Allahumma, Ya Rabb,
Ampunilah segala dosaku, yang tersembunyi dan yang nyata, yang berkaitan dosaku dgn Mu, dan dgn manusia dan makhlukMu semuanya, yang hanya Engkau sahaja mengetahuinya. Aku hamba yg lemah Ya Rabb, aku tak mampu memikul dosa yg walaupun sikit di sana, kerna balasan buruk dariMu amat mengerikan dan tidak tertanggung oleh ku..
Allahumma Ya Rabb,
Terimalah segala amalan solehku, yang fardhu dan sunat, yang ku ikhlaskan keranaMu dan juga yg lupa ku niatkan kerana Mu. Masukkanlah aku ke dlm Jannatul FirdausMu walaupun mungkin aku tak layak, kerna aku amat takut akan dimasukkanMu ke Neraka yg pedih siksaannya..
Allahumma Ya Rabb,
Murahkan rezekiku, suami dan anak-anakku supaya kami tidak meminta kepada yg lain selain dari Mu. Engkaulah Al Ghaniy (maha Kaya) dan Al Razzaq..Berkahilah rezeki kami dgn yang halal, dan jauhi kami dari rezeki yg haram. Jadikanlah kami rasa cukup dgn apa yg Kau kurniakan pada kami. Jadikanlah kami Ya Allah supaya kami senang dan sentiasa ada harta untuk menginfak di jalanMu. Mohon zuriatku menjadi hamba-hambamu yg soleh wa musleh, mereka yg mendirikan solat dan jauhi mereka dari melakukan dosa-dosa besar maupun kecil secara berterusan. Jadikanlah kami mukmin yang pemurah, sobar dan bersyukur padaMu seumur hidup kami.
Allahumma Ya Rabb,
Jadikanlah aku hambaMu yang ikhlas mencintaiMu dan RasulMu, redha dgn segala ketentuanMu, ringan utk beribadah kepadaMu, dan memiliki sifat-sifat mahmudah. Jauhilah aku dari bersifat dgn sifat-sifat mazmumah. Jadikanlah aku dan familiku hamba-hambaMu yg Kau cintai, lindungi, kurniai barakah dan huda - petunjuk sepanjang hidup.
Akhirnya Ya Rabb, jadikanlah segala doaku, doa yang Kau sentiasa makbulkan. Jadikanlah aku mukminah solehah wa muslehah. Matikanlah aku di atas JalanMu dan dalam keadaan aku berzikir padaMu di hari Jumaat yg mulia.
Ya Robbul Jaleel, berikanlah aku berjumpa dgn Mu dan melihat 'Wajah Mu'. Saat aku mati, mohonlah Ya Rabb, janganlah terlalu azab dan pedih, rasanya aku tak sanggup menghadapi kesakitannya. Masukkan aku ke dalam golongan hambaMu yang Bighairi Hisab - tanpa hisab. walau sebanyak mana dosaku. Selamatkanlah aku dari beban berhutang atau dosa tidak berzakat. Selamatkan aku di alam Barzakh, alam Makhsyar dan alam Akhirat, Ya Ilahi.
Jadikanlah aku di barzakh tempat rehatku dan syurga sebagai taman dan kampung Akhiratku.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aalihi wassohbihi wassalim. Amin ya Robbal 'alameen..
(ditulis dgn airmata, takut dan harap padaMu ya Rahmaan..)