Thursday, July 28, 2011

Berdakwah Melalui Video

Assalamu'alaikum, para pelawat @ visitors saya muliakan.
Sudah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Ada yang ditulis, masih belum disiapkan sehingga sekarang. Itu adalah kelemahan saya sendiri, bersikap taraddud... iaitu suka menangguhkan kerja.

Saya beriltizam untuk meneruskan berdakwah, samada melalui blog ini, laman sosial atau juga media baru dalam talian. Media baru yang saya maksudkan itu ada beberapa, iaitu Youtube dengan membuat klip video atau video record dgn menggunakan camcorder, juga melalui application percuma seperti Tripwow, Flickr dan Photobucket ~ melalui gambar-gambar foto dan seumpamanya. Banyak yang boleh diusahakan untuk berdakwah asal sahaja kita rajin ~ mujtahidun dan bukan malas ~ kaslan.

Sebelum ini saya selalu 'share' Youtube nasyeed dengan sahabat saya di laman sosial Fb dengan harapan mereka akan dapat tazkirah - peringatan darinya. Bagi saya itu adalah satu usaha dakwah walaupun tidak seberapa. Mereka diharapkan dapat keinsafan dan mudah-mudahan saya mendapat pahala.

Saya rasa sungguh kagum dengan mereka yang membuat video klip nasyid yang baik itu sedangkan saya tidak tahu langsung caranya. Anak-anak di sekolah pun pandai membuat video klip jadi saya rasa terpukul, kenapa mereka dapat lakukannya dan saya tidak. Saya mulanya suka mengumpul foto-foto wallpaper yang menarik bertemakan alam ciptaan Allah dan makhluk-makhlukNya. Cukup banyak foto-foto itu yang saya 'share' dengan sahabat online dan fb.

Satu hari dengan kehendak Allah yang memang mengetahui apa yang saya inginkan, menemukan saya dengan application online yang boleh membuat video dan upload video dari rakaman. Ianya pula percuma, alhamdulillah walaupun utk dua minggu sahaja. Saya berjaya membuat video klip nasyeed yang pertama iaitu Asma Allah (Sami Yusuf) menggunakan foto-foto terdahulu yang saya simpan dlm hardisk dan memasukkannya dalam Youtube. Saya juga membuat video dari rakaman video yang telah banyak dimasukkan dalam hardisk saya.

Namun begitu saya agak kecewa kerana selepas dua minggu, application itu akan tamat dan perlu didownload dengan menggunakan alamat emel baru. (Sekiranya saya ingin menggunakan lebih dari dua minggu, saya kena membelinya.) Ini amat menyukarkan saya sebab terpaksa berulangkali 'download' juga meminjam alamat emel anak saya atau mereka emel baru kerana untuk seorang, sekali percubaan application sahaja diberi.

SyukruliLlah, suami saya seorang yang memahami kehendak dan minat saya telah membelikan 'application' video and 'film maker' online itu untuk saya. Ianya adalah murah kerana saya diberi diskaun di bulan Jun lepas. Sehingga ke hari ini, saya masih menggunakannya untuk membuat video klip baru. Impian saya untuk berdakwah melalui Youtube atau video klip setakat ini tercapai kerana saya tahu Allah Al Khobir amat tahu isihati saya yang ingin benar membuat kebajikan iaitu berdakwah melalui media baru ini. Saya hanya berdoa dan Dia telah menunaikan permintaan saya.

Saya harap anda semua sudi melihat @ menonton beberapa Youtube nasyeed saya yang saya 'upload' di bawah ini. Ini adalah sebahagian sahaja dari video klip yang saya buat. Dan bagi siapa yang ingin membuat klip video untuk kebaikan, carilah
VideoPad Video Editor di internet. Ianya sangat mudah untuk digunakan. Selamat menonton dan selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan Kareem. Fii amaniLlah.



Asma'ul Husna @ Asma Allah

InsyaALlah

Tangisan Rindu

Alhamdulillah

Kembara Di Tanah Gersang