Islam memperjuangkan untuk memenangi pilihanraya namun bagaimana dengan pengisiannya jika diberi kemenangan? Bagaimana nasib artis, bagaimana konsep kehakiman negara dan lain-lain? Untuk mengelakkan kita terjebak dengan al-ghurur, isu ini perlu diperbincangkan dan di ‘brainstorm’. Namun,saya meyakini kepimpinan yang ada sudah merangka strategi yang jelas untuk perancangan forecasting nanti.

Apa punca dan sebab timbulnya sifat al-ghurur ini?

1) Lalai untuk mengkaji dan memuhasabah diri.

Kegagalan seseorang untuk melaksanakan proses muhasabah atau check and balance dalam diri sendiri boleh menjadi pemangkin tumbuhnya gejala al-ghurur dalam diri. Bahkan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan ujub dan takabbur antara sebab yang menimbulkan perasaan Hasad dengki (P.H.D), dan tentunya akibat gagal memuhasabah, timbulnya ujub dan takabbur.

Bila gagal mengkaji diri, timbul sikap suka memperlekehkan orang lain, dan memperkecilkan usaha orang lain yang membuat usaha yang sama sepertinya. Orang lain buat tak kena itu, tak kena ini, ada sahaja yang tak kena baginya. Jiwanya dan pemikiran sentiasa bertindak dengan minda kritikal tidak bertempat, diwakilkan dengan topi hitam, yang berciri kritikal sepanjang masa (6 Hat’s Thinking Theory from Edward de Bono/Teori 6 topi berfikir). Fathi Yakan menyatakan dalam buku Golongan Tercicir, antara sebab keciciran yang berpunca dari diri individu ialah tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri. Ingatlah juga peringatan Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 18.

Amalan muhasabah cukup signifikan kerana Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam hadith yang berbunyi : “Orang yang berakal ialah orang yang sentiasa memperhitungkan dirinya dan mengerjakan amalan-amalan untuk bekalan mati” (Tirmidzi). Dengan kata lain dari hadis ini, orang yang tidak bermuhasabah ialah orang yang tidak berakal.

classic view of elfin lakes and opal cone by seawallrunner

Saidina Umar juga menyebut iaitu “hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbangilah dirimu sebelum kamu ditimbang. Dan bersedialah kamu untuk menghadapi pengadilan yang maha besar”. Bahkan nama-nama besar dalam Islam seperti Umar Abdul Aziz juga sentiasa berbicara tentang kematian dan hari pembalasan. Mengenangkan hari al-hasyr wal jaza’ kelak.

Setiap insan mengalami perubahan dalam kehidupannya, dulu dia pernah lalai kepada Allah, kemudian bertaubat kembali ke jalan-Nya dan tidak mustahil dia akan mengulangi lagi kejahatan yang ditinggalkannya itu. Tidak ada insan yang maksum kecuali Nabi, maka sebagai insan biasa, dia perlu sentiasa menilai dirinya. Bayangkanlah jika setiap manusia memandang baik apa saja yang dilakukannya tanpa melihat perspektif orang lain, sudah tentu kezaliman yang akan berkuasa.

Sedangkan orang beriman sentiasa menganggap dirinya sebagai orang yang bersalah, banyak kelemahan dan takut tertipu dengan kelebihan Allah kurniakan kepadanya. Seperti mana orang takut ketika Allah menganugerahkan kebesaran dan kekayaan kepadanya, dia takut keselesaan diberikan di dunia ini akan menghalangnya merasai keselesaan di akhirat nanti.

Hatinya terlalu sensitif menghayati firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyap di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan. (Surah Hud ayat 15-16)

Orang beriman menimbang segala sesuatu dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah Rasululah SAW. Apa-apa saja tindakan yang dilakukannya sentiasa dirujuk kepada dua kekuatan ini. Kejahilan menguasai petunjuk al-Quran dan al-Sunnah menyebabkan manusia menghalalkan dirinya untuk memutar belit ayat Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka mahu mempergunakan Islam untuk mendapatkan habuan. Sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk memberi hak (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh." (Surah al-Nur ayat 48-49).

Apabila pendedahan ilmu amat kurang dan mereka hanya hidup di dalam suasana dan lingkungan sama tanpa pendedahan terhadap dunia luar berlainan fahaman dengan mereka menyebabkan mereka terus menerus berada dalam laluan sama. Kesilapan berulang berlaku kerana tidak mahu mengakui aib diri dan menolak pandangan orang lain. Semua yang dilakukannya seolah-olah nampak betul belaka, seolah-olah sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah tetapi pada hakikatnya dia tertipu kerana kesilapannya memahami ayat-ayat Allah, bahkan sebenarnya dia memperguna al-Quran dan al-Sunnah untuk menuruti nafsunya. Muhasabah mesti dilakukan dengan sandaran ilmu dan bimbingan orang lebih alim lagi warak terhadap dunia.

God's Light, Mono Lake by Lightchaser

Sesiapa mengabaikan muhasabah diri, maka dia seolah-olah tidak takut dengan hari penghisaban Allah. Berat timbangan amalnya sekali-kali tidak merunsingkan fikirannya. Sebagai mana disebutkan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sesungguh- sungguhnya. Dan segala sesuatu kami catat dalam suatu kitab. Kerana itu rasakan dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab." (Surah Al-Naba ayat 27-30)


2) Lalai atau enggan menerima bimbingan.


Islam menggalakkan konsep ‘tawa saubil haq wa tawasaubis sabbr’ iaitu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bahkan Nabi SAW juga menegaskan bahawasanya agama itu adalah nasihat. Apabila simptom al-ijab binnafsi mendominasi sifat seseorang, ia akan menghalakannya kearah sifat al-ghurur. Kerana itu al-ghurur juga menjadi sebahagian ciri ego, menjadikannya bersifat ananiyyah dan tidak mahu mendengar pandangan, teguran serta bimbingan orang lain. Pandangan orang lain, padanya simplistik.

Bahkan individu hebat seperti Abu Bakar r.a dan Umar r.a juga membuka ruang kepada orang lain memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka, walaupun mereka sahabat utama Nabi, walaupun mereka yang terjamin jejaknya di syurga. Seperti kata Abu Bakar : “Jika aku betul, maka tolonglah aku. Jika aku salah maka betulkan aku”. Sahabat Nabi yang mulia ini pun rela ditegur, dibimbing dan dinasihat, apatah lagi kita insan yang terdedah dengan kemaruk kemaksiatan di merata-rata, harus lebih terbuka mendapatkan bimbingan orang lain untuk mengelakkan penyakit al-ghurur.

Konsep ‘memberi’ dan ‘menerima’ perlu wujud untuk membentuk diri daei yang lebih mantap, seperti kata pepatah Inggeris “What you give, you take back”. Bahkan dalam konsep yang disebut oleh Stephen R.Covey iaitu “Seek to understand then to be understood” iaitu bersedia untuk memahami jika mahu difahami orang lain, juga boleh dipraktikkan. “Put yourself in their shoes” juga keperluan penting bagi daei dengan syarat, kita sedia di bimbing dan di nasihati, harus ada sikap ‘bersedia dibimbing untuk membimbing’.



3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama.

Keterlaluan dalam memahami dan melaksanakan tuntutan agama juga menjadi penyebab lahirnya penyakit al-ghurur. Pada mereka (golongan al-ghurur), orang disekeliling terlalu bersifat sederhana dan mengambil pendekatan moderate, lantas mengatakan sahabat di sekeliling tidak serius dan mengabaikan tugas dalam jalan Allah. Lalu, diperkecilkan usaha orang lain disebabkan mereka tidak memahami nature agama itu sendiri. Rasulullah SAW sendiri menegur 3 orang sahabat yang tidak mahu berhenti beribadat, tidak mahu berbuka dan tidak mahu berkahwin semata-mata kerana teruja dengan ibadah Rasulullah SAW.

Realiti masyarakat Islam kini, berlaku juga amalan keterlaluan dan perbuatan bersifat takalluf (memberatkan) sedangkan Islam datang dengan mudah dan moderate. Contohnya amalan golongan tarikat dan golongan tasawwuf yang melampau. Golongan ini yang menolak konsep ibadah khusus seperti menyatakan solat cukup hanya dengan niat, puasa tidak wajib dan lain-lain jelas bertentangan dengan hukum Islam. Kebergantungan kepada sheikh atau tuan guru tarikat hingga menafikan kebergantungan dan ubudiyyah kepada Allah SWT turut menjejaskan aqidah umat Islam kini.

Sejarah Ikhwanul Muslimin juga menukilkan, ada golongan yang merupakan organisasi tahalluf IM iaitu Gerakan pemuda Mesir yang tidak memahami konsep tauhid hakimiyyah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb dalam kitabnya Ma’alim Fitthariq dan mengambil tindakan isti’jal dan tasydid. Ketidakfahaman mereka dalam menafsirkan Islam secara betul mendorong tindakan mereka membakar dan merosakkan pusat-pusat hiburan di Mesir dan ia menjadi batu loncatan untuk kerajaan Mesir mengemukakan pertuduhan kepada IM dan Syed Qutb. Akhirnya, Syed Qutb syahid di tali gantung. Bahkan Hasan Hudaibi juga mengeluarkan buku Duat la Qudhah (Pendakwa Bukan Penghukum) sebagai refleksi kepada fenomena melampau yang dilakukan oleh puak Takfir wal hijrah.

Dalam kitab Al-Mutasaqitun 'Ala Thaqiruddakwah, Ustaz Fathi Yakan juga menggariskan sifat keterlaluan juga menjadi sebab keciciran seseorang daei, berpunca dari individu itu sendiri. Islam datang dalam bentuk azimah dan rukhsah, maka fahamilah Islam, janganlah terlampau takalluf juga jangan terlampau ta’assuf. Jangan kerana kepentingan sendiri, yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram, kerana konsep ‘the ends justify the means’ kelolaan Nicollo Micheavelli bertentangan dengan asas usul fiqh “Al-Ghayah La Tubarrirul Wasilah” iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.

Sheosar Lake by R a S h I d

Sikap melampau ini sebenarnya bukan ajaran Islam. Islam bersifat wasatiyah (sederhana) yang berpaksikan keadilan dalam memberi hak kemanusiaan sesuai dengan fitrahnya sebagai manusia yang banyak kelemahan. Di dalam mensyariatkan jihad, ada peruntukan damai dan perundingan, dalam qisas ada diyat yang boleh dibayar jika ahli warisnya bersetuju, dalam perkahwinan ada perceraian jika tidak dapat menyelamatkan iman kedua-dua pasangan.

Dalam jual beli dibolehkan berhutang atas dasar kejujuran. Islam menolak fahaman sufi melampau yang menolak perkahwinan, berlapar sepanjang masa sehingga meninggalkan kerja membina umat, bahkan ada pula orang Islam yang seolah-olah mengharamkan perceraian, mengkelaskan wanita di bawah lelaki padahal Islam nyata mengakui wanita sebagai saudara kandung lelaki, ada mengharamkan makanan dan minuman halal, dalam beribadah pula dicipta cara baru tidak pernah diamalkan Rasulullah, sahabat serta tabi' tabiin.

Muncul fahaman direka-reka, padahal syariat dibawa Baginda sudah sempurna. Apabila seseorang melampau dalam melaksanakan ajaran Islam sehingga terkeluar dari ajaran sebenar berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, boleh jadi sikap melampaunya ini menyebabkan dia membenci orang lain yang tidak sefahaman dan bersikap fanatik buta tanpa ilmu.


Tunduk kepada dunia.

Disebabkan terlalu bercita-cita menggenggam dunia, seseorang terpaksa melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap orang lain. Semua orang sedaya upaya mahu memanfaatkan segala untuk kepentingan diri dan keluarga.
Pencinta dunia ini seolah-olah lupa, hakikat kesenangan itu baginya hanyalah satu permulaan dari episod azab yang akan dilaluinya sepanjang masa hingga berhadapan dengan Allah.

Imam Ahmad meriwayatkan suatu hadis yang bermaksud: "Apabila kamu melihat Alah SWT memberikan harta benda yang disenangi oleh seorang penderhaka maka ketahuilah oleh itu adalah istidraj."

The Gable Mansion, Woodland Ca by Camera wanna-B


Beliau kemudian membaca firman Allah dalam surah al-An'am ayat: 44 bermaksud; "Maka tatkala mereka melupakan apa yang diberikan kepada mereka, Kami pun kemudian membukakan pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tidak disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."

Semua bentuk kejahatan dan dosa yang dilakukan manusia berpunca daripada perhiasan dan kesenangan dunia haram lagi melampau. Dunia menipu itu akan semakin ganas memporak-porandakan iman di jiwa insan jika ia tidak dikawal oleh iman.

Padahal Rasulullah sudah berwasiat bermaksud: "Kesenangan dunia jika dibandingkan dengan kesenangan akhirat tiada lain kecuali bagaikan seseorang yang memasukkan jari-jemariya ke dalam lautan, kemudian lihatlah berapa banyak ia dapat mengambil air?"(Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi).

Tiga punca manusia terpesona dengan diri sendiri dan cenderung menghina orang lain sememangnya mesti dihayati setiap saat dalam kehidupan orang beriman, supaya mereka dapat menjaga diri dari penyelewengan yang tidak dijangkakan pada zaman fitnah ini.

Kesimpulannya

Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat.

Al-Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri seperti firman Allah bermaksud: "Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya." (Surah al-Kahfi ayat 103-104).

Jika penyakit ghurur ini berjangkit kepada pemimpin, dia akan bertindak secara autoritarian, zalim dan kuku besi ke atas orang dipimpinnya. Jika rakyat menghidap penyakit ghurur tentu akan terheret ke dalam gerakan pemberontakan, penderhakaan dan fitnah yang akan membawa huru-hara dalam masyarakat.

Akhlak Islam sejati yang menggesa ke arah ukhuwah dan persefahaman dengan semangat musyawarah iaitu perundingan secara telus dan adil terus diketepi. Akhirnya umat Islam terus menerus dilanda konflik sesama sendiri.


(Kombinasi Penulisan Dr MAZA dan Ulum Cordova)

Tuesday, March 17, 2009

Who Are The Real Zionists?





The so-called "Holocaust survivors" were not the survivors. They were ZIONISTS.

The 1897 Council in Basel, Switzerland, adopted Theodor Herzl's concept of ZIONISM.
The World Zionist Organization (WZO) was formed.

The ZIONISTS were the PLANNERS, DESIGNERS and EXECUTORS of the
WW2 HOLOCAUST, in collaboration with the NAZIs. Hitler was a "JEW",
an ASHKENAZIM JEW.


Hitler by casteddaiu

Franco, amigo de Hitler by J Kresve


The victims ~ Holocaust victims were mainly SEPHARDIM JEWS who are closer
to being the BIBLICAL JEWS or the BANI ISRAEL referred in the QURAN. They
became refugees in Christian Europe after the VATICAN SANCTIONED SPANISH
INQUISITION of 1492. They became the despised both by the ASHKENAZIM JEWS
and by the Churches in EUROPE.

The modern concept of of the SUPERIOR RACE, and the CHOSEN PEOPLE
and THE PROMISED LAND OF ISRAEL were originated by the ZIONISTS. The
ASHKENAZIM JEWS are the primary movers of the idea of ZIONISM.

The ASHKENAZIM JEWS originated from the Caucasius region, in Eastern
Russia, in a region where existed the JUDAIC EMPIRE of KHAZARIA. It is between
the Caspian and the Black Seas. They ARE NOT ONE OF THE TWELVE TRIBES of
BANI ISRAEL. They have no relationship with the BIBLICAL BANI ISRAEL AT ALL.
ASHKENAZIM JEWS became refugees in mainly in Eastern Europe as a result of the
invasion of the Mongol Hordes of GENGHIS KHAN. The KHAZARIA EMPIRE that had
existed for some 500 years were sacked and disappeared from the surface of the
Earth.

The ZIONISTS were also the FINANCIER of the ALLIED FORCES EFFORTS
in the FIRST WORLD WAR. They were instrumental in the COLLAPSE
of the OTTOMAN EMPIRE or the KHILAFAH OTHMANIAH as should be
understood and taken by Muslims.

Hence PALESTINE was their REWARD NOT a refuge from the PROSECUTIONS
they "suffered" in EUROPE.

The ASHKENAZIM JEWS have NO LOCUS STANDI (no legal rights) to an inch
of PALESTINIAN SOIL!

"ASHKENAZIM JEWS" are PSEUDO-BANI ISRAEL JEWS. They were the originators
of ZIONISM and the rulers of modern-day ISRAEL. They number around 8 million
in 1960.
The common ethnicity of Modern Day ASHKENAZIM JEWS remain doubtful.
In comparison
the estimated number of SEPHARDIM JEWS were around 500,000
in the same year.

The Western Wall (Kotel) by wl2ider


The HOLOCAUST VICTIMS were the "SEPHARDIM JEWS" also known as
"MIZRAHI JEWS", "ORIENTAL JEWS". They are the "BIBLICAL JEWS" or
the descendants "BANI ISRAEL" as mentioned in the Quran. In modern day
Israel non ASHKENAZIM JEWS or PSEUDO-BANI ISRAEL are third class citizens.

More research needs to be done to expose and understand who the
"SEMITIC" and the ZIONISTS really are. Much of what I am proposing can still
be challenged. I value being corrected. ( Dr Abd Ghani Ujang)