Sunday, November 22, 2015




Sudah tujuh bulan berlalu sejak saya menulis posting terakhir. Banyak juga yang telah berlaku berupa ujian berat yang saya dan famili saya hadapi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tapi saya dan famili tetap redho dan bersabar atas segala ujian itu, dengan izinNya jua.

Allah Azzawajal menguji kita untuk mengetahui tahap keimanan kita; adakah mantap atau tidak. Sekiranya iman kita mantap dan kita tabah dan sabar menghadapi sesuatu ujian itu, maka bermakna darjat kita di sisi Allah akan dinaikkan dan berada di aras yang tinggi. Walaupun sakit, pedih dan perit menghadapinya, saya bersyukur kerna dapat bertahan setakat ini dengan perasaan redho dan berharap Allah akan mengkifarahkan dosa-dosa saya yang banyak itu.
Ya Allah, terimalah amal dan istiqamahku dalam menghadapi ujian-ujian berat Mu.

Dalam menghadapi ujian sendiri saya juga turut rasa sedih dan terkesan dengan keadaan saudara seislam kita yang terpaksa menghadapi mehnah peperangan dan huruhara negara mereka sehinggakan terpaksa berpindah dari negara mereka. Bukan setakat sedih sahaja saya cuba menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti mereka yang berada di Syria , Gaza dan Mesir.
Harap pembaca blog saya juga turut memberi sumbangan utk membantu mereka yg memerlukan  juga.

Beberapa minggu lepas saya berjaya buatkan satu vt youtube mengenai penghijrahan Muslimin dari serata benua ke Eropah untuk mencari penghidupan yang baru. Walaupun awalnya di'strike' dengan isu copyright, saya cuba buat yang lain pula. Syukur ianya berjaya saya share dengan kenkawan fb.

Harap kalian sudi menonton dan menghayati vt " Refugees to Europe' saya ni.