Saturday, January 10, 2009

Rally di Malawati




Bismillah by MTK Digital Design

Bergambar bersama penganjur rally, AMAN Palestin, Pn Hjh Hasimah Salleh,
yang tersenyum kerana berjaya menarik beribu peserta dari seluruh Malaysia
untuk hadir pada program Kebangkitan Gaza atau 'Rise of Gaza!'

(Foto-foto di bawah ini diambil dari tempat duduk saya di Stadium Malawati, Shah Alam)









Seorang sahabat saya menjulang kasut simbol kutukan untuk Bush dan geng Israelinya!


Bismillah_317 copy.gif

Sabtu, 13 Muharram, 1430H (10 Jan, 09), kami telah menyertai rapat umum (rally) yang
diadakan oleh Aman Palestin di Stadium Malawati pada 10 pagi. Kami datang berbekalkan
poster-poster demo buatan sendiri dan shawl Palestin bergaris petak hitam terlilit di leher suami dan anak lelaki (18 thn) saya. Sampai di sana seorang sahabat (wanita) menegur kami menanyakan kenapa lambat sampai sedangkan kononnya sudah seratus orang telah terkorban di dalam stadium! Dia hanya bergurau..dan kami hanya tersenyum..! Lambat bertindak membawa padah, maksudnya!

Oh..jadi kami datang lambatlah, fikir saya. Memang plan datang lambat sikit pada 9.30 lebih. Tapi majlis belum bermula bila kami masuk. Kaum lelaki dan wanita dipisahkan tempat duduknya supaya senang diurus. Semakin lama, semakin ramai yang datang, masyaAllah..! Saya sangka tak adalah seramai itu akan hadir kerana masa yang diumumkan rally ini hanya beberapa hari lepas. Kami semua memakai lilit kepala Save Gaza disediakan oleh penganjur menambahkan lagi rasa semangat untuk bersatu menentang Israel.

Syukurlah, seramai 7000 atau lebih hadir ke majlis yang diberkati Allah ini. Pemidato-pemidatonya datang dari pelbagai latarbelakang, iaitu dari parti-parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, juga NGO, seperti ABIM, Aman Palestin , ISMA dan wakil Palestin di Malaysia. Sajak, tayangan video, nasyid, kutipan derma dan laungan-laungan takbir dan kata-kata solidariti buat rakyat Palestin, terutama Gaza, dan kecaman terhadap Zionis Israeli dan US memenuhi program majlis ini berselang-seli dengan ceramah berapi dari pemidato. Kebetulan saya juga nampak dan berjumpa sepupu saya datang mengambil foto untuk agensi beritanya. Adiknya juga datang untuk mengambil foto program dan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza.

Suami saya yang keluar awal sedikit dari peserta lain telah ditemubual oleh wartawan
Bernama TV berkaitan dengan rally hari ini. Entahkan keluar, entahkan tidak di tv, biarla..tak begitu penting. Para peserta pula diminta oleh MC untuk membuat sesuatu sebaik keluar pintu stadium di tingkat 1, iaitu membaling kasut-kasut yang telah disediakan ke muka gambar-gambar Bush dan pemimpin-pemimpin Israel sebagai tanda simbolik kami amat benci
pada sikap mereka yang menyokong pembunuhan di Palestin juga di Iraq!

Sebelum bersurai, resolusi berkaitan Palestin dibacakan dan kami berdoa dengan penuh kekhusyukan apabila doa dibacakan oleh Imam Masjid Negeri. Beliau menitiskan airmata dalam membaca doanya membuatkan saya dan ramai audien juga turut menangis. Semoga doa kami akan dimakbulkan ALlah SWT dan saudara kita di Gaza akan beroleh keamanan sedikit masa lagi, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment